Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here
Showing posts with label ilham jahitan. Show all posts
Showing posts with label ilham jahitan. Show all posts

Sunday, November 21, 2010

TAG BAGASI

Selamat bercuti semua....

Cuti panjang ni biasanya kita akan merancang ke tempat yang agak jauh bersama famili dan rakan-rakan betul tak?

Ada ketikanya kita terpaksa menggunakan perkhidmatan awam seperti kapal terbang, kereta api dsbnya.

Bagi saya pula insyaallah cuti kali ni saya bersama keluarga dan beberapa orang rakan akan mengerjakan umrah.

Asalnya penerbangan kami dijangka 12hb. Disember ni. Tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan penerbangan kami ditunda ke 17hb.

Harap-harap selepas ni perjalanan pergi dan balik kami berjalan lancar. Tolong doakan kami ye rakan-rakan semua.

Disebabkan kumpulan kami seramai tujuh orang, jadi saya telah siapkan tag untuk bagasi kami supaya mudah dikenal pasti nanti.

Saya buat tag ni lebih kalau-kalau beg ni beranak masa balik nanti ;p (Yelah... pergi 7 beg. Masa balik silap2 jadi 10 beg).


Tag ni saya buat daripada fabrik sepenuhnya. Cuma tali dan hiasan sahaja saya gunakan riben. Pada bahagian pengenalan nanti saya akan tulis gunakan ball pen sahaja.

Dulu saya pernah gunakan tag yang saya laminate. Tapi tag tersebut kurang lasak.

Kalau direntap tag tersebut senang terkoyak.










Saturday, April 17, 2010

Apabila si kecil teringin menjahit.

"Mama, Iyddin nak belajar jahit boleh tak?"

Begitulah kata-kata si kecil saya  ketika saya sedang cuba-cuba menjahit batu seremban. Terus saya guntingkan kain dan saya sediakan jarum dan benangnya.Di atas kain tu saya buat garisan supaya senang iyddin jahit. Saya bercadang nak ajar dia buat bantal kecil. Pada saya biarlah bila dia belajar  nampak hasil yang dijahitnya tu nanti. 

Bila barang-barang jahitan dah ada, saya pun ajar dia jahit jelujur. Baru tunjukkan sikit dia dah tak sabar-sabar nak buat sendiri.Nak tau... seronok rupanya tengok budak kecil menjahit. Bersungguh-sungguh Iyddin menjahit. Kalau ada kesilapan-kesilapan teknikal tu adatlah kan. Mungkin sebab dia ni budak lelaki jadi taklah seteliti budak perempuan hasilnya. 

Bila dah siap jahit tempat yang saya tunjukkan, saya pun suruh dia terbalikan kain tu dan kemudian isi dengan kapas. Proses yang ni pun menyeronokkan juga. Bila dah kembung bantal tu, saya tolong jahitkan atasnya sikit sebelum Iyddin sambung semula.

Memang nampak simple, tapi kami sangat gembira melakukannya. Bila dah siap Iyddin tambah lagi dengan sample batu-batu seremban saya yang tak berapa menjadi. Dah namanya budak lelaki, suka nak tambah yang pelik-pelikkan...