Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Tuesday, December 18, 2012

Crochet Beanie Hat @ Kopiah

Assalamualaikum semua..

Post kali ni nak share beanie yang saya buat. Kenapa nak share beanie yang tak seberapa rupanya ni? Sebab... ini pertama kali saya buat beanie. Dan saya tak pandai mengait... Dan tak pernah siap pun mengait..  Ingat lagi tak post saya tentang blanket crochet yang saya buat dulu

http://sanggarilhamkreatif.blogspot.com/2012/02/blanket-crochet.html


Blanket ni saya memang tak berjaya siapkan. Lagi satu saya rasa blanket ni tak berbaloi nak disiapkan sebab regangan benang yang saya kait awal-awal dengan yang last-last tu tak sama. Jadi kalau dibentangkan hasil crochet tu dia jadi seperti ropol-ropol untuk skirting meja. Ah sudah... Jadi saya buat keputusan berhenti mengait blanket tu. Nak bukak balik benang tu sayang... Itulah hasil pertama saya belajar mengait. Jadi saya biarkan sahaja... Manalah tau satu hari nanti bole digunakan ye tak.

Semalam masa merewang-rewang kat youtube saya sangat tertarik pada youtube ni.

 

Saya bagi 5 bintang la kat youtube ni sebab berjaya membimbing saya yang buta mengait ni sehingga menjadi beani saya... 

Asalnya beani ni saya nak bubuh bunga... Tapi bila anak lelaki saya balik dari sekolah dia terus ambik pakai buat solat.. agak dia ingat mak dia mengait kopiah kot... huhuhu... saya tak jadi la bubuh bunga tu... saya hadiahkan je beania @ kopiah ni kat Iyddin..




Aisyah pun nak melaram jugak dengan beanie ni...



1 comment:

lia said...

wah!tahniah2 berjaya hasilkan beanie yg cantik ni....he2..kiranya ni beanie 2 in 1 la ye...