Banyaknya kek. Alhamdulillah...
Minggu lepas ada student bermalam di rumah saya selama 3 hari.
Dah jadi adat kalau ada student yang bermalam mereka kena isi "guest book" yang kami sediakan.
Jadi hari Khamis lepas, lepas diorang balik saya pun baca la "guest book" tu.
Tiba-tiba ayat terakhir diorang, diorang tulis "enjoy the cake!"
Saya pun pelik la. Bila pulak budak-budak ni ada bagi kek. So saya pun turun la ke basement rumah tempat diorang menginap . Manalah tau diorang tinggalkan kek kat situ kan.... Tak ada lah pulak....
Tengah hari tu masa saya nak masak saya pun bukaklah peti sejuk. Tiba-tiba kat bahagian sejuk beku saya ternampak ini...
Wah.... rupanya student tu bagi ice cream cake chocolate. Mungkin diorang letak waktu malam lepas balik berjalan-jalan. (Masa diorang balik tu saya memang dah tidur...)
Hari Jumaat pulak saya menghadiri majlis hari jadi anak teman saya. Dapat makan kek lagi..... Nyum.. Nyum...
Hari Sabtu, pulak suami saya bawa balik kek jugak dari New Jersey. Kek-kek ni dia beli kat kedai kek ternama di US ni. (Kalau kat sini popular Mamat Cake Boss ni. Kat Malaysia tak taulah pulak..)
Jom tengok kek yang cik abang saya beli... semuanya sedap-sedap belaka...
Hari Ahad, hari ni pun ada sambutan majlis hari jadi anak teman saya. Dan esok petang Isnin pun ada lagi jemputan minum petang sempena majlis hari lahir jugak. Meriah sungguh.
Ada lagi stok kek dalam peti sejuk saya tu. Sapa nak makan jom la datang. Ok... bye..
No comments:
Post a Comment