Minggu ini memang sangat tidak produktif berblog. Sibuk menyiapkan kertas periksa untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun yang akan bermula 19 Mei ini. Minggu ni juga merupakan minggu Inovasi untuk bidang Teknik dan Vokasional. Saya ni guru tiga alam. Saya mengajar bahasa (Bidang Bahasa), Sejarah (Bidang Kemanusiaan) dan juga Perdagangan (Bidang Teknik & Vok). Jadi kalau guru lain menghadiri satu atau dua mesyuarat untuk bidang masing-masing, saya terpaksa menghadiri tiga mesyuarat yang sama isi kandungannya.
Pada 14 hingga 15 Mei pula saya ke Sekolah Menengah Tun Fatimah Johor Bharu bersama-sama dengan rakan saya cikgu Zihan dan lima orang pelajar untuk menghadiri Kursus Keusahawanan. Memang banyak ilmu dan pengalaman kami dapat melalui kursus ini. Terima kasih banyak-banyak kepada en. Ramli yang terlalu prihatin dan mengambil berat tentang kumpulan kami ni. Mula-mula tiba di JB kami sesat kerana tersalah jalan. Di JB kami ditempatkan di bangunan MPC untuk bermalam sebab kami satu-satunya peserta dari luar JB. Insyaallah pada minggu hadapan 23hb. sekali lagi kami dijemput ke Karnival Keusahawanan yang bertempat di Persada Johor dan bertanding dalam pertandingan Catur Bistari.
Bergambar bersama En. Ramli dan Dr. Uwais
Bergambar di tempat penginapan khas yang disediakan
untuk kami. Bangunan MPC.
Pelajar-pelajar saya sedang berbincang untuk pembentangan kumpulan
Saya dan Cikgu Zihan
No comments:
Post a Comment