Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Wednesday, February 22, 2012

Menikmati Ais Krim di University Pennsylvania.


 Hujung minggu yang lalu saya sekali lagi berpeluang mengikut suami ke University Pennsylvania atas jemputan pelajar-pelajar Malaysia di situ yang mengadakan Malaysian Cultural Night.

Kali ni tak ikut jalan kampung sangat. Kami banyak melalui lebuh raya. Jadi tak banyak lah dapat tengok pemandangan ladang dan 'barn star'. Ladangnya tetap ada tetapi tidaklah secantik jalan dan pekan-pekan yang dilalui masa saya mula-mula ke Pennsylvania.

Kali ni kami bawa bekal nasi goreng, kuey tiaw goreng, ayam goreng tepung dan kentang goreng. Semuanya dimasak sebelum bertolak. (Rasanya kalau kat Malaysia saya tak delah nak masak-masak bawak bekal sebelum berjalan ni... Kat sini nak buek camno....dah terpaksa...)

Kami bertolak pukul 9 pagi. Sebelum ke Utara (arah Pennsylvania) kami sempat ke sebelah Selatan menghadiri jemputan ekspo Gem & Jewellery Show di Chantilly. Rugi kalau tak pergi sebab bila dah ada kad jemputan kita boleh masuk percuma. Tapi terhad kepada 2 orang saja. Kalau tak, bayaran masuk kena $8 seorang. Kami melilau kat situ dalam setengah jam saje. Rata-rata kebanyakan barang kemas yang dijual menggunakan emas 12 karat dan 14 karat. Tak sama dengan Malaysia kita banyak gunakan emas 18 -24 karat. Jadi emas kat sini kalau kita tengok tak berapa kuning sangat. (Memang citarasa orang Amerika la kot...) Harga memang ada murah la sikit berbanding beli di kedai dan pilihan pun lebih banyak. Boleh tawar menawar lagi...Bila dah dapat barang yang dihajati kami meneruskan perjalanan ke Pennsylvania (Pennstate). Perjalanan ke Pennstate mengambil masa lebih kurang empat jam.

Lebih kurang 2 jam dalam perjalanan kami pun mencari kawasan rehat untuk merehatkan diri, makan-makan dan memenuhi hajat semula jadi. ;p. Kali ni kami singgah di South Mountain dalam kawasan Middletown.









Bila perut dah kenyang, kami sambung balik perjalanan kami. Jom cuci mata tengok pemandangan sepanjang jalan...

Kawasan ladang lembu.


Salji yang melitupi beberapa kawasan sepanjang perjalanan. Cantik sangat!



Yang ni siapa yang ada main Farm Ville mesti tau kan! Ya.. betul... silo. Silo ni digunakan untuk menyimpan hasil tuaian para petani. Saya pun tak pernah pergi dekat-dekat tengok silo ni. Tengok dari jauh aje.

Yeay dah sampai Pennsylvania!!!

Ni hotel tempat kami menginap. Hampton Inn ni letaknya di Lamar. Memang setiap kali kami kemana-mana kami pilih Hampton Inn sebab harganya yang ok, ada sarapan pagi dan wifi percuma. Cadarnya memang saya puji sangat bersih. Tak macam sesetengah hotel di Malaysia, bahagian atas cadar tu (blanket) selalu tak ditukar. Macam-macam warna (paham-paham je la) kita bole tengok kat lapis bawah cadar tu. Tak percaya lepas ni cek ye... (Sebab saya dah banyak kali terkena...)

Antara pemandangan yang menarik di sekitar Lamar, Pennsylvania.

Kami tiba di hotel ni lebih kurang jam 4.30 petang. Majlis bersama pelajar pada jam 6.00 petang (kalau kat sini malam.) Lepas bersiap-siap lebih kurang setengah jam, (tukar pakaian, solat dsb) kami meneruskan perjalanan ke University Pennsylvania. Untuk sampai ke University ni ambik masa setengah jam jugak lagi. kali ni perjalanan kami beriringan dengan keluarga salah seorang Pegawai MARA yang turut menginap di hotel yang sama untuk tujuan yang sama.

Sampai di University Pennsylvania kami menghadapi sedikit masalah untuk menuju ke lokasi yang tepat. Terpusing-pusing la jugak. Namun dengan kegigihan dan kecekalan... Chewah! kami sampai di tempat yang dituju.... Keluar je kereta... mak aiiii... sejukkkkkknyaaaaaa!!!!!!!!! Rasa macam nak berlari je masuk dalam bangunan. Tapi tak bole le buat camtu kan... Sebab... saya tak tau nak masuk lalu pintu yang mana... bangunan yang mana... jadi kena lah ikut student yang guide kami...

Jom kita tengok majlis anjuran student Malaysia kat sini. Saya memang puji kegigihan pelajar-pelajar ni. Hubungan dan kerjasama sesama mereka tanpa mengira kaum amat dipuji. Tiket sold out tau! Tak semua tempat student Malaysia sanggup buat acara sebesar ini untuk memperkenalkan Malaysia. Ini semua atas inisiatif mereka sendiri. Tahniah pelajar-pelajar Malaysia di University Pennsylvania!!!!






















Eiii... mana cerita ais krimnya pulak ni?

Hahaha... hampir terlupa pulak.

University Pennsylvania ni terkenal dengan ais krim buatan mereka sendiri. Fakulti Sains Pemakanan mereka telah mempopularkan ais krim ciptaan mereka ni ke serata tempat. Selepas habis majlis bersama pelajar pada malam tu kami sempat singgah di kedai ais krim mereka. Tapi malangnya terlupa bawa kamera. Walaupun  sangat sejuk tapi manusia yang datang menikmati ais krim tetap ramai. (termasuk le kami..)Tak putus-putus. Kalau sebelah siang barisan manusia yang berbaris untuk membeli ais krim ni sangat panjang. Sampai ke luar kedai. Malam ni makan-makan je. Esoknya kami datang lagi sebab nak bawa balik ais krim ni sebab ada kawan-kawan yang kirim. Kalau kita nak bawa balik ais krim ni, mereka ada sediakan perkhidmatan untuk membungkus ais krim ni dalam beg khas yang diisi dengan ais kering. Tahan la 12 jam. Jom tengok gambar ais krim University Pennstate. (Gambar-gambar ni ada yang saya ambil kat internet je)








Kalau makan ais krim ni kat Malaysia rasanya lagi puas hati. Sesuai dengan cuaca kita yang panas tu kan...

Ok lah sampai kat sini dulu cerita saya di Pennsylvania. Esoknya saya ke Lancaster pula. Saya akan ceritakan tentang pengalaman saya di Lancaster pulak  lepas ni. Insyaallah...





Thursday, February 16, 2012

MaBuK MeNyulam...



Alaaahai....

Baru menyulam sikit. Daaahhhh mabuk!

Perkara yang ditakuti telah pun terjadi.

Saya termuntah atas kain sulaman saya.

Tak dapat nak control dah! Tak sempat nak elak!

Huwaaa!!!! Terukkk!!!

Nasib baik patern atas kain tu tak hilang bila dibasuh. Saya terpaksa basuh dengan hati-hati supaya corak lukisan atas kain tu tak hilang sebelum sempat dijahit.

Harap-harap tak berlaku lagi lepas ni.... huhuhu....

Bak kata cik abang saya, baby tak sempat pun muntahkan blanket tu maknya dah muntahkan dulu....

Saturday, February 11, 2012

New Jersey + New York

Tiba-tiba je suami call petang Selasa lalu beritahu yang dia perlu ke New Jersey untuk meeting petang esok. Biasanya kalau setakat ada meeting saya tak perlu ikut sebab dia ada driver yang akan hantar.Tapi kali ni driver embassy (kami panggil cik Mat) kena bawa boss suami. Jadi atas permintaan cik abang saya kenalah temankan dia. 

Anak saya pulak saya tumpangkan kat rumah kak Siti sebab dia kena sekolah. Punyalah anak saya suka sebab dia boleh tumpang main PS3 kat rumah kak Siti tu nanti! Masa hantar anak tunggu bas sekolah kat tepi jalan pagi Rabu tu saya rasa sejuk sangat. Dalam hati saya teragak jugak salji akan turun hari tu. (Selalunya ramalan cuaca dalam hati saya betul... ;p) Jadi lepas hantar anak saya siap-siapkan semua keperluan untuk perjalanan ke New Jersey. 

Kali ni saya bawa bekal simple je. Nasi putih, Sup Tauhu dengan ikan masin. Lepas tu kemas-kemas baju barang keperluan saya, suami dan anak (anak punya keperluan kena siapkan jugak sebab nak hantar kat rumah jiran tu nanti). Tak lupa jugak barang-barang DIY jahitan saya.

Dalam pukul 11.30 pagi kami memulakan perjalanan ke NJ. Sebagaimana telahan hati saya sebelum ni, memang salji turun hari tu. Tapi bukan di kawasan kediaman saya di Vienna, di kawasan ke Utara sikit dari tempat tinggal saya. Jadi sepanjang perjalanan kami ke NJ diiringi dengan snow shower (snow yang jadi air bila sampai di tanah) Salji jenis ni kita tak boleh buat main sebab baju kita akan basah sebaik sahaja terkena salji tu (bukan yang jenis gebu-gebu tu... Kalau yang jenis gebu, kita baring atas salji tu pun kita tak akan basah)

Kami tiba di New Jersey jam 4.30 petang. Check in di Hotel Hampton Secaucus (Hotel ni di kelilingi  kawasan membeli-belah.) Tapi terus terang selepas melalui perjalanan yang agak jauh ni saya tak de nafsu nak membeli belah. Sakit badan, sakit pinggang, semuanya rasa sakit... huhuhu..

Pukul 6 petang kami dah bersedia untuk keluar semula untuk pertemuan dengan beberapa wakil pelajar daripada Universiti sekitar New Jersey. Meeting tak formal ni berkenaan sambutan dan aktiviti yang akan pelajar lakukan sempena kedatangan Datin Seri Rosmah Mansor bulan Mac ni nanti. Lokasi pertemuan ni kat restoran Thai. Yang tak bestnya saya silap order makanan. Saya order Pat Phai (agaknyalah bunyi nya macam tu) Tengok pinggan student yang kat sebelah saya tu nampak macam sedap je benda alah tu. Dia pun promote kata sedap ;p (kes terpengaruh...) Sekali tu bila dah makan..... alamak.... manis le... Tak syoknya makan mee manis... Terkulat-kulat saya makan.

Perbincangan diorang habis tepat-tepat jam 10 malam. Memang terpaksa ditamatkan pun sebab restoran tu tutup pukul 10 malam. Dari dalam kedai saya tengok snow makin lebat. Ingatkan dah selesai le tugas suami saya untuk hari tu. Tapi... tak lagi. Kami kena hantar pelajar pulak. Lokasinya agak jauh. 2 jam perjalanan dari lokasi hotel kami menginap. Pelajar-pelajar ni menetap di Philadelphia. Memang terpaksa tolong hantar sebab pelajar-pelajar ni pelajar perempuan dan diorang ada kelas pagi-pagi esoknya.

Sampai di Philadelphia saya rasa tak rugi hantar pelajar-pelajar ni. Suasana malam di Philadelphia sangat cantik.... Bangunannya tinggi-tinggi. Menara jam sahaja ada dua yang berdekatan. Bentuk bangunan klasik dan moden bercampur-campur. Memang memukau mata.. Lepas selamat menghantar pelajar-pelajar tadi ke rumah mereka kami pun berpatah balik ke hotel. (2 jam lagi) Letih ya amat... Sampai kat hotel dah hampir jam 2 pagi.

Esoknya seawal jam 8.00 pagi kami sudah keluar dari hotel sebab ada appointment dengan anak salah seorang rakan suami dari Chicago. Nak bantu dia buat pasport baru di New York. Jadi pagi-pagi ni kami meredah bandar New York! Orang kata kalau dah pergi Amerika tak pergi ke New York tak lengkaplah perjalanan tu. Dari New Jersey nak ke New York dekat je. New York ni letaknya di seberang sungai dan dikelilingi air. Jadi dari NJ nak ke NY kena lalu tunnel (Lincoln Tunnel) bawah sungai (Hudson River) yang sangat panjang. . Sebelum masuk ke Lincoln Tunnel kena bayar tol dulu $12. Saya tak tau bas-bas dan pengangkutan awam lain lalu mana. Sebab tunnel tu cuma ada dua lorong dan untuk kereta sahaja. 

Keluar je dari tunnel tu mata saya terus disambut dengan bangunan-bangunan tinggi mencakar langit kotaraya New York, asap-asap kenderaan, manusia yang sangat ramai berpusu-pusu ke tempat kerja, jalan raya yang sesak dan sempit. Huh lemas dibuatnya (walaupun setakat memerhati dari dalam kereta) dan saya tak rasa macam nak jadi sebahagian daripada kehidupan manusia kat situ... Lepas hantar anak rakan tadi tu ke kedutaan Malaysia suami saya bawa saya jalan pusing-pusing sekitar NY. Suami saya tanya nak singgah mana-mana tak? Saya terus geleng-geleng kepala.  Kepala saya pening. Lagipun cuaca kat luar terlalu sejuk. Saya cakap boleh tak kita keluar dari NY? Betul... saya tak tertarik pun dengan NY. Bersetuju dengan permintaan saya jadi kami pun keluar dari NY. Kiranya di NY saya cuma menjejakkan kaki di Kedutaan Malaysia sajalah. Tempat-tempat lain sekadar tengok dari dalam kereta je.

Keluar sahaja dari NY kami terus ke restoran Cina Muslim (Restoran Amin) di Hoboken, NJ. Cina Hainan rasanya. Sebab menunya banyak tulis Hainan. Makan tengah hari kat situ memang agak kena dengan selera saya. Sedap! Macam masakan Melayu. Pedas. (Cuma takde kuew tiau goreng dengan ayam kung pau je) Lepas tu kami pun balik ke Hotel semula. Lepas solat jamak saya mulalah menjahit. Petang tu dalam pukul 2 lebih suami saya keluar untuk meeting di Universiti di Hoboken. Yang ni formal. Jadi saya tak ikutlah. Ingatkan nak teruskan menyulam. Tapi mata mengantuk sangat. Dapat menyulam sikit je terus tertidur.

Petangnya pulak lepas suami habis meeting kami pun berkemas-kemas untuk balik semula ke Washington DC. Badan memang sakit sangat. Suami pun demam. Tapi terpaksa jugak balik petang tu sebab saya ada appointment dengan doktor pagi esoknya. Suami pun ada kerja penting kena buat di embassy. Jadi kena jugak kuatkan semangat dan berdoa agar selamat sampai. Alhamdulillah. Perjalanan balik amat mudah. Sampai di rumah dalam pukul 10.15 malam. Kemas-kemas sikit apa yang patut terus tidur. Anak saya? Tak mau balik. Dia nak tidur lagi kat rumah jiran. Biarlah... Esok pagi-pagi dia kena balik sebab kena bersiap untuk ke sekolah. 

Teringat pertanyaan suami masa dalam perjalanan balik. "Best tak kerja macam abang?" Saya tak beri jawapan. Saya tak pasti best ke tak. Kerja cikgu pun kadang-kadang best kadang-kadang tak best. Best ke kerja boleh selalu outstation macam ni? Entahlah...

Gambar di kawasan kediaman pelajar di Stevens Institute of Technology, (Dikenali juga sebabai Stevens University, di Hoboken NJ
Pemandangan yang di seberang sungai tu Kotaraya New York


Di hadapan Permanent Nasional Malaysia di New York.
(Satu-satunya tempat saya menjejakkan kaki di NY)


Salah sebuah restoran Halal yang terdapat di Hoboken NJ


Friday, February 3, 2012

Projek DIY untuk Baby...

Malam tadi ikut suami pergi CVS (Farmasi besar kat sini).

Sebelum tu bisik-bisik kat dia kalau nak pergi CVS bole tak pergi CVS yang dekat dengan Michael (Kedai Kraf).

Hajat sebenar tu nak cari benang sulam dan benang kait warna pink.

Jadi suami saya pun bawak le saya pergi ke CVS yang dekat dengan Michael. Memang selang beberapa buah kedai je. Lepas beli ubat dan beberapa barang keperluan harian di CVS saya pun dengan bersemangatnya mengorak langkah ke Michael.

Kat Michael ni bagi kawan-kawan yang minat kraf memang bole duduk berjam-jam kat dalam tu. Semua keperluan kraf yang kita nak buat dan tak nak buat ada kat dalam tu. Setakat ni saya memang tak pernah berjaya menghabiskan setiap inci kedai tu menelek setiap barang. Besar sangat dan banyak sangat item yang dijual. Memang sangat-sangat menarik!

Nak memendekkan masa menunggu cik hubby, (Sian dia baru balik kerja...) lepas jalan-jalan sikit kat bahagian felt craft saya terus ke matlamat asal. Cari benang sulam dan benang kait! 

Dah dapat barang yang dicari saya mengambil sedikit masa lagi melilau-lilau kat kawasan tu dan saya terserempak pulak dengan sesuatu yang begitu menarik perhatian saya untuk saya belek-belek dan seterusnya dimasukkan ke dalam troli :p.

WOW! Set DIY untuk baby blanket. Sebelum ni untuk anak sulung saya pernah buat blanket guna patchwork. Jadi saya agak teruja nak cuba set DIY ni pulak.

Set ni menggunakan kaedah quilt. Benang akan disulam terus di atas kain blanket yang sudah siap berprint. Mungkin saya akan membuat beberapa penambahan bila projek ni siap contohnya menampal bahagian belakang blanket dengan kain lain supaya lebih kemas dan baby pun lebih selesa. Tak maulah bahagian depan cantik tapi bahagian belakang blanket berserabai dengan benang kan. 

Jom cuci mata dengan set DIY ni!


Set DIY Baby Hugs Dimension


Disertakan dengan benang, jarum, kain yang siap berpaten dan kertas arahan.




Blanket Crochet

Projek 'blanket crochet' ni sebenarnya saya dah mulakan sejak bulan September 2011 lagi.

Tapi tak siap-siap sampai sekarang.

Hari ni baru nak sambung balik setelah diperam lebih tiga bulan. (Kes mabuk ekstrem)

Saje masukkan dalam blog projek yang terbengkalai ni sebagai motivasi untuk diri sendiri.

Terus terang saya langsung tak pandai mengait sebelum ni.

Tapi bila ada auntie kat sini saya panggil kak Ani hadiahkan blanket yang dia kait sendiri, saya jadi teruja nak buat.

Saya belajar dua step je daripada dia lepas tu saya terus berangan nak buat. Bukan yang single blanket tau... makcik berangan buat yang saiz queen.... huhuhu....

Jadi student yang separuh masak pun tak sampai ni terus ke "Michael" (kedai menjual barang kraf) beli benang, jarum kait dan buku tentang crocheting.

Masa tu fikir nak cepat-cepat beli je, bukan apa... takut lupa step. Keh-keh keh... ;P

Dengan dua step tu la saya mula mengait.... sehinggalah timbul masalah sebab saya tak pandai nak tukar benang.

Dah le tak berapa pandai... ada hati nak guna macam-macam kaler tu... ;p

So rujukla buku yang dibeli sekali tu. Cit! Tak paham hapa pun. Last-lastnya rujuk youtube.
Barulah ok skit..... (sikit je..)

Banyak juga kesilapan yang saya buat. Untuk beberapa baris yang awal tu benang tu saya tarik kuat sangat. Kononnya mau bagi rapat. Lagi rapat lagi cantik. Rupanya-rupanya tak payah buat cam tu...
Semua ni pun saya belajar dari youtube. Buku yang saya beli tu? Harap cantik kat warna pink je la... (Sebabnya saya pilih buku tu cover dia cantik warna pink)