Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Saturday, January 7, 2012

Salam Tahun Baru...

Hari ni mood dan kesihatan  ada sikit baik jadi ku gagahi jugak la kaki ni ke altar tingkat 4 rumahku sendiri di DC ni. Rasanya dah lebih dua bulan tak naik kat tempat ni, walaupun bilik tidur ku kat tingkat 3 je . Kat tingkat ni la laptop ni diletakkan. Geram je tengok blog ni bersawang-sawang. Selalu jugak melawat blog sendiri dan blog walking kat tempat kawan-kawan. Tapi guna blackberry je la.

Alhamdulillah... saya baru je melepasi trimester pertama yang begitu ekstrem. Saya mabuk teruk. Dan bila check darah saya disahkan menghadapi hypertiroid sekali lagi dengan bacaan yang sangat tinggi. (Sama macam kes kandungan saya yang pertama dulu). Bila dah jumpa penawar yang tepat, lepas seminggu makan ubat hypertiroid tu barulah saya bole bangun, makan, minum, jalan2 sikit dan memasak. Tak dapat dibayangkan betapa tersiksanya saya sebelum makan ubat tu. Saya trauma pada semua benda termasuklah suhu sejuk yang saya rasakan melampau2 sejuknya walaupun orang lain tak rasa macam tu. Dan sekarang bacaan tiroid saya hampir normal dan kuantiti ubat yang dimakan pun alhamdulillah dah dikurangkan...

Masa sakit hari tu saya berdoa sangat-sangat supaya salji tak turun. Sebabnya setiap pagi saya terpaksa menghantar anak saya menunggu bas di tepi jalan. Ya Allah... sejuknya saya rasa masa tu tuhan je yang tahu. Dengan muka sardin saya duduk je kat tepi jalan tu sebab tak larat nak berdiri lama-lama + muntah2 yang tak mengira masa dan keadaan. Time anak balik sekolah pulak saya selalu tak ambik. Kalau ikutkan saya kena ambil sebab dia baru gred 2. Tapi nasib baikla anak saya tu tinggi macam budak gred 5 jadi lepas la dia turun bas tu. Kalau tak sah-sah driver hangkut dia ke sekolah semula...

Tapi sekarang saya tak sabar nak tunggu winter. Baru-baru ni masa balik check up kebetulan suami pun MC sebab kurang sihat, snow yang sangat lembut tu melayang-layang turun. Ya Allah... terujanya. Saya terus nak tulis kat wall FB. Suami saya cakap nanti le tunggu snow betul2 turun baru tulis.  Nanti macam jakun dayak je. Alah tak kira... jakun dayak pun, jakun dayak le... Memang saya jakun... ;p. So hari tu snow yang weather channel kat sini tulis flurries tu dua kali turun. Subhanallah... cantiknya... Saya cakap kat suami saya kesian dayak yang dapat nama... yang jakunnya si jawa... hehehe..

Antara projek yang sepatutnya saya sedang buat sekarang ialah mengait. Saya sedang mengait selimut sempena nak winter ni. Semangat tau masa tu... Masa tu la.... Projek tu baru siap 1/4. Tak tau la bila nak sambung..;p. Insyaallah saya cuba dapatkan mood tu semula perlahan-lahan... Sebab nak kata saya dah 100% sihat dan hilang mabuk tak juga. Ada hari-harinya saya sangat pening dan muntah-muntah sepanjang hari. Bila sihat sikit saya ambik kesempatan betul-betul buat kerja rumah. Sedih tengok suami, anak, rumah dan kawan-kawan kat sini terabai bila saya sakit.

OK lah kawan-kawan.... harap masih ada yang sudi menjenguk blog saya dan tahun baru ni tidak melunturkan ukhuwah kita. Salam tahun baru dari saya di DC. Semoga kita semua dalam lindungan-Nya. Amin...


Friday, October 14, 2011

My Cup Cake :)

Duduk kat DC ni dapat dapur yang serba lengkap kalau tak ditry test gunakan apahal pulak kan...

Jadinya... jadilah cup cake ni.

Walaupun belum ada mixer, ku godeh je pakai tangan.

Banyak kali jugaklah pause sebab tangan lenguh....

Sebelum ni ada try buat pai.

Pai tu cantik sangaat jadinya... tapi bila makan... alamak.. masin...

Butter yang digunakan tu dah masin ku bubuh garam lagi.

Lepas tu ramai la pulak tetamu yang berkunjung hari tu...

Hehehe hidangkan je la pai masin tu...

Lepas ni dah tau nak agak insyaallah pai ku tak masin lagi ;p.

 Satu yang hilang tu Iyddin dah ambik. Tak sempat nak halang... huhuhu


Friday, August 26, 2011

Gempa di WDC

Hari tu 23 Ogos jam 1 lebih dekat-dekat pukul dua masa saya sedang menggosok pakaian tiba-tiba rasa rumah bergoyang-goyang.

Saya terus jerit nama anak. Ingatkan dia tengah main lompat-lompat. Sebab tu rumah bergegar.

Bila anak saya jawab dia tak buat apa-apa saya pun pelik le.

Kenapa pulak rumah ni bergoyang semacam. Tapi bila tengok almari dah mula tumbang saya pun capai tudung dan terus berlari ke bawah. Saya tarik anak saya keluar rumah.

Sempat juga saya telefon suami. Rupanya di Embassy pun bergegar.

Memang agak terkejut tapi tak lah sampai menjerit. Mungkin lebih kepada keadaan terpinga-pinga.

Kat luar rumah tengok jiran-jiran dah ramai juga yang keluar.

Sempat tanya sorang jiran tu, biasa ke berlaku gegaran macam ni.

Dia kata tak pernah. Jadi bila tengok laporan berita selepas tu baru la tau kejadia yang berlaku tu gempa bumi berskala 5.9 richter.

Kali terakhir WDC mengalami gempa tahun 1897 masa tu 5.8 skala richter. Jadi yang kali ni sejarah jugalah utk WDC.

Ni lah keadaan rumah saya selepas gempa... banyak perabut tumbang dan retak di sana sini.

Mula-mula pengalaman ni agak menakutkan. Tapi sekarang dah jadi kenangan manis pulak.

Alhamdulillah saya berpeluang merasai gempa. Cuma doa saya janganlah lagi berlaku selepas ni... Takut rumah runtuh terus pulak.. huhuhu






Mengurat Si Tupai...

Wah.. wah... wah...

Dua tiga menjak kurang kerja ni... Mencari le hobi baru..

Antara yang paling syok dibuat sekarang ni ialah mengurat tupai.

Banyak tupai kat kawasan rumah ni.

Jadi letakkan buah-buahan... lepas tu baring.... dann.... tunggguuuuu....

Bestkan...

Comel-comel tupai kat sini. Rasa macam nak peluk je.. tapi tak le jinak...

Ok nak tunggu tupai ni. Selalunya sambil tunggu terus tertidur hua hua hua... TERUK!!!!






Friday, August 12, 2011

Saya kini seorang pengurus...

Dah hampir sebulan meninggalkan kerjaya guru. Dan hampir 2 minggu meninggalkan tanah air.

Tak payah pening-pening dah nak fikir pasal post-mortem, SAP, TOV, Pelan Strategik, NCR, Kajian Tindakan dan segala bagai ... (Pikir hutang piutang yang ditinggalkan aje.. hihihi)

Kerjaya baru saya sekarang pengurus. Pengurus rumah tangga sepenuh masa. (yang sepenuh masa tu tak le selama-lamanya..)

Sebenarnya masih belum terasa lagi tinggal di negara orang ni. Rasa macam pergi jalan-jalan kat area KL je lagi.

Kehadiran saya ke Washington DC semasa semua umat Islam di sini menyambut  1 Ramadhan.

Saya bertolak dari Malaysia 1 Ramadhan, dan saya tiba di sini 1 Ramadhan. Yang menariknya saya sempat berpuasa 2 hari dalam perjalanan. Pelik kan! Walaupun orang bermusafir tak diwajibkan berpuasa tapi rasanya daripada saya duduk dan tidur saja dalam flight tu baik saya puasa....

Puasa pertama saya bertolak dari Malaysia jam 3.15 petang dan berbuka puasa dalam flight di Taipei jam 7.05.

Setelah transit di Taipei lebih kurang sejam setengah kami meneruskan penerbangan selama 12 jam ke Los Angeles. Rasanya baru dua atau tiga jam dalam penerbangan sudah masuk waktu imsak. Jadi saya berpuasa lagi untuk hari kedua di dalam flight selepas dinner.

Tiba di LA jam 6.00 pm. Pramugari sempat memberikan bekalan air dan kurma coklat untuk berbuka puasa. Kebetulan saya memang ada membawa bekalan roti dari Malaysia jadi saya berbuka puasa sekali lagi semasa di LA pada jam 7.25pm. Masa tu tengah beratur nak check-in untuk ke WDC.

Di LA transit lebih kurang 5 jam sebelum kami meneruskan penerbangan ke WDC. Masa ni saya dah tak puasa lagi. Saya mengalami masalah kekeliruan masa... hihihi.... Mmg keliru pun... sebab saya sampai di Washington pada 1 Ramadhan. (Kalau ikutkan saya dah berpuasa hampir 3 hari.)

Nampaknya tahun ni kali pertama saya beraya di tempat orang. Memang agak teruja. Selalunya kalau raya saya tukang makan je. Mak yang masak. Kali ni saya kena masak sendiri... Cabaran kepada diri sendiri ni .....

Tiba-tiba je bila duduk sini saya jadi rajin membelek-belek resepi di internet. Kalau tak memang tak pernah bukak pun. Kat sini bukan ada pasar ramadhan nak cari makanan. Terpaksalah masak sendiri hari-hari.

Ditambah lagi cabaran tu ialah apabila rumah saya ni menjadi tumpuan student bermalam pada hujung minggu atau pada bila-bila masa. Terpaksalah makcik yang tak pandai masak ni memandai-mandaikan diri memasak. Setakat ni Alhamdulillah... menjadi lah jugak.... hehehe. Tahniah kepada diriku sendiri ;p. Cheh! angkat bakul sendiri la pulak! Perasan tak hengat...

OK lah cukuplah setakat ni dulu... walaupun agak terlambat saya nak ucapkan selamat berpuasa dan bertarawikh kepada semua rakan-rakan yang membaca blog saya ni ye. Buat masa ni belum sempat nak buat apa-apa benda yang kreatif. Saya masih mengalami jet leg lagi... hahaha... (alasan palsu....) tipu sunat ;P.  Sekian...