Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Friday, April 30, 2010

Pink Booties

Salam ceria walaupun banyak kerja rakan-rakan semua.Hari ni saya tak buat teddy. Kalau tak hari-hari buat teddy. Rasa macam dah jadi penternak teddy pulak.... MommyHari ni saya nak cerita tentang booties pulak. Booties ni bukan saya yang kait. Bab-bab kait mengait ni memang tak pernah nak jadi bijaksananya pun. Huwaaaa... Sedih... Booties ni saya tempah daripada rakan sebelah meja saya... (mesti dia bersyukur kan saya tak pandai mengait... kalau tak takdelah saya nak tempah kat dia. Betoi tak Kak Zihan?  Bounce)  Booties ni saya tempah untuk rakan saya Marina yang baru menerima baby perempuan. Sebaik sahaja booties ni saya terima, saya terus tambahkan bunga-bungaan daripada kain felt dan butang. Jom cuci mata tengok booties comel ni...




Wednesday, April 28, 2010

Khas untuk pelajar-pelajar dan guru-guru SMKSL!!!

Dapatkan 'Pin Brooch' yang menarik ini 
daripada Kelab Tunas Bistari
Mulai esok Rabu 28 April
di Koperasi SMKSL!!!

Harga  :  RM2.20 setiap satu

19/5/2010 - SEMUA PIN BROOCH SOLD OUT!!!!!



Yang di bawah ni pula MUG EKSLUSIF
untuk tempahan sempena Hari Guru
boleh tambah gambar & design ikut permintaan
sangat TERHAD
Siapa Cepat Dia Dapat!!!

RM6.00 setiap satu



 











Monday, April 26, 2010

Aktiviti sepanjang hari ini....

Selewat jam 4.00 pagi saya baru melelapkan mata pagi ini untuk menyiapkan tempahan Jue. Asalnya Jue minta 20. Tapi terus terang dalam masa satu hari saya tak mampu nak buat sebanyak itu. Cuti pun Ahad je. Sepanjang hari Ahad tu macam-macam benda nak di buat. So, malam pukul 10 baru mula menjahit. Pulun punya pulun dapat 5 ekor jek... Nasib baik Jue cakap awal2 tak kisah berapa pun yang siap. 



Di sekolah pagi-pagi lagi saya settlekan urusan lawatan pelajar ke KLCC untuk bulan Jun nanti. Dah pending seminggu urusan ni selepas jabatan reply semula ke sekolah. Kes tak cukup dokumen. Tak tau pulak lawatan kalau 2 bas kena dua dokumen yang berbeza. (Selama ni saya buat satu bas saja. First time buat 2 bas sebab permintaan tinggi) So daripada 9 salinan terpaksa dijadikan 18 salinan. Semuanya kena pecah 2. Jadikan dua kumpulan AJK untuk setiap bas, 40 nama pelajar untuk setiap bas, maklumat perbelanjaan untuk setiap bas, dll. 9 salinan untuk setiap permohonan setiap salinan 6 muka surat. Jadi 6 x 18 salinan + lagi 9 salinan pertama yang dikembalikan... Banyaknya pokok yang nak ditebang... Sepatutnya Jabatan Pendidikan perlu memikirkan kaedah yang lebih lestari. Walhal dianjurkan oleh Kelab yang sama, tempat lawatan yang sama dan AJK yang sama. Kenapalah nak membazir kan... Apa pun mesti ada rasionalnya kan kenapa jabatan buat macam ni. (Think +ve je la..)

Tengah hari hantar buku latihan sejarah pelajar tingkatan 2  kepada Ketua Panitia untuk di pantau. Setakat hari ni dah settle 4 kelas. Tinggal 3 kelas je lagi nak buat. Takpe.. masih on time... Petang mengecat bersama pelajar sampai pukul 5.00. Alhamdulillah, hari ni ada pelajar lelaki bantu. Barulah tercapai tempat-tempat yang tinggi tu.


Lepas ambil anak tidur sekejap. Memang masa tunggu anak di pagar sekolah dia lagi dah terlelap. 

Malam ni nak siapkan teddy untuk Azfa dan Fadh pulak. Harap-harap tak lewat sangat tidur, sebab dah dua malam tidur pukul 4.00 pagi. Tak elok untuk kulit wajah ni. Ahaks...Macam nilah selalunya. Apapun kesibukan tu kadang-kala menyeronokkan daripada apabila kita bangun dari tidur, lepas tu tak tau nak buat apa-apa sepanjang hari tu. Ok kawan-kawan selamat beristirahat semua malam ni....





Sunday, April 25, 2010

My first Swap with Kham Joe

"Mama, ada orang pos hantar baranglah mama. Mesti dari kawan mama ni."

Alhamdulillah... projek swap kami yang pertama berjalan lancar. Tak sabar rasanya nak balik ke rumah, malangnya semalam ada aktiviti mengecat kelas terpaksalah balik lambat walaupun hari Sabtu.

Bila sampai di rumah terus saya buka parcel kiriman daripada rakan blogger saya Kham. Wah... terujanya.... Memang cantik sangat! Suka sangat! Haruman potpourrinya menghilangkan terus rasa letih bekerja sepanjang siang tadinya. Kerja tangan Kham memang ekslusif dan kemas. Sesuai sangat dijadikan door gift @ cenderamata. Terus terang saya katakan kualitinya setanding di kedai berjenama "lovely lace".


Kham telah mengirim 3 sachets potpourri dan salah satunya ada nama saya. Rasa special sangat! Sachet yang kosong tu untuk rakan saya sebab dia berkenan sangat nak tengok sample yang Kham buat. Terima kasih banyak2 kham. Kham ni memang seorang yang tidak berkira dan kedekut ilmu. Semoga terus dimurahkan rezeki...


Ini yang saya kata special tu. Siap ada nama saya lagi. Apatah lagi warnanya pink...
Love it so much!


Yang warna hitam ni pun nice sangat. Simple tetapi nampak ekslusif.

Jadi kalau ada sapa-sapa yang berminat dengan produk Kham silalah ke blog http://khamjoedesign.blogspot.com atau call/sms Kham (0133943103) atau e-mel kham_joe@yahoo.com / khamjoe@gmail.com atau boleh juga tinggalkan message di box facebook:khamsaini johari.

Semoga ukhuwah yang terjalin ini berpanjangan hendaknya...







Saturday, April 24, 2010

Terima kasih pelajar-pelajarku...

Hari ni saya dan beberapa orang pelajar saya mengecat kelas. Asalnya kami hanya bertiga tapi bila dah petang sikit tambah lagi tiga orang membantu. Sebenarnya sudah dua hari saya dan pelajar-pelajar ni mengerjakan kelas ni. Tapi masih tak siap-siap. Hari ni pun sampai pukul 6.00 kami masih di sekolah. Insyaallah kerja-kerja mengecat akan siap sepenuhnya pada hari Isnin nanti. Harap-harap pelajar lelaki ada la yang sudi membantu nanti ye...

Dan kepada pelajar-pelajar saya yang saaaaangat rajin terima kasih banyak-banyak.....










   

Friday, April 23, 2010

Car accessory.


Hari ini saya bereksperimen dengan beberapa item yang saya beli di PISB Air Hitam untuk menghasilkan hiasan kereta (hiasan gantung-gantung). Hiasan ini pun sesuai dijadikan sebagai doorgift kepada tetamu atau cenderahati. Tak lama menghabiskan masa di situ walaupun sangat menarik untuk memerhatikan barang-barang yang ada di situ lama-lama. Bagi rakan-rakan yang belum pernah ke Johor, kawasan Air Hitam ni merupakan antara kawasan popular untuk membeli belah terutamanya barang-barang untuk aksesori perkahwinan, tembikar, bantal-bantal hiasan, kerepek dan sebagainya. Jadi kalau berkesempatan ke Johor janganlah lepaskan peluang ke sini ye. Kalau tak membeli pun cuci-cuci mata pun seronok jugakan. 





Semalam juga saya sempat menyiapkan tempahan teddy dalam tulisan Cina tempahan rakan saya.









Selamat bergraduat!

Teddy kali ni di buat khas untuk majlis konvokesyen.Sama ada saya berjaya menyahut cabaran menyiapkan teddy ni ikut jumlah yang diminta atau tidak hanya masa yang akan menentukannya. Date line hari Isnin, hari sabtu ni hari ganti persekolahan pulak. Mcm tak terbuat je Jue.... Apa pun saya akan cuba buat yang termampu.



Satu lagi buat kawan-kawan yang kata saya tak ada kerja di sekolah sampai boleh buat macam-macam ni sebenarnya sangat membengangkan saya. Di sekolah saya melaksanakan tugas saya sebagai guru dan setiap masa saya amat berharga untuk menyiapkan tugasan di sekolah. Saya sentiasa berkejar dengan masa untuk melangsaikan tugas saya. Semua aktiviti kraf dan blog saya buat di rumah selepas urusan rumah saya selesai. Kalau ada saya bawa tool kraf saya ke sekolah itu adalah sesi untuk saya membimbing ahli kelab Tunas Bistari membuat projek kraf.

Rakan-rakan, kalau ada tugasan saya di sekolah yang terlambat atau belum selesai semuanya tidak berkaitan dengan dunia kraf saya. Saya sentiasa berusaha membuat yang terbaik tetapi tugasan saya terlampau rencam di sekolah kadang-kala menyebabkan saya bingung untuk menyelesaikannya satu per satu. Saya percaya, rakan-rakan juga begitu walaupun rakan-rakan tidak melibatkan diri dengan aktiviti seperti saya. Prinsip saya di rumah adalah dunia saya dan keluarga saya di sekolah adalah tempat kerja saya. Saya jarang bawa kerja sekolah ke rumah kecuali keadaan yang terlampau memaksa. Maafkan saya andai ada yang tersinggung dengan luahan ini. Saya memang tak berapa pandai nak menyimpan perasaan. Sebab saya tak mahu sakit mental akibat memendam perasaan...




   







myspace layout codes










Tuesday, April 20, 2010

Projek Kerja sama-sama

Hai... Salam semua....

Sudah beberapa hari ni saya bekerja sama-sama dengan projek cikgu Zihan. Semenjak dua menjak cikgu Zihan nak dapat menantu sedara ni (bakal suami anak sedara) macam-macam benda dia nak buat. Tu belum dapat menantu betul-betul tu... Mesti gempaq persiapannya nanti ni kan? 

Kali ni cikgu Zihan berkenan benar dengan projek rakan blogger saya kham joe tentang potpourri sachet tu. Cuma kata dia " akak part jahit tu suka la, tapi part bubuh aksesori tu yang lemah tu..." Ha.. kebetulan sy ni part menjahit agak kureng semenjak mesin jahit saya kene virus.(VIRUS 'RM') hi.. hi.. hi... So saya mem"volunteer"kanlah diri bubuh aksesori tu... Memang minat bab2 penambahan & pengubahsuaian kerja orang ni! (mcm bagusss jek kan...)

Jadi, kali pertama kak Zihan bawak sample yang dia jahit tu, saya pun selongkarlah laci meja guru saya lalu terjumpalah bunga-bungaan yang ala-ala sesuai. (Eh... meja saya ke meja kak Zihan ekk?) Lalu menggunakan konsep pandu puteri ketika dalam kesusahan maka saya pun gunakanlah sesuatu untuk melekatkan bunga tersebut, mengikat dan membuncitkan sachet tu. Inilah hasilnya...


Bila blog ni siap ditulis baru ku teringat pesanan kak Zihan suruh beli tali untuk beg tadi.  Alamak sorry terlupa... esok ye...














myspace layout codes

   



Monday, April 19, 2010

Little Teddy kembali...

Salam semua...!!! Aktiviti hujung minggu kali ni tak berapa produktif. Saya cuma memalas-malaskan diri di rumah. Mungkin sebab perasaan saya terlalu penat minggu ini. Yang dapat saya hasilkan cumalah lima ekor teddy ni. Esok Little Teddy ni akan diserahkan kepada keluarga masing-masing kecuali sekor yang takde orang tempah. Jangan nakal-nakal ye, jaga diri baik-baik semua...   

Little teddy Chan


Little teddy Tyra

Little teddy Tan

Little teddy Nuha

Little Teddy nobody ...




   

Saturday, April 17, 2010

Apabila si kecil teringin menjahit.

"Mama, Iyddin nak belajar jahit boleh tak?"

Begitulah kata-kata si kecil saya  ketika saya sedang cuba-cuba menjahit batu seremban. Terus saya guntingkan kain dan saya sediakan jarum dan benangnya.Di atas kain tu saya buat garisan supaya senang iyddin jahit. Saya bercadang nak ajar dia buat bantal kecil. Pada saya biarlah bila dia belajar  nampak hasil yang dijahitnya tu nanti. 

Bila barang-barang jahitan dah ada, saya pun ajar dia jahit jelujur. Baru tunjukkan sikit dia dah tak sabar-sabar nak buat sendiri.Nak tau... seronok rupanya tengok budak kecil menjahit. Bersungguh-sungguh Iyddin menjahit. Kalau ada kesilapan-kesilapan teknikal tu adatlah kan. Mungkin sebab dia ni budak lelaki jadi taklah seteliti budak perempuan hasilnya. 

Bila dah siap jahit tempat yang saya tunjukkan, saya pun suruh dia terbalikan kain tu dan kemudian isi dengan kapas. Proses yang ni pun menyeronokkan juga. Bila dah kembung bantal tu, saya tolong jahitkan atasnya sikit sebelum Iyddin sambung semula.

Memang nampak simple, tapi kami sangat gembira melakukannya. Bila dah siap Iyddin tambah lagi dengan sample batu-batu seremban saya yang tak berapa menjadi. Dah namanya budak lelaki, suka nak tambah yang pelik-pelikkan...






   

Monday, April 5, 2010

Door Gift Kak Zihan

Akhirnya tempahan kak Zihan siap jua. Walaupun tak banyak, berbulan jugalah nak menyiapkannya. Projek ini sebenarnya projek bersama dengan Kelab Tunas Bistari. Walaupun kebanyakannya saya jahit sendiri tetapi sebenarnya projek ini bertujuan untuk memberi bimbingan keusahawanan kepada pelajar-pelajar saya. 

Buat kak Zihan terima kasih kerana membuat tempahan dan memberi kepercayaan kepada kami. Ahli-ahli kelab, ini bukan order terakhir ye... ada yang masih pending lagi ni. Order cikgu Fauziah tak siap lagi....