Alhamdulillah.... syukur...
Pada 6 Jun yang lalu saya telah selamat melahirkan seorang puteri yang diberi nama Aisyah Humairah.
Dilahirkan secara normal pada jam 10.42 pagi dengan berat 2.92kg.
Tarikh jangkaan bersalin asalnya 16 Jun. Tapi sejak 24 Mei lagi doktor dah bagi tahu dah ada bukaan 1cm.
Masa doktor bagi tau dah ada bukaan tu saya agak takut jugalah sebab kebetulan suami kena outstation ke Chicago selama beberapa hari. Manalah tahu terberanak tiba-tiba kan. Tapi suami saya begitu yakin yang saya tak akan bersalin sepanjang tempoh dia outstation tu.
Oklah saya tak berani buat kerja renyah-renyah sepanjang suami saya tak ada tu. Alhamdulillah sampai suami saya balik saya masih ok. Sebelum tu sempat jugak bagi tau kawan-kawan suruh standby kalau-kalau ada emergency ke kan. Tak ada sakit-sakit pun cuma kontraksi tu kadang-kadang ada jugak.
31 Mei sekali lagi check-up. Dr. kata dah 2cm. Huh! dalam masa seminggu baru bukak 1cm jer? Tapi kali ni dr kata kemungkinan akan cepat. Jadi doktor suruh saya banyak berbaring dan berehat sehingga check-up seterusnya 5 Jun. Dr saya tu kata dia akan bertugas di hospital pada hari Rabu 6 Jun. Jadi kalau boleh dia nak saya bersalin pada tarikh tersebut. Sabar jer kan dr. ni...... boleh main tahan-tahan baby nak keluar pulak... huhuhu. Jadi saya pun bertahan le... Paling tak tahan perasan nak terkucil memanjang. Tak boleh bergerak sikit, mesti nak terkucil.... Dan kadang-kadang memang terkucil pun. Lebih-lebih lagi masa terbatuk-batuk... mana boleh ditahan-tahan beb.... So memanjang le pakai pad tebal...
5 hb. Ok dah bukak 4cm... Yeay baby dah hampir nak kuar!!! Dr. suruh pergi hospital check-in pukul 6 pagi. Dia kata dia tunggu saya kat sana. Masa ni kontraksi memang kerap tapi masih tak rasa sakit sangat pun. Siap boleh pegi majlis rumah member lagi. Kebetulan kawan ni nak balik ke Malaysia.
6hb. Pagi-pagi lagi kami dah check-in di hospital. Dalam pukul tujuh lebih saya dah masuk wad. Petugas kat situ masing-masing ingatkan saya akan buat C-Section (Tul ke eja ni...) Sebab saya nampak sihat walafiat macam tak sakit apa-apa langsung. Saya dah cuak juga sebab diorang asyik sebut C-Section jer. Bila saya tunjuk note yang dr saya beri baru diorang tahu saya akan bersalin normal.
Siap aktiviti pendaftaran dalam pukul 7 lebih saya terus diberi wad khas. Sebilik sorang tau... Besar bilik tu... Maka saya pun bersalinlah pakaian hospital yang seksi tu... Baju seksi... Tapi tudung pakai gak... Alhamdulillah tak ada staf lelaki langsung. Dr saya pun Islam. Kebetulan nursenya pun Islam. Suami saya nak tunggu saya, tapi saya minta dia balik hantar anak yang sorang lagi tu ke sekolah. Sepanjang dia takde tu saya baringlah sorang-sorang kat bilik tu. Nurse pun dah siap-siap pasang drip kat tangan. Dr. masuk dan check bukaan. Masih 4 cm.
Sambil-sambil tu saya bersembang-sembang dengan nurse yang ada tu. Walaupun BI saya terhad tapi oklah.. masih boleh gak berkomunikasi. Saya bagi tau nurse tu pengalaman saya melahirkan anak saya sebelum ni. Saya kata lepas pecah ketuban dalam 2 jam baby dah keluar. Tapi masa tu air ketuban pecah sendiri. Jadi nurse tu dah tak sedap hati. Dia pun terus siap-siapkan meja keperluan untuk bersalin. Bila dr masuk dia terkejut tengok persediaan semua dah siap. Nurse tu pun cakap kat dia tentang pengalaman saya tu. Tapi dr. tu kata... lebih kurang macam ni la... no my dear... this baby will deliver at 12 o'clock.
Jadi dalam pukul 9.40 dr. datang untuk pecahkan ketuban saya. Masa ni suami saya tak sampai lagi. Rupanya dia sempat singgah ke ofis. Membebel jugak la dia sebab tak tunggu dia masa dr nak pecahkan ketuban tu. Sebauik sahaja dr. pecahkan ketuban barulah saya rasa kontraksi yang kuat dan menyakitkan. Lupa nak bagi tau sebelum tu saya sempat tanda tangan borang nak ambil epidural kalau-kalau tak tahan sakit. Tapi disebabkan suami saya tak sampai lagi saya pun bertahan tak berani nak call dr. untuk ambik epidural ni. Sakit tu dah memang la tak tertanggung lagi dah rasanya.
Nampak jer muka suami saya, (Suami saya sampai dalam pukul 10.15) saya terus tekan interkom. Panggil nurse untuk buat epidural. Nurse pun masuk siap-siapkan set untuk epidural tu. Masa tu rasa macam nak mengamuk je.. rasa lambat sangat diorang tu buat kerja. Padahal takde la lambat pun... Masa nurse tu tengah siap-siapkan ubat tu... Dia terperasan muka saya yang dah berkerut-kerut tu... "Are you pushing?" Dia tanya.. Saya angguk... Lepas tu dia mintak izin untuk seluk saya. Dia tak payah seluk pun dia kata jalan dah terbuka sepenuhnya. Dia terus call dr. Dr. pun kelam kabut masuk dan bermulalah aktiviti teran-meneran tu... Tanpa epidural.... Jadi superwoman saya hari tu. Dalam 10 minit maka lahirlah baby saya ke dunia... Ya Allah.. Sakitnya... merasa saya bersalin tanpa bius. Suami saya pun kalut jugak. Dia kata dia baru pegang-pegang tangan saya, saya dah bersalin... Tak sempat ambil gambar baby sebaik sahaja dilahirkan sebab husband saya kata dia terkedu... Nurse pun cakap.. So amazing... sebab cepat sangat...
Lepas bersalin ingatkan selesailah azab kesakitan tu... Tapi kena jahitlah pulak.. Tanpa bius tau.... Sakit sangat... Memang sakit-sakit sangat... Lepas siap jahit-menjahit... sesi tekan menekan perut pulak. Setiap 15 minit nurse akan datang untuk tekan perut keluarkan darah. Ya Allahhhh sakitnya... Sampai fobia saya tengok muka nurse tu... Dr cakap selalunya aktiviti tu tak sakit sangat sebab kebanyakan orang gunakan epidural. Tapi disebabkan saya tak sempat diepiduralkan maka saya terpaksa menanggung kesakitan yang x-tra tu...
Apapun syukur sangat sebab baby sihat dan normal... Sekarang ni sedang menjalani tempoh berpantang. Tanpa bantuan mak di sisi... huhuhu... sedih... Cik abang saya yang jaga saya dan baby sepenuhnya. Paling saya suka masakan suami saya sepanjang tempoh berpantang ni. Saya rasa dia masak sedaappp sangat... Bukan ngampu tau bang... Memang masakan abang sedap. Lepas ni nak mintak resepi dari abang... hehehe.
Ok, kejap lagi baby saya bangun nak nenen. So berenti kat sini dulu ya... Bye...