"Mama, Iyddin nak belajar jahit boleh tak?"
Begitulah kata-kata si kecil saya ketika saya sedang cuba-cuba menjahit batu seremban. Terus saya guntingkan kain dan saya sediakan jarum dan benangnya.Di atas kain tu saya buat garisan supaya senang iyddin jahit. Saya bercadang nak ajar dia buat bantal kecil. Pada saya biarlah bila dia belajar nampak hasil yang dijahitnya tu nanti.
Bila barang-barang jahitan dah ada, saya pun ajar dia jahit jelujur. Baru tunjukkan sikit dia dah tak sabar-sabar nak buat sendiri.Nak tau... seronok rupanya tengok budak kecil menjahit. Bersungguh-sungguh Iyddin menjahit. Kalau ada kesilapan-kesilapan teknikal tu adatlah kan. Mungkin sebab dia ni budak lelaki jadi taklah seteliti budak perempuan hasilnya.
Bila dah siap jahit tempat yang saya tunjukkan, saya pun suruh dia terbalikan kain tu dan kemudian isi dengan kapas. Proses yang ni pun menyeronokkan juga. Bila dah kembung bantal tu, saya tolong jahitkan atasnya sikit sebelum Iyddin sambung semula.
Memang nampak simple, tapi kami sangat gembira melakukannya. Bila dah siap Iyddin tambah lagi dengan sample batu-batu seremban saya yang tak berapa menjadi. Dah namanya budak lelaki, suka nak tambah yang pelik-pelikkan...
No comments:
Post a Comment