Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Friday, May 18, 2012

Tempahan ditutup...

Terlambat pulak update blog. Jadi masih ada tempahan yang masuk.

Bukan tak sempat nak update, tapi laptopnya ada satu je. Hubby bawak pergi outstation seminggu.

Laptop saya kena virus. Terus tak boleh nak bukak. Dok dalam laci je dah laptop kesayangan saya tu sekarang.

Insyaallah tempahan yang dah termasuk selepas tarikh akhir tu  masih boleh dilayan lagi. Sebab kebetulan memang kena ambil stok correlle yang sudah ditempah di outlet. Tapi lepas ni takde lagi ye.

Ada dua perkhabaran besar sebenarnya yang saya nak sampaikan kali ni.

Pertama....

Saya tak jadi balik Julai ni... Perkhidmatan hubby disambung sehingga bulan Disember 2012 ni.

Walau bagaimanapun Insyaallah barang-barang yang sudah diorder akan dishippingkan jugak Jun atau Julai ni.

Kalau ikutkan agak rugi jugaklah sebab kena kos shipping. Kalau kami balik barang-barang ni naik kontena kami je. Jadi free... :) Urusan agihan dan pos akan diuruskan oleh adik saya nanti di Malaysia.

Takpe nanti September saya bukak kedai lagi. Bagi yang masih berminat.... masih sempat simpan duit lagi. Harap-harap Disember ni memang betul-betul balik.

Kedai Coach saya tu masih dibuka... Pembelian barang sedia ada dalam stok sebagaimana yang dipaparkan boleh dishippingkan sekali dengan Corelle Jun @ Julai ni. Tapi tempahan Coach yang tiada dalam stok saya, saya mohon lewat sikit... sebab saya dah tak berapa nak larat berjalan sekarang ni.

Kedua....

Sekarang saya sudah 37 minggu... Tak jadi induce sebab tak jadi balik. Tak sabar nak bersalin... huhuhu...

Cik abang kata... sabar.... nikmati sepenuhnya saat-saat ni...

Jadi saya mungkin akan bercuti dari menulis blog buat sementara waktu sehingga waktu yang sesuai....

Sekarang ni memang takde mood nak buat apa-apa. Nak keluar rumah pun malas. Tapi saya tetap merajinkan diri buat kerja-kerja rumah supaya mudah bersalin nanti. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

OK kawan-kawan semua... saya berhenti dulu kat sini. Insyaallah panjang umur saya menulis lagi. Bye... :)

Friday, May 11, 2012

STOK BARU ORIGINAL COACH UNTUK DIJUAL!

(Untuk maklumat harga sila klik gambar)

SOH OPT LN HOBO
SV/MULTI COLOR
F19193

 ASHLEY SIG SAT HIP
B4/LIGHT KHAKI/IVORY
F17599

FLR APP SWP
B4/PINK KHAKI MULTI
F47212

TAWARAN HEBAT UNTUK PEMBACA BLOG INI.

 (  *  sticky post  )

Bagi rakan-rakan yang berminat dengan set MIKASA, CORELLE, VISION dan PYREX bolehlah klik link banner iklan di bawah ni. Harga sangat-sangat menarik! Tawaran ni sampai 11 MEI 2012 je tau. Sebab bulan Mei saya dah mula packing barang untuk balik ke Malaysia. Rugi kalau lepaskan peluang keemasan ni.

JOM SEMAK HARGA TERKINI!!! :)



ORIGINAL COACH UNTUK DIJUAL!!!
(Untuk maklumat Harga sila klik gambar di bawah)



COACH BLACK & WHITE (LEATHER)



 COACH BROWN & BLACK (LEATHER)