Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Monday, May 17, 2010

Terima Kasih Pelajar-Pelajarku....

Sempena sambutan hari guru di sekolah hari ini, saya menerima beberapa cenderamata daripada pelajar-pelajar saya. Terharu sangat rasanya. Saban tahun pun macam ni juga. Ayah saya dulu juga seorang guru dan telah pun berpencen sekarang ini. Semasa saya kecil-kecil dulu ayah saya akan bawa balik hadiah yang dia dapat sempena hari guru untuk kami adik-beradik buka di rumah. Kini, amalan tu saya masih teruskan. Saya bawa balik dan anak saya yang akan buka hadiah-hadiah tu. Seronok sangat tengok anak saya begitu teruja membuka satu persatu hadiah yang saya terima. Sampai katanya, dah besar nanti dia pun nak jadi cikgu juga...

Hadiah yang paling membahagiakan saya  sebenarnya ialah kejayaan pelajar-pelajar saya. Tak kiralah kejayaan dalam bentuk apa pun. Dalam pelajaran, dalam kehidupan, dalam sahsiah dan sebagainya. Jadi pada kesempatan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada semua pelajar-pelajar saya dan bekas pelajar saya atas ingatan, doa dan hadiah yang diberikan kepada saya. Semoga kalian semua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin...





2 comments:

sue said...

Syoknya kan..time hari guru..anak2 murid mesti bg hadiah punyalah..

...aida... said...

Syok tu mmg syok sue, tp kadang2 rasa tak berapa sedap kalau yang beri hadiah tu dari kalangan pelajar yang susah. Serba salah dibuatnya. Diorang ni sanggup bekerja lps sekolah utk kumpul duit.