Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here
Showing posts with label giveaway. Show all posts
Showing posts with label giveaway. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Salam Ceria!!!!

Maafkan saya...

Maafkan saya....

Mengambil masa terlalu lama,


Untuk menyampaikan berita gembira,

Hati yang berduka gundah gulana,

Kini diharap ceria semula.

Diriku tiba-tiba terbanyak kerja,

Perlu diselesaikan segera juga,

Wifi juga tak bagi kerjasama,

Asyik nak 'connection problem' bila nak guna,

Terpaksalah kucuri masa di tempat kerja,

Harap-harap bos tak perasan hendaknya,

Ingin kusampaikan perutusan segera,

Kepada yang bertuah tubuh badannya

Siapakah agaknya gerangan orangnya,

Ku potong-potong nama nama ku cabut jua,

Nak guna komputer pilih nama takde kemahiran pula,

Terpaksalah buat manual sahaja.

Ingatkan nak ambil gambar tertinggallah pulak kamera,

Penat je buat kertas undi cantik-cantik belaka

Nampaknya nama sudah pun menjelma,

Di bawah inilah keputusannya,

Kepada yang berjaya tahniah lah ye,

Kepada yang lain jangan gundah gulana,

Kerana ada cenderahati juga.....






PEMENANG PERTAMA :

Art Tea



PEMENANG KEDUA  :

Zaza




PEMENANG KETIGA :
Zullen



Tahniah sekali lagi daripada saya...

Insyaallah kesemua hadiah dan cenderamata saya akan pos pada Isnin atau Selasa depan ye.

Terima kasih kerana sudi mengambil bahagian dalam GIVEAWAY saya...

Tuesday, June 21, 2011

Saya Nak Bagi Hadiah!!!!!

24 Jun ni besday saya...

Tinggal 3 hari je lagi....

Sempena besday saya ni, saya teruja nak bagi hadiah...(Tapi tak cari hadiah lagi)

Rasanya macam nak bagi buku tentang kraf @ jahitan @ sulaman @ yang seangkatan dengannya...

Kalau ada yang berminat nak dapatkan buku kraf percuma dari saya, cara-caranya...

1) Berikan ucapan selamat hari jadi kepada saya le... kat ruangan 'comment'

2) Menjadi Follower saya


Tu je......

Tarikh akhir : 24 Jun 2011 (Jam 23:59)

(3 Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah dan akan diumumkan dalam entry seterusnya....)

Wednesday, June 2, 2010

First time joint giveaway!!!!!

Kali pertama saya menyertai giveaway. Walaupun saya dah buat giveaway saya sendiri saya belum pernah menyertai giveaway daripada mana-mana blogger. Bukan tak sudi tapi tak reti. Tapi kali ni saya sertai giveaway Jue. Kawan baik saya di samping tu nak promote juga pada kawan-kawan blogger yang lain. Jom meriahkan giveaway Jue ni....

Kalau nak joint link sini : http://aldenhope.blogspot.com/

1st prize : Mutiara Sabah + Fridge Magnetic

2nd prize : Mutiara Sabah + Fridge Magnetic

Fridge Magnetic







Monday, May 31, 2010

Pemenangnya ialah....


Alhamdulillah... umur ibu saya kini 59 tahun. Semoga ibu saya sentiasa dipelihara oleh Allah s.b.h di dunia dan akhirat, dikurniakan kesihatan yang baik, dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan segala-galanya yang terbaik... Amin....




PEMENANG KATEGORI 1


Siapa peserta bertuah yang telah dapat meneka umur ibu saya dengan tepat???? Jeng.. jeng... jeng.... Orangnya ialah







Blogger chan said...

Bleh x teka 2 kali? I teka 59 tahun n 62 tahun... bagilah i betul...i nak giveaway tu....
May 29, 2010 8:15 PM

Tahniah Chan!!!!......


Seterusnya ......  kedua-dua cabutan khas bagi kategori 2 dan 3 dilakukan sendiri oleh ibu saya. Pemenangnya ialah........




PEMENANG KATEGORI 2 : CABUTAN BERTUAH PESERTA GIVEAWAY





Blogger feltralicious said...

saya pun nak join gak. agaknya umur beliau dlm 70 tahun    coz my mum pun around that age.    
May 29, 2010 8:05 PM  
Tahniah feltralicious!!!!.....



PEMENANG KATEGORI 3 : CABUTAN BERTUAH KATEGORI FOLLOWER






Tahniah eyda!!!!



Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang. Berbanyak-banyak terima kasih kepada semua peserta Giveaway yang sudi memeriahkan blog saya dan sekaligus menceriakan ibu saya yang tercinta. Doakan saya dimurahkan rezeki lagi pada masa-masa akan datang untuk bergembira lagi dalam GIVEAWAY-GIVEAWAY (betul ke ni???) yang seterusnya... Insyaallah....

Kepada para pemenang sila e-mailkan nama, alamat dan no. tel ke :

e-mail saya :  izz_dydin@yahoo.com 

atau
smskan sahaja ke no : 013-7729177


Insyaallah semua hadiah akan diposkan pada minggu ini.....






Monday, May 24, 2010

Giveaway!!!

JOM SERTAI GIVEAWAY SAYA!!! 

Sebagaimana yang telah dijanjikan saya kembali lagi dengan giveaway sempena birthday ibu saya pada 30 Mei ini. Hasrat di hati hadiahnya nak buat sendiri, malangnya masa dan keadaan sangat tidak mengizinkan. Tapi sebab dah janji maka saya dengan semangat yang berkobar-kobar telah menghayun langkah ke Romantika untuk mencari hadiah giveaway kali ni. Kenapa saya pilih Romantika? Sebab... saya suka barang-barang di situ. Suka... sangat... mungkin sebab di kelilingi ros dan PINK. Insyaallah bersama item-item dari Romantika ini nanti saya sertakan sekali little teddy sebagai handmade khas dari saya.

Terbahagi kepada 3 kategori :

Kategori 1 : Teka umur ibu saya.

   
Hadiahnya... apron yang sungguh sweet  + little teddy + pin cushion

Kategori 2 : Cabutan khas untuk mereka yang menyertai Giveaway saya. (Tak kiralah jawapan betul atau salah)

Hadiahnya ... table runner bersulam riben + little teddy + pin cushion
 
Kategori 3 : Cabutan khas untuk follower blog yang amat saya hargai...

Hadiahnya ... misteri.... + little teddy + pin cushion

Bagaimana nak sertai?


Tuliskan jawapan dalam bahagian komen di post Giveaway ini. Tak follow blog saya pun tak apa, tapi tak dapatlah rebut hadiah misteri dalam kategori 3. 

Tarikh tutup penyertaan :
30 MEI 2010
Jam 11.59 malam









Monday, May 17, 2010

Hadiah cabutan bertuah...

Bungkusan yang ditunggu-tunggu dah sampai. Jeng... jeng... jeng... saje bagi alamat sekolah nak bagi jeles kat kawan-kawan.. hihihi.

Tak sangka saya menang cabutan follower bertuah giveaway zhaneezcraft. Apa pun saya anggap ini rezeki Hari Guru yang disambut di sekolah saya hari ini. Terima kasih zhaneez. Craft yang Zhaneez hasilkan memang kreatif. Suka sangat dapat gift yang comel-comel ni. Bila kita jadi crafter selalunya kita tak buat craft unbtuk diri sendiri sebab mengutamakan permintaan orang lain dulu. Jadi saya memang tak sempat nak buat keychain untuk diri sendiri. Keychain yang saya buat masa mula-mula berjinak-jinak dengan felt craft dah hampir lunyai dah. So bila dapat hadiah dari Zhaneez ni ibarat orang mengantuk disorongkan bantallah ni. Yeay!!!!







Monday, May 10, 2010

Keputusan Contest : Teka Umur Ibu Saya.

Salam ceria rakan-rakan semua. Tepat pukul 12.00 tengah malam tadi saya telah menutup secara rasminya pertandingan meneka umur ibu saya. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang sudi menyertai pertandingan ini walaupun hadiah yang ditawarkan tak seberapa adanya. Jadi tak nak berlengah lagi... nak tau keputusannya????
v
v
v
v
v
v
v

-TIADA PEMENANG...-

Emm... nampaknya tiada peneka yang dapat meneka dengan tepat mahupun sipi-sipi umur ibu saya. Takpe-takpe, jangan bersedih... Insyaallah saya akan membuka lagi pertandingan ini pada hujung Mei ini kerana harijadi ibu saya jatuh pada 30 Mei ini dengan hadiah yang lebih baik daripada tawaran kali ini. Rakan-rakan yang dah mencuba nasib dalam pertandingan kali pertama ini, masih boleh joint lagi nanti. OK lepas ni bolehlah simpan strategi awal-awal ye....










myspace layout codes



Saturday, May 8, 2010

Contest : Teka Umur Ibu Saya!

Bersempena hari ibu esok saya nak adakan contest untuk rakan-rakan semua. Dalam entry sebelum ni saya ada masukkan gambar ibu saya. Jadi, saya nak rakan-rakan teka berapa agaknya umur ibu saya ni. Caranya mudah aje. Addkan dalam ruangan komen di bawah. Rakan-rakan boleh menghantar 1 penyertaan sahaja dengan 3 jawapan. 

Contoh : Umur ibu aida - jawapan : 41thn, 51thn @ 61thn. 
Tiga no. di atas sah-sah tak betul. Jgn ambil pula ye...
 
Barangsiapa yang bijaksana meneka umur ibu saya dengan tepat, saya akan berikan 2 produk felt saya secara percuma mengikut pilihan pemenang tersebut. Sesiapa pun boleh sertai (Kecuali adik-beradikku... ye...) Tarikh akhir pertandingan 9 May 2010 jam 12.00 tengah malam. Selamat mencuba ...!!!