Syukur Alhamdulillah...
Baru-baru ini saya berpeluang menghadiri bengkel PEWARIS.
Hasil daripada perbengkelan selama tiga hari itu saya dan peserta kursus yang lain telah diberi tanggungjawab untuk menghasilkan penulisan berbentuk biografi tokoh-tokoh guru daerah masing-masing.
Insyaallah hasil penyelidikan kami ini nanti akan dibukukan dan dilancarkan sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri Johor pada 2011.
Kenapa saya bersetuju menerima tanggungjawab ini?
Sebab saya rasakan ini merupakan sumbangan kecil saya sebagai rakyat Johor untuk negeri yang saya cintai ini.
Serius gila bunyi ayat2 kat atas tu kan. (Memang serius pun sebab saya tak mau ambil mudah tanggungjawab ni..)
Ok tukar mood...
Masa mula-mula sampai di Hotel JA Residence, JB ni macam biasalah mesti cari tempat parking dulu ...
Dengan hanya mengikut gerak hati, saya pun memandu kereta saya ke belakang hotel. Sebab selalunya hotel mestilah sediakan tempat parking kan?
Kebetulan saya nampak ada dua buah kereta di depan saya yang nak parking juga.Tapi macam ada sesuatu yang tak kena. (Apa yang susah sangat nak parking kat atas ni Drive ajerlah kata hatiku dengan kereknya... hahaha...)
Tiba giliran ku... aik... apasal pintu tempat parking ni siap main tutup-tutup. Macam pintu gua dalam cerita Ali Baba jek...Bukan main lagi security dia.
Saya pun melalui proses yang sama dengan kereta depan saya tadi. Tiba masanya pintu parking pun dibuka.
Eh......?????
Lah hai... kena naik lif rupanya. Kereta ni kena naik lif.... Hahaha...Gila.... tak pernah terfikir kena lalui semua ni.
Proses memasukkan kereta ke dalam lif berjalan lancar...
"Cikgu tekan no. 7 ye... " Emm parking kat tingkat 7 rupanya.
Sampai di atas sekali lagi terkejut. Rupanya kereta disusun rapat-rapat.
Dalam hati.... adoyai.... tak leh nak gi mana2 lah sampai habis kursus...
Memang tak boleh keluar sebab tidak ada ruang untuk menggerakkan kereta terutama kalau kita datang awal.
Kalau nak keluar juga pihak pengurusan terpaksa menghubungi semua owner kereta yang memblok kereta kita.
Bilik saya betul2 menghadap tambak Johor. Jadi agak bisinglah dengan bunyi hon2 lori, kereta api dan kenderaan lain.
Bila saya termenung kat tingkap sambil melihat tambak Johor tu baru saya faham kenapa kita perlu buat tambak yang baru.
Tambak yang sedia ada sekarang memang sangat merugikan negara kita. Laluan Selat Melaka dihalang oleh tambak ini.
Idea Tun Dr Mahathir supaya tambak ini dibina semula amat bernas. Sebelum ni saya tak berapa ambil peduli. Tapi bila dah lihat depan mata... Baru saya tahu....
Harapan saya sebagai rakyat biasa diharap pemimpin kita yang ada sekarang akan meneruskan projek ni. Jangan tunduk sangat dengan Singapura tu...
1 comment:
semoga berjaya menghasilkan apa yang dihajat
malaysia memang mesti tegas dgn jiran kita tu jgn asyik mengalah jer
matching tudung dgn baju ~ sweet
Post a Comment