Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Friday, April 23, 2010

Selamat bergraduat!

Teddy kali ni di buat khas untuk majlis konvokesyen.Sama ada saya berjaya menyahut cabaran menyiapkan teddy ni ikut jumlah yang diminta atau tidak hanya masa yang akan menentukannya. Date line hari Isnin, hari sabtu ni hari ganti persekolahan pulak. Mcm tak terbuat je Jue.... Apa pun saya akan cuba buat yang termampu.



Satu lagi buat kawan-kawan yang kata saya tak ada kerja di sekolah sampai boleh buat macam-macam ni sebenarnya sangat membengangkan saya. Di sekolah saya melaksanakan tugas saya sebagai guru dan setiap masa saya amat berharga untuk menyiapkan tugasan di sekolah. Saya sentiasa berkejar dengan masa untuk melangsaikan tugas saya. Semua aktiviti kraf dan blog saya buat di rumah selepas urusan rumah saya selesai. Kalau ada saya bawa tool kraf saya ke sekolah itu adalah sesi untuk saya membimbing ahli kelab Tunas Bistari membuat projek kraf.

Rakan-rakan, kalau ada tugasan saya di sekolah yang terlambat atau belum selesai semuanya tidak berkaitan dengan dunia kraf saya. Saya sentiasa berusaha membuat yang terbaik tetapi tugasan saya terlampau rencam di sekolah kadang-kala menyebabkan saya bingung untuk menyelesaikannya satu per satu. Saya percaya, rakan-rakan juga begitu walaupun rakan-rakan tidak melibatkan diri dengan aktiviti seperti saya. Prinsip saya di rumah adalah dunia saya dan keluarga saya di sekolah adalah tempat kerja saya. Saya jarang bawa kerja sekolah ke rumah kecuali keadaan yang terlampau memaksa. Maafkan saya andai ada yang tersinggung dengan luahan ini. Saya memang tak berapa pandai nak menyimpan perasaan. Sebab saya tak mahu sakit mental akibat memendam perasaan...




   







myspace layout codes










4 comments:

Jue said...

aduhhh, sapa la tu.. yg terasa tu..haahh padan muka ko!!ambik mu sebijikk!!
hikhikk btl2 tu kak aida jangan sampai kita sakit jiwa pula! & for that person 'try la bwt blog/bercrafting.. cuz blog/craft is really a therapy;another way of release tension/stress.. '

zaliana said...

AIDA
biarlah orang berkata..asalkan semua tugasan dan amanah dah diselesaikan,tak perlu rasa gusar..saya kagum cara aida urus masa dengan baik dan masih ada masa untuk diri sendiri dan kerja kraf..teruskan berkraf, disamping mendidik anak bangsa!!

...aida... said...

Terima kasih atas sokongan kawan-kawan. kedua-duanya pun terapi (mendidik anak bangsa dan berkraf) Tp bila ada cakap2 belakang tu la yang buat kita terguris. Apatah lagi orang yang bercakap tu tak kenal pun siapa kita. Apapun sekarang dah ok. Malas nak layan lama2 problem yang tah apa2 ni.

kakidaR said...

tak pe...tak pe..janji kerja kita kat sekolah siap...heheh...saya pun cikgu juga...dan juga buat craft....memang hilang tension ...hanya cikgu yang faham cikgu nih...hehehhe...ok..selamat berseni...