Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Tuesday, December 18, 2012

Crochet Beanie Hat @ Kopiah

Assalamualaikum semua..

Post kali ni nak share beanie yang saya buat. Kenapa nak share beanie yang tak seberapa rupanya ni? Sebab... ini pertama kali saya buat beanie. Dan saya tak pandai mengait... Dan tak pernah siap pun mengait..  Ingat lagi tak post saya tentang blanket crochet yang saya buat dulu

http://sanggarilhamkreatif.blogspot.com/2012/02/blanket-crochet.html


Blanket ni saya memang tak berjaya siapkan. Lagi satu saya rasa blanket ni tak berbaloi nak disiapkan sebab regangan benang yang saya kait awal-awal dengan yang last-last tu tak sama. Jadi kalau dibentangkan hasil crochet tu dia jadi seperti ropol-ropol untuk skirting meja. Ah sudah... Jadi saya buat keputusan berhenti mengait blanket tu. Nak bukak balik benang tu sayang... Itulah hasil pertama saya belajar mengait. Jadi saya biarkan sahaja... Manalah tau satu hari nanti bole digunakan ye tak.

Semalam masa merewang-rewang kat youtube saya sangat tertarik pada youtube ni.

 

Saya bagi 5 bintang la kat youtube ni sebab berjaya membimbing saya yang buta mengait ni sehingga menjadi beani saya... 

Asalnya beani ni saya nak bubuh bunga... Tapi bila anak lelaki saya balik dari sekolah dia terus ambik pakai buat solat.. agak dia ingat mak dia mengait kopiah kot... huhuhu... saya tak jadi la bubuh bunga tu... saya hadiahkan je beania @ kopiah ni kat Iyddin..




Aisyah pun nak melaram jugak dengan beanie ni...



Friday, December 7, 2012

Entry Craft ?

Rindu sangat-sangat sebenarnya nak bercraft. Rindu serindu rindunya.....

Sampai tak tau entry ni nak letak tajuk apa... Sebab saya tetap tak post apa-apa tentang craft pun kali ni.

Ingatkan jadi suri rumah sepenuh masa ada banyak masa nak buat macam-macam rupa-rupanya tak jugaa.

Heh, jual Corelle sempat pulak! Macamana saya boleh terjual Corelle pulak ni? Hampir2 blog ni jadi blog pinggan mangkuk. Rasanya sempat lagi diselamatkan blog ni. Mudah-mudahan...

Sebenarnya saya ada banyak projek craft yang saya naaaaakkk buaaatttt! (kena beri penekanan skit...) Tapi saya belum sempat nak realisasikannya. Entah macamana sejak duduk di bumi uncle Sam ni hobi saya bertukar 360 darjah. Dulu saya selalu blog walking kat blog craft... tapi sekarang... saya hari-hari blog walking kat blog resepi. Especially blog Mat Gebu. Hari-hari tau... Dulu.... adalah jugak.... tak pernah! Heh! heh! heh!

Walaupun saya tak sempat bercraft sekarang ni.... tapi dalam setiap masakan saya, saya tetap terapkan unsur-unsur craft.... Percayalah sayang... Tak percaya, tengok gambar kat bawah ni.. ha ni salah satu projek seni yang dikongsikan bersama anak saya Iyddin... ok lah kan... kira ilham kreatif lah jugak ni kan. :) 







Sunday, December 2, 2012

Pre-Tempahan Corelle dibuka semula!

Assalamualaikum...

Pre-Order untuk Corelle, MIKASA, Corningware dibuka semula. 

 Dapatkan harga menarik untuk pembelian lebih 10 set.!
Pelbagai diskaun menarik yang dapat saya berikan kali ini sempena jualan musim Krismas di USA.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya.
Untuk maklumat lanjut klik blog baru saya dan sudi-sudikanlah follow ye. Tak mau beli pun follow je la ye.. :). Biasanya blog baru ada giveaway untuk follower kan.. Insyaallah.... dalam proses... Hokey ni blog baru saya... Tak mo kacau2 sangat blog Sanggar Ilham Kreatif ni...

Saturday, December 1, 2012

PERHATIAN UNTUK PENEMPAH BUKU THE BURDASTYLE SEWING HANDBOOK

Bagi pelanggan-pelanggan yang telah menempah buku THE BURDASTYLE SEWING HANDBOOK, buku anda akan diterbangkan ke tanah air Disember ni. Yeay!!! Dapat cepat jugak buku ni!!! Tak payah tunggu sampai Mac!!!

Bagi sesiapa yang masih berminat untuk dapatkan buku ni masih sempat tempah sekarang. Paling lewat 15 Disember ni ye sebab sudah tiada dalam stock saya dan saya kena order lain... :)




 

Shipping Pre-Order Corelle Diawalkan

Alhamdulillah, order pelanggan untuk Mac 2013 telah pun diawalkan. Insyaallah barang-barang ni dijangka sampai ke tangan pelanggan pada Januari atau Februari 2013. Suka tak? Yeay!!!! Jom cuci mata...


Lori yang menghantar Corelle  (Panjang sesangat... mcm la banyak sangat barang yang diorder tu...;P)




Pelabelan dan membuat anggaran shipping.



Lori yang mengangkut Corelle untuk shipping. (28/11/2012)


(hahaha... huru hara kan garaj rumah saya?)


Dan satu lagi berita baik pre-order untuk tempahan seterusnya dibuka kembali. Untuk maklumat lanjut layari laman web baru saya ni ye.... Sudi-sudikanlah memfollow blog baru saya ni juga ye... Adios!