Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu Semua

Pagi-pagi lagi sue dah bagi kad ucapan selamat hari ibu. Sebenarnya awal-awal lagi dah nampak kad tu, tapi sebab nak siapkan kad balasan tu yang lambat nak ambik tu. Terima kasih sue....


Bersempena hari ibu yang bakal disambut esok, saya juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU  kepada bonda saya yang tercinta iaitu NORLIAH BINTI ASMAWI. Semoga bonda terus dirahmati Ilahi dan dikurniakan kesihatan yang terbaik. I LOVE U MOTHER. MUUUUAAAHHHH!!

 
Gambar mak saya ni saya ambil hujung tahun lepas semasa kami
ke Cameron Highland.

Buat rakan-rakan blogger, follower atau silent reader yang bergelar ibu atau bakal bergelar ibu sudi-sudikanlah terima kad ucapan hari ibu khas daripada saya untuk rakan-rakan semua.









Friday, May 7, 2010

Meja Hujung... What Happen?????

Tengah syok-syok menaip soalan periksa dalam bilik guru petang tadi tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian saya Ada bunyi peliklah di meja hujung. Apa tu...? Disebabkan busy body maka saya pun menggerakkan diri saya ke meja tersebut. Dahlah petang ni tinggal saya dengan Jue je kat bilik guru. Suspen betul. apa benda tu ek?

Wei... meja hujung tinggalkan anaklah.

Hu hu hu sampai hati meja hujung tak bawak anak dia balik sekali.

Jenuh jugak pujuk datang dekat tapi tak mahu. Geram punya pasal saya masuk jugak bawah meja tu. Hahhh.... dapat pun. Meh bergambar dulu meh!

Wajah baby yg ditemui masih hidup dan berada dalam ketakutan... Hua haha...

Lepas bergambar....

Dah... syuh! syuh! Nyah kau dari sini... Nanti berak takde sape nak cuci. ...

p/s : Nasihat kepada ibu bapa... jangan tinggalkan anak sewenang-wenangnya.....

myspace layouts


Wednesday, May 5, 2010

Do you love me???

Salam semua. Rasa dah lama tak buat post tentang hasil craft. Asyik fikirkan hal-hal keduniaan yang lain jer belakangan ni.  Hari ni nak tunjukkan keychain felt yang ditempah oleh anak murid saya. Puas jugak nak fikirkan ape bendanya ni? Love? Tapi macam ada sayap kapal terbang je pulak. Tu yang tajuk post lain sikit tu. Disebabkan tempahan ini disertakan dengan lakaran design yang dikehendaki dan tak lah rumit sangat jadi saya pun terimalah... Lebih-lebih lagi dia kata nak hadiahkan pada ibu dia. Wahhhh,.... bagus anak murid saya ni.... Patut dicontohi semua.

Keychain ni sebenarnya sudah siap beberapa hari lepas, tapi  mood berblog terbantut sikit disebabkan blog saya yang hampir musnah baru-baru ni. Kejadian berlaku selepas suspek menyelesaikan soalan peperiksaan pertengahan tahunnya pada jam 11.00 malam 3 Mei 2010 yang lalu. (Cheh, ayat berita tu!) Suspek tu sebenarnya saya la sendiri. So sekarang saya guna template baru atas permintaan cik abang saya yang mahukan warna hijau kekuningan sebagai latar. Saya rasa ni je template yang hampir dengan permintaannya. Tapi disebabkan diriku peminat pink, maka diselitkanlah juga unsur-unsur pink di sana sini. he.. he...he...





Tuesday, May 4, 2010

Terima kasih....

ScreamerTerima kasih kepada cikgu ejal's yang telah membantu menyelesaikan masalah problem yang menimpa tiba-tiba ni. Senang je rupanya nak buang blog posts yang double tu. Alhamdulillah... kalau tak hilang jawabnya macam baca siaran ulanganlah.... Lepas ni kena kemaskinikan semula blog ni... Huwaaa.... Banyak kerja ni... Kalau kata tak stress blog jadi macam ni tipulah... Memang stress... 





Cari Penyakit....

Aduh... bengang sungguh. Sesuai pulak tu dengan lirik lagu ni "Seperti ada yang tak kena" Hasrat menukar template menjadi mimpi ngeri buatku malam ni. Blog post ku menjadi double. Kesilapan besarku ialah aku terlupa meng'save'kan  template lama sebelum upload template baru. Sebab dah selalu sangat try, jadi perkara asas ni kadang kala kita lupa nak buat. Ada tak sesiapa yang boleh bagi tips nak remove blog post yang terdouble ni? Dalam layout dua-dua pun takde button remove.... tolong... tolong....

Computer Smash