Selamat bercuti semua....
Cuti panjang ni biasanya kita akan merancang ke tempat yang agak jauh bersama famili dan rakan-rakan betul tak?
Ada ketikanya kita terpaksa menggunakan perkhidmatan awam seperti kapal terbang, kereta api dsbnya.
Bagi saya pula insyaallah cuti kali ni saya bersama keluarga dan beberapa orang rakan akan mengerjakan umrah.
Asalnya penerbangan kami dijangka 12hb. Disember ni. Tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan penerbangan kami ditunda ke 17hb.
Harap-harap selepas ni perjalanan pergi dan balik kami berjalan lancar. Tolong doakan kami ye rakan-rakan semua.
Disebabkan kumpulan kami seramai tujuh orang, jadi saya telah siapkan tag untuk bagasi kami supaya mudah dikenal pasti nanti.
Saya buat tag ni lebih kalau-kalau beg ni beranak masa balik nanti ;p (Yelah... pergi 7 beg. Masa balik silap2 jadi 10 beg).
Tag ni saya buat daripada fabrik sepenuhnya. Cuma tali dan hiasan sahaja saya gunakan riben. Pada bahagian pengenalan nanti saya akan tulis gunakan ball pen sahaja.
Dulu saya pernah gunakan tag yang saya laminate. Tapi tag tersebut kurang lasak.
Kalau direntap tag tersebut senang terkoyak.





