Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here
Showing posts with label cerita lawak. Show all posts
Showing posts with label cerita lawak. Show all posts

Friday, January 21, 2011

KHAS BUAT CIKGU SPBT : SILA DENGAR BAIK-BAIK!

Bermula sejak sebelum cuti persekolahan akhir tahun sehinggalah awal tahun persekolahan cikgu SPBT merupakan antara guru yang sibuk menguruskan agihan buku teks kepada semua pelajar yang layak. Pantang mendengar ada pelajar yang belum memulangkan buku atau belum menerima buku pasti guru SPBT tak senang duduk sehinggalah tugas mereka benar-benar selesai.

Saya merupakan salah seorang guru SPBT di sekolah saya. Antara perkataan yang amat sensitif di telinga saya sekarang ialah... "cikgu, saya belum dapat buku..." @ "cikgu saya nak buku" @ apa-apa sajelah yang berkaitan buku. Saya akan segera memberikan buku yang diminta oleh pelajar saya. 

Nak dijadikan cerita, hari ni saya agak malas membuka bilik SPBT. Tiba-tiba datang 2 orang pelajar tingkatan 1 bertemu dengan saya. Berikut ialah perbualan antara pelajar tersebut dengan saya :


Pelajar  :  Cikgu saya nak ambik buku.... 

(pelajar tu tak habis cakap lagi saya dah potong)

Saya  :  Ha tak dapat buku lagi? Takpe-takpe awak pergi tunggu kat bawah (bilik SPBT) kejap lagi saya turun.

(pelajar tu nampak terpinga-pinga. Saya agak hairan sebab dia tak tunggu di depan Bilik SPBT sebaliknya masih di depan Bilik Guru)

Saya  :  Ha... dah jom cepat ikut saya!

(Saya pun segera membuka Bilik SPBT dan berdiri di kaunter sambil menyelak borang pinjaman pelajar tingkatan 1)

Saya  :  Awak kelas apa?

Pelajar  :  Cikgu... saya bukan nak buku teks....

Saya  :  Ha???? Habis awak nak buku apa?

Pelajar  :  Saya nak buku karangan saya....

Saya  :  ...............(hilang kata-kata).............    

kui.. kui... kui... (padan muka saya..... ;p )

Lepas peristiwa ni saya tergelak sorang-sorang dan lepas saya ceritakan peristiwa ni pada member2 barulah saya digelakkan beramai-ramai. 

Pengajarannya... Lain kali sila dengar betul-betul ye cikgu aida....

BILIK SPBT SMK SERI LALANG




Wednesday, May 26, 2010

HADIAH HARI JADI...


Salam... dah joint giveaway saya? Kalau belum check post sebelum ni ye...Semalam dapat e-mail daripada rakan SCRIPTERS. Lawak sangat. Jom baca!

Hasan Jendul nak belikan hadiah hari jadi untuk kekasih barunya, Mek Ayu. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat Sogo. Oleh kerana Hasan Jendul dan Mek Ayu baru dua bulan berkawan jadi si Hasan Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Ayu satu topi kain fesyen baru saje, supaya taklah nampak dia beriya-iya sangat.


Adik sepupu Hasan pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru, sebab ada sale hari tu. Masa membayar, dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik sepupu Hasan Jendul!


Selepas membayar, Hasan Jendul pun terus pergi kaunter hadiah dan suruh diorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Ayu serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu.


Dan surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie :-


Istimewa untuk kekasihku Mek Ayu, San pilih hadiah nie kerana Ayu tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab pasal adik sepupu San, San dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembap sangat.

Tapi San tengok adik sepupu San pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak. San pilih warna hitam tu supaya tak nampak kotor. Promoter yang jual tu tunjuk dia punya dah seminggu tak basuh. Nampak elok saje. San suruh dia try Ayu punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Ayu je. Memang cantik dan menarik! Harapnya Ayu suka sebab San rasa memang sesuai dengan Ayu. Tak sabar rasanya nak tengok Ayu pakai depan San.


San harap Ayu akan pakai untuk San hujung minggu nie.


Salam sayang untuk kekasihku, Mek Ayu.


Yang amat menyintai dan menyayangi dirimu...


-Hasan Jendul-


P/S : Kalau Ayu nak pakai, San nampak stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut..


kahkahkah..adeeh. .lalalala~

Friday, May 7, 2010

Meja Hujung... What Happen?????

Tengah syok-syok menaip soalan periksa dalam bilik guru petang tadi tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian saya Ada bunyi peliklah di meja hujung. Apa tu...? Disebabkan busy body maka saya pun menggerakkan diri saya ke meja tersebut. Dahlah petang ni tinggal saya dengan Jue je kat bilik guru. Suspen betul. apa benda tu ek?

Wei... meja hujung tinggalkan anaklah.

Hu hu hu sampai hati meja hujung tak bawak anak dia balik sekali.

Jenuh jugak pujuk datang dekat tapi tak mahu. Geram punya pasal saya masuk jugak bawah meja tu. Hahhh.... dapat pun. Meh bergambar dulu meh!

Wajah baby yg ditemui masih hidup dan berada dalam ketakutan... Hua haha...

Lepas bergambar....

Dah... syuh! syuh! Nyah kau dari sini... Nanti berak takde sape nak cuci. ...

p/s : Nasihat kepada ibu bapa... jangan tinggalkan anak sewenang-wenangnya.....

myspace layouts