Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Wednesday, January 26, 2011

Aku... Ibarat Dahan Tempat Berpaut...

Subuh-subuh lagi dah terkejut...

Si Tomei kucing kesayangan saya setiap pagi mesti  meleset-lesetkan badan, mengiau-ngiau dan memijak-mijak saya.

Bagusnya peranan Si Tomei ni bila dia buat macam tu hilanglah ngantuk.

Jadi bolehlah bangun awal buat apa-apa solat sunat yang sepatutnya...

Besar pahala si Tomei ni...

Tapi pagi ni hujan sangat lebat...

Tengah sedap-sedap tidur Si Tomei kejut macam biasa.

Entah macam mana tangan saya menolak Tomei dari katil..

Malang tak berbau bila Si Tomei dengan jayanya dapat mengawal dirinya daripada jatuh dengan berpaut di kaki saya...

Adoyaaaiiiiii..... Sakitnyaaaaa........

Kurang asam punya tomei....

So hukumannya... si Tomei tidur kat luar le malam ni...

Tomei! malam ni tidur dengan Tomot tau....


Friday, January 21, 2011

KHAS BUAT CIKGU SPBT : SILA DENGAR BAIK-BAIK!

Bermula sejak sebelum cuti persekolahan akhir tahun sehinggalah awal tahun persekolahan cikgu SPBT merupakan antara guru yang sibuk menguruskan agihan buku teks kepada semua pelajar yang layak. Pantang mendengar ada pelajar yang belum memulangkan buku atau belum menerima buku pasti guru SPBT tak senang duduk sehinggalah tugas mereka benar-benar selesai.

Saya merupakan salah seorang guru SPBT di sekolah saya. Antara perkataan yang amat sensitif di telinga saya sekarang ialah... "cikgu, saya belum dapat buku..." @ "cikgu saya nak buku" @ apa-apa sajelah yang berkaitan buku. Saya akan segera memberikan buku yang diminta oleh pelajar saya. 

Nak dijadikan cerita, hari ni saya agak malas membuka bilik SPBT. Tiba-tiba datang 2 orang pelajar tingkatan 1 bertemu dengan saya. Berikut ialah perbualan antara pelajar tersebut dengan saya :


Pelajar  :  Cikgu saya nak ambik buku.... 

(pelajar tu tak habis cakap lagi saya dah potong)

Saya  :  Ha tak dapat buku lagi? Takpe-takpe awak pergi tunggu kat bawah (bilik SPBT) kejap lagi saya turun.

(pelajar tu nampak terpinga-pinga. Saya agak hairan sebab dia tak tunggu di depan Bilik SPBT sebaliknya masih di depan Bilik Guru)

Saya  :  Ha... dah jom cepat ikut saya!

(Saya pun segera membuka Bilik SPBT dan berdiri di kaunter sambil menyelak borang pinjaman pelajar tingkatan 1)

Saya  :  Awak kelas apa?

Pelajar  :  Cikgu... saya bukan nak buku teks....

Saya  :  Ha???? Habis awak nak buku apa?

Pelajar  :  Saya nak buku karangan saya....

Saya  :  ...............(hilang kata-kata).............    

kui.. kui... kui... (padan muka saya..... ;p )

Lepas peristiwa ni saya tergelak sorang-sorang dan lepas saya ceritakan peristiwa ni pada member2 barulah saya digelakkan beramai-ramai. 

Pengajarannya... Lain kali sila dengar betul-betul ye cikgu aida....

BILIK SPBT SMK SERI LALANG




Sunday, January 2, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah

Seronoknya cuti panjang macam ni.

Walaupun tak buat apa-apa tapi tetap best.

Agaknya sebab tak buat apa-apa lah tu kan yang best tu.

Sebenarnya tak jadi buat umrah pun cuti kali ni.

Sangat sedih bila diberitahu yang Visa Umrah dan Ziarah tidak dikeluarkan kerajan Arab Saudi hingga bulan Mac ni.

Apakan daya... kita hanya mampu merancang...

Tapi saya yakin perancangan Allah lah yang terbaik.

Sebaik sahaja diberitahu tidak dapat menunaikan umrah, saya terus merancang percutian ke tempat lain.

Takkan nak duduk rumah aje kan.

Bukanlah rancangan besar-besaran sebab saya tak boleh ke sana-sini terlalu lama.

Masih ada komitmen di sekolah sebab saya menguruskan buku teks.

Jadi percutian saya hanya di tempat yang dekat-dekat dan berselang hari.

Hinggakan pada satu ketika saya terpaksa bergegas balik dari Serdang ke sekolah kerana result PMR keluar.

Tugas saya sudah tentu menahan pelajar yang belum pulang buku.

Kalau tak buat macam ni jawabnya banyaklah buku yang tak cukup untuk kegunaan tahun hadapan.

Pertama kali memandu jarak jauh pagi-pagi buta sambil ditemani anak saya yang tidur sepanjang jalan. Huhuhu..

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

Baiklah kepada semua rakan-rakan guru, dan pelajar-pelajar selamat kembali ke sekolah.

Selamat tahun baru.

Semoga 2011 membawa keberkatan dan kejayaan yang besar untuk kita semua.