Selamat bercuti semua....
Cuti panjang ni biasanya kita akan merancang ke tempat yang agak jauh bersama famili dan rakan-rakan betul tak?
Ada ketikanya kita terpaksa menggunakan perkhidmatan awam seperti kapal terbang, kereta api dsbnya.
Bagi saya pula insyaallah cuti kali ni saya bersama keluarga dan beberapa orang rakan akan mengerjakan umrah.
Asalnya penerbangan kami dijangka 12hb. Disember ni. Tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan penerbangan kami ditunda ke 17hb.
Harap-harap selepas ni perjalanan pergi dan balik kami berjalan lancar. Tolong doakan kami ye rakan-rakan semua.
Disebabkan kumpulan kami seramai tujuh orang, jadi saya telah siapkan tag untuk bagasi kami supaya mudah dikenal pasti nanti.
Saya buat tag ni lebih kalau-kalau beg ni beranak masa balik nanti ;p (Yelah... pergi 7 beg. Masa balik silap2 jadi 10 beg).
Tag ni saya buat daripada fabrik sepenuhnya. Cuma tali dan hiasan sahaja saya gunakan riben. Pada bahagian pengenalan nanti saya akan tulis gunakan ball pen sahaja.
Dulu saya pernah gunakan tag yang saya laminate. Tapi tag tersebut kurang lasak.
Kalau direntap tag tersebut senang terkoyak.
8 comments:
Kreatifnya..langsung tak pernah terfikir pun nak buat mcm tu.
Tag tu pun cantik..Org kalau dah kreatif ni..memang..heee.
Pape pun selamat bercuti kak.
salam perkenalan aida
bagus idea ni ..... boleh ana cuba
Sue : TQ Sue. Akak terfikir nak buat macam ni sejak pergi rombongan ke Langkawi 2 tahun lepas. Masa tu satu bas pakai tag riben warna pink pd bag. Mmg sangat memudahkan kerja. Senang nak kenal bag ahli rombongan terutama masa urusan di feri. ;)
ana : Salam perkenalan juga... Silakanlah mencuba ye...
kak knapa x buatkan untuk i masa nak fly hari tu... kesian i, ikat dgn reben buruk je,,,,
Chan : Ala cian dia... nanti nak balik akak buatkan eh. Tahun depan akak nak pegi jln2 kat UK dgn Jue n kak Linda. Korang jd tourist guide tau...
syukran jazilann...
syukran jazilan
Kak Aida,
nak pergi umrah ya? Selamat pergi dan kembali ya.
Cantik tag bagasi. :)
Post a Comment