Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Thursday, March 8, 2012

Kelas Dekorasi Kek

Hari ini  saya berkesempatan mengikuti kelas menghias kek di Michael.

Selalunya Michael ni dalam post-post saya sebelum ni saya selalu bagi tau yang tempat ni merupakan kedai kraft.

Masa member ajak saya pergi kelas menghias kek ni saya tak sangka lah pulak lokasinya di Michael.

Rupa-rupanya selain menjual pelbagai peralatan kraft Michael juga menawarkan kelas-kelas tertentu seperti menggubah bunga, crochet, menghias kek dan macam-macam lagi.

Kebetulan rezeki saya dan rakan-rakan saya hari ni kami cuma perlu bayar $10 sahaja setiap orang bagi 4 kali sesi pembelajaran. Harga asalnya $22.50. Murahkan! Maknanya setiap kali kami datang kelas kami cuma perlu bayar $2.50. 

Dan apa yang lebih menggembirakan saya ialah tenaga pengajarnya. Muslim. Namanya Pn. Asyraf berketurunan Iran.

Kelas yang saya ikuti tadi cuma ada 6 orang pelajar. 3 Malaysian, 2 Australian dan sorang lagi tu mungkin anak tempatan.

Sebaik sahaja mendaftar kami diberikan buku (lesson plan) Decorating Basics.



Sesi pembelajaran selama 2 jam. Seronok sangat. Tak sedar masa begitu pantas berlalu. 

Sesi pertama ni kami diajar cara-cara membancuh icing, melayer kek, menggunakan icing bag, membuat bentuk bintang dan tip-tip untuk menghasilkan lapisan icing yang rata dan kemas, dan juga memindahkan lukisan/corak yang kita kehendaki ke atas kek.

Minggu depan kami dirahkan untuk membawa kek sendiri, icing yang telah dibancuh dan tool untuk mendekorasi kek. 

Saya belum beli lagi set tools tu. Set tu ada dijual di Michael. Tapi memandangkan ada kupon 40% diskaun yang saya belum print maka saya membatalkan niat membeli tools tu malam ni. Harganya taklah mahal sangat. Cuma $22.50.Tapi kalau dah ada kupon diskaun baik digunakan ye tak?

Lepas ni agaknya terer lah sangat menghias kek ye? Hehehhe.. Cheh!!! berangan tak hengat....


 Ni lah Pn.Asyraf. Saya cakap kat suami saya nama cikgu yang ajar
Asyraf, tapi dia pakai selendang... hehehe dah  dia ingatkan maknyah pulak.





 



4 comments:

ibh_sue said...

Kak Aida..bestnya. lepas ni mesti terer kan deko2 kek. Kalu sue la dpt masuk kedai mcm tu tentu rambang mata tau..huhuhuh

hasnita fazal said...

Murahnya siap free buku lagi. Kt cni.x.dpt hrg tu. tools utk baking kt sana murah x?

...aida... said...

Hasnita, tools untuk basic decorating ni $34.50 (harga tanpa diskaun). Kalau utk set fondant pun ada gak. Bole survey kat internet. Cuba search set Wilton punya. Harga US kali 3 = RM. Tak pasti harga kat Malaysia macamana. Kalau rasa lebih murah bolehlah order nanti kita belikan.

Anonymous said...

Assalam aida. basic deco ni ada brg apa ye? nnt email ita kt hasfaz07@yahoo.com