Salam semua. Rasa dah lama tak buat post tentang hasil craft. Asyik fikirkan hal-hal keduniaan yang lain jer belakangan ni. Hari ni nak tunjukkan keychain felt yang ditempah oleh anak murid saya. Puas jugak nak fikirkan ape bendanya ni? Love? Tapi macam ada sayap kapal terbang je pulak. Tu yang tajuk post lain sikit tu. Disebabkan tempahan ini disertakan dengan lakaran design yang dikehendaki dan tak lah rumit sangat jadi saya pun terimalah... Lebih-lebih lagi dia kata nak hadiahkan pada ibu dia. Wahhhh,.... bagus anak murid saya ni.... Patut dicontohi semua.
Keychain ni sebenarnya sudah siap beberapa hari lepas, tapi mood berblog terbantut sikit disebabkan blog saya yang hampir musnah baru-baru ni. Kejadian berlaku selepas suspek menyelesaikan soalan peperiksaan pertengahan tahunnya pada jam 11.00 malam 3 Mei 2010 yang lalu. (Cheh, ayat berita tu!) Suspek tu sebenarnya saya la sendiri. So sekarang saya guna template baru atas permintaan cik abang saya yang mahukan warna hijau kekuningan sebagai latar. Saya rasa ni je template yang hampir dengan permintaannya. Tapi disebabkan diriku peminat pink, maka diselitkanlah juga unsur-unsur pink di sana sini. he.. he...he...
2 comments:
Do you love me?
I love you, kak aida hiihii..love ur blog & crafts.
(p.s sepatutnya suspek tu kena lapor ke balai polis sejurus selepas kejadian..!!!!)
ha ha ha, jue i love 2, 3, 4 jugak... Suspek tu dah kena saman pun... Hati2 sekarang dia dah dibebaskan.
Post a Comment