Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Tuesday, March 6, 2012

TUTORIAL BUNGKUSAN HADIAH


Bulan Mac ni ramai pulak yang sambut hari jadi.

Bila banyak jemputan hari jadi maka banyaklah hadiah yang perlu dibeli dan dibungkus. Betul tak?

Saya suka sangat membungkus hadiah. (Dapat hadiah lagilah suke....)

Kali ni saya nak berkongsi idea cara membungkus hadiah kecil macam baju ke, tudung ke, tuala,... dll.

Kaedahnya sama je macam pembungkus goreng pisang tu. Tapi yang ni handmade tau... Guna pembalut kertas sendiri.


Ok... Mula-mula sediakan bahan-bahannya. Pembalut hadiah, selotep, gunting dan reben.


Lepas tu potong pembalut tu agak-agak ikut saiz hadiah yang nak dibungkus. Kat sini saya potong 20 inci x 16 inci.

Lipat dua kertas yang dah dipotong untuk mendapatkan garisan tengah.


Lipat kedua-dua bahagian hujung dan temukan di tengah. (Biarkan bertindih sedikit dan digamkan)


Lipat kedua-dua bahagian tepi seperti keadaan di bawah. (Nak terangkan tak reti le...Tengok gambar je la ye...)

Yang penting lepas lipat, bila dikembangkan dia jadi seperti gambar di sebelahnya.

 

Lepas tu lipat lagi sampai jadi macam ni pulak...

Lipat ke dalam pada bahagian yang bergaris

Bubuh gam di hujung lipatan dan cantumkan.


Lepas tu bolehlah diisikan dengan barang yang kita nak beri sebagai hadiah tu.

Lipat bahagian atas bungkusan kemas-kemas , kemudian gamkan.


Akhir sekali, bubuh le reben atau apa-apa aksesori yang menarik.

Dah siap....


Minta maaf lah ye kalau tutorial ni kurang jelas.

Sebenarnya apa yang penting hadiah tu terbungkus kan kan kan...

Ok tu saja untuk kali ni.

6 comments:

ibh said...

Alaa..cantiknya. Thank's kak share tutorial ni..(^_^)

eiela said...

ok jugak tuh kan, tak payah letak beg dah.

...aida... said...

Sama-sama Sue, bole try lepas ni ye... :)

...aida... said...

Betul tu eila. Jimat banyak...

lia said...

thanks aida..dh lama nak buat bag kertas mcm ni....tp xpandai...skrg dh tahu...yeay!boleh try...:))

...aida... said...

Sama-sama lia. Try jangan tak try... :)