Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here
Showing posts with label ilham cenderahati. Show all posts
Showing posts with label ilham cenderahati. Show all posts

Sunday, October 31, 2010

IlHam GubaHan CeNderaHati

Gubahan ini sangat ringkas dan mudah disediakan.

Tidak memerlukan aksesori yang terlalu sarat kerana cenderahati ini bukan untuk hantaran perkahwinan.

Cenderahati ini adalah untuk tetamu khas yang dijemput ke sekolah.

Saya memilih tema warna hijau dan putih sebab tetamu ni lelaki.



Kotak besi ni ada dalam dua warna iaitu gold dan silver. Kalau ada yang berminat pada kotak besi ni bolehlah e-mel saya ye.... Bahan-bahan lain bunga hiasan, kain satin 1/2 meter dan (tiada dalam gambar) dawai bunga kecil, gam UHU, riben dll










Saturday, May 29, 2010

Pin Cushion


Pin cushion dalam gambar di atas sebenarnya item tambahan khas untuk pemenang-pemenang giveaway saya nanti. Setiap kategori akan dapat satu pin cushion. Seronok buat pin cushion paten ni. Insyaallah dalam post akan datang saya akan buat tutorialnya.



Menyebut tentang giveaway saya yang sedang berlangsung sekarang,... kategori 1 masih belum ada peserta yang dapat menjawab dengan tepat. So peluang masih terbuka luas lagi bagi sesiapa yang ingin mencuba. Bagi yang telah mencuba, ... saya beri peluang sekali lagi untuk meneka umur ibu saya. Kalau selepas ini ada beberapa peserta yang dapat jawab dengan tepat,.. peserta yang mula-mula memberikan jawapan yang betul akan dikira sebagai pemenang. Wah.... saya yang berdebar-debar ni... siapa yang teka betul ye...???  OK sesiapa yang nak cuba, check post giveaway saya sebelum ini dan letakkan jawapan dalam ruangan komen.





Sunday, May 16, 2010

Dekorasi Hadiah Hari Guru

Sempena Hari Guru pada tahun ini saya telah menyediakan dua cenderamata khas untuk guru kelas anak saya. Untuk dekorasi cenderamata ini saya mengaplikasikan teknik lipatan ros dan ikatan riben. Saya hanya menggunakan tiga warna riben sahaja. Kalau ditambah aksesori lain pasti lagi menawan. Tetapi saya kesuntukan masa hari ni sebab cuti satu hari sahaja. Macam-macam benda nak diuruskan. Semoga dekorasi ini memberi ilham kepada rakan-rakan semua.






Wednesday, May 5, 2010

Do you love me???

Salam semua. Rasa dah lama tak buat post tentang hasil craft. Asyik fikirkan hal-hal keduniaan yang lain jer belakangan ni.  Hari ni nak tunjukkan keychain felt yang ditempah oleh anak murid saya. Puas jugak nak fikirkan ape bendanya ni? Love? Tapi macam ada sayap kapal terbang je pulak. Tu yang tajuk post lain sikit tu. Disebabkan tempahan ini disertakan dengan lakaran design yang dikehendaki dan tak lah rumit sangat jadi saya pun terimalah... Lebih-lebih lagi dia kata nak hadiahkan pada ibu dia. Wahhhh,.... bagus anak murid saya ni.... Patut dicontohi semua.

Keychain ni sebenarnya sudah siap beberapa hari lepas, tapi  mood berblog terbantut sikit disebabkan blog saya yang hampir musnah baru-baru ni. Kejadian berlaku selepas suspek menyelesaikan soalan peperiksaan pertengahan tahunnya pada jam 11.00 malam 3 Mei 2010 yang lalu. (Cheh, ayat berita tu!) Suspek tu sebenarnya saya la sendiri. So sekarang saya guna template baru atas permintaan cik abang saya yang mahukan warna hijau kekuningan sebagai latar. Saya rasa ni je template yang hampir dengan permintaannya. Tapi disebabkan diriku peminat pink, maka diselitkanlah juga unsur-unsur pink di sana sini. he.. he...he...





Friday, April 30, 2010

Pink Booties

Salam ceria walaupun banyak kerja rakan-rakan semua.Hari ni saya tak buat teddy. Kalau tak hari-hari buat teddy. Rasa macam dah jadi penternak teddy pulak.... MommyHari ni saya nak cerita tentang booties pulak. Booties ni bukan saya yang kait. Bab-bab kait mengait ni memang tak pernah nak jadi bijaksananya pun. Huwaaaa... Sedih... Booties ni saya tempah daripada rakan sebelah meja saya... (mesti dia bersyukur kan saya tak pandai mengait... kalau tak takdelah saya nak tempah kat dia. Betoi tak Kak Zihan?  Bounce)  Booties ni saya tempah untuk rakan saya Marina yang baru menerima baby perempuan. Sebaik sahaja booties ni saya terima, saya terus tambahkan bunga-bungaan daripada kain felt dan butang. Jom cuci mata tengok booties comel ni...




Wednesday, April 28, 2010

Khas untuk pelajar-pelajar dan guru-guru SMKSL!!!

Dapatkan 'Pin Brooch' yang menarik ini 
daripada Kelab Tunas Bistari
Mulai esok Rabu 28 April
di Koperasi SMKSL!!!

Harga  :  RM2.20 setiap satu

19/5/2010 - SEMUA PIN BROOCH SOLD OUT!!!!!



Yang di bawah ni pula MUG EKSLUSIF
untuk tempahan sempena Hari Guru
boleh tambah gambar & design ikut permintaan
sangat TERHAD
Siapa Cepat Dia Dapat!!!

RM6.00 setiap satu



 











Monday, April 26, 2010

Aktiviti sepanjang hari ini....

Selewat jam 4.00 pagi saya baru melelapkan mata pagi ini untuk menyiapkan tempahan Jue. Asalnya Jue minta 20. Tapi terus terang dalam masa satu hari saya tak mampu nak buat sebanyak itu. Cuti pun Ahad je. Sepanjang hari Ahad tu macam-macam benda nak di buat. So, malam pukul 10 baru mula menjahit. Pulun punya pulun dapat 5 ekor jek... Nasib baik Jue cakap awal2 tak kisah berapa pun yang siap. 



Di sekolah pagi-pagi lagi saya settlekan urusan lawatan pelajar ke KLCC untuk bulan Jun nanti. Dah pending seminggu urusan ni selepas jabatan reply semula ke sekolah. Kes tak cukup dokumen. Tak tau pulak lawatan kalau 2 bas kena dua dokumen yang berbeza. (Selama ni saya buat satu bas saja. First time buat 2 bas sebab permintaan tinggi) So daripada 9 salinan terpaksa dijadikan 18 salinan. Semuanya kena pecah 2. Jadikan dua kumpulan AJK untuk setiap bas, 40 nama pelajar untuk setiap bas, maklumat perbelanjaan untuk setiap bas, dll. 9 salinan untuk setiap permohonan setiap salinan 6 muka surat. Jadi 6 x 18 salinan + lagi 9 salinan pertama yang dikembalikan... Banyaknya pokok yang nak ditebang... Sepatutnya Jabatan Pendidikan perlu memikirkan kaedah yang lebih lestari. Walhal dianjurkan oleh Kelab yang sama, tempat lawatan yang sama dan AJK yang sama. Kenapalah nak membazir kan... Apa pun mesti ada rasionalnya kan kenapa jabatan buat macam ni. (Think +ve je la..)

Tengah hari hantar buku latihan sejarah pelajar tingkatan 2  kepada Ketua Panitia untuk di pantau. Setakat hari ni dah settle 4 kelas. Tinggal 3 kelas je lagi nak buat. Takpe.. masih on time... Petang mengecat bersama pelajar sampai pukul 5.00. Alhamdulillah, hari ni ada pelajar lelaki bantu. Barulah tercapai tempat-tempat yang tinggi tu.


Lepas ambil anak tidur sekejap. Memang masa tunggu anak di pagar sekolah dia lagi dah terlelap. 

Malam ni nak siapkan teddy untuk Azfa dan Fadh pulak. Harap-harap tak lewat sangat tidur, sebab dah dua malam tidur pukul 4.00 pagi. Tak elok untuk kulit wajah ni. Ahaks...Macam nilah selalunya. Apapun kesibukan tu kadang-kala menyeronokkan daripada apabila kita bangun dari tidur, lepas tu tak tau nak buat apa-apa sepanjang hari tu. Ok kawan-kawan selamat beristirahat semua malam ni....





Friday, April 23, 2010

Car accessory.


Hari ini saya bereksperimen dengan beberapa item yang saya beli di PISB Air Hitam untuk menghasilkan hiasan kereta (hiasan gantung-gantung). Hiasan ini pun sesuai dijadikan sebagai doorgift kepada tetamu atau cenderahati. Tak lama menghabiskan masa di situ walaupun sangat menarik untuk memerhatikan barang-barang yang ada di situ lama-lama. Bagi rakan-rakan yang belum pernah ke Johor, kawasan Air Hitam ni merupakan antara kawasan popular untuk membeli belah terutamanya barang-barang untuk aksesori perkahwinan, tembikar, bantal-bantal hiasan, kerepek dan sebagainya. Jadi kalau berkesempatan ke Johor janganlah lepaskan peluang ke sini ye. Kalau tak membeli pun cuci-cuci mata pun seronok jugakan. 





Semalam juga saya sempat menyiapkan tempahan teddy dalam tulisan Cina tempahan rakan saya.









Tuesday, April 20, 2010

Projek Kerja sama-sama

Hai... Salam semua....

Sudah beberapa hari ni saya bekerja sama-sama dengan projek cikgu Zihan. Semenjak dua menjak cikgu Zihan nak dapat menantu sedara ni (bakal suami anak sedara) macam-macam benda dia nak buat. Tu belum dapat menantu betul-betul tu... Mesti gempaq persiapannya nanti ni kan? 

Kali ni cikgu Zihan berkenan benar dengan projek rakan blogger saya kham joe tentang potpourri sachet tu. Cuma kata dia " akak part jahit tu suka la, tapi part bubuh aksesori tu yang lemah tu..." Ha.. kebetulan sy ni part menjahit agak kureng semenjak mesin jahit saya kene virus.(VIRUS 'RM') hi.. hi.. hi... So saya mem"volunteer"kanlah diri bubuh aksesori tu... Memang minat bab2 penambahan & pengubahsuaian kerja orang ni! (mcm bagusss jek kan...)

Jadi, kali pertama kak Zihan bawak sample yang dia jahit tu, saya pun selongkarlah laci meja guru saya lalu terjumpalah bunga-bungaan yang ala-ala sesuai. (Eh... meja saya ke meja kak Zihan ekk?) Lalu menggunakan konsep pandu puteri ketika dalam kesusahan maka saya pun gunakanlah sesuatu untuk melekatkan bunga tersebut, mengikat dan membuncitkan sachet tu. Inilah hasilnya...


Bila blog ni siap ditulis baru ku teringat pesanan kak Zihan suruh beli tali untuk beg tadi.  Alamak sorry terlupa... esok ye...














myspace layout codes

   



Friday, January 15, 2010

Cenderamata Hari Guru!

Saban tahun 16 Mei merupakan hari yang disambut dengan penuh meriah di mana-mana sekolah pun di negara ini. Pada hari ini anak-anak murid yang dididik selama ini berpeluang meluahkan rasa terima kasih terhadap guru-guru yang telah mendidik mereka. Hari Guru juga disambut dengan meriah di sekolah saya di SMK Seri Lalang Kluang, Johor. Bersempena sambutan Hari Guru yang lalu, saya telah memberikan idea kepada para pelajar saya yang juga merupakan ahli Kelab SPBT sekolah saya, untuk menghasilkan sendiri cenderamata kepada guru-guru. Saya bebaskan mereka untuk menghasilkan cenderamata tersebut di samping memastikan harganya berpatutan dengan budget kelab. Inilah hasil kerja tangan pelajar-pelajar saya ahli Kelab SPBT SMK Seri Lalang. Tahniah diucapkan kepada anda semua kerana anda memang seorang yang kreatif!