Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Sunday, July 29, 2012

Ramadan di perantauan...



Assalamualaikum semua... Tahniah semua atas kegigihan berpuasa dan menunaikan ibadah-ibadah lain di bulan yang mulia ini. Salam Ramadhan Al-Mubarak daripada saya... 

Lambatnya nak ucap salam Ramadan ni... Dah hampir separuh bulan baru nak sebok2 tulis kat blog. Sebabnya... saya baru 2-3 hari ni berpeluang berpuasa ... Ngeh.. ngeh.. ngeh... Kiranya baru dapat mood la ni...

Tahun ni tahun kedua saya berpuasa di perantauan. Jauuhhh berbeza dengan suasana berpuasa di tanah air sendiri. Yang paling ketara ialah perbezaan masa. Kami di sini berpuasa selama 16 jam. Mula berpuasa jam 4.30 pagi dan berbuka jam 8.25 malam. 

Lepas tu waktu Isyak jam 10.00 malam. Gitu gini habis tarawikh + moreh pukul 12.00 tengah malam.

Sampai rumah gitu gini masuk tidur dah pukul 1.00 pagi. 

Pukul 3.30 dah bangun semula untuk siapkan sahur. Lepas sahur solat subuh + tadarrus dengan cik suami selesai pukul 5.30 pagi. Pastu baru tidur balik. 

Bagi yang bekerja macam cik suami pukul 7.30 dah kena siap-siap nak pegi embassy. Huhuhu.. Memang... mengantuk... 

Saya pulak yang tak bekerja office ni bolehlah lagi layan mata tidur dengan baby sampai pukul 10.00. ;p. Camnilah rutin sekarang ni. Ada yang kata, baguslah... peluang jumpa lailatul qadar besar... Insyaallah...

Yang seronoknya pulak walaupun jauh di perantauan saya tak miss juadah berbuka macam di Malaysia. Sebabnya kami kerap mengadakan majlis iftar dan moreh bersama rakan-rakan di sini. Kadang-kadang tu siap buat tema. Tema orang kawin la, tema nasi ambeng, tema hari raya la dll. 

Baju raya? Tahun ni takde baju raya baru... Pakai baju tahun lepas jer... Yang kesiannya si Iyddin, baju melayunya semua dah senteng. Kiranya kuranglah kehenseman dia tahun ni. Hehehe...

Baby Aisyah pulak... tahun ni melaram dengan baju baby je la dulu... nanti dah balik Malaysia baru mama carikan baju kurung eh...

Kuih raya... Saya cuma terer buat kuih tunjuk2. Masalahnya bila tanya member2 kat sini siapa yang nak jual kuih raya masing2 pun sama kepakaran dengan saya. Kuih tunjuk2 jugak. Setakat ni dapat kuih sarang semut jer yang sudi disediakan oleh Kak Norly. Jadilah... :) Saya sebenarnya teringin nak makan kuih bahulu.... :(

OK lah, si kecik dah bangun tidur. Nak nenen la tu... Emmm... satu lagi cabaran bf baby sambil berpuasa. Memang terasa kering kontang tekak ni setiap kali bf baby.. Kalau hari-hari biasa boleh minum air...huhuhu... So, tengah hari saya bagi susu formula. Bf pagi, petang dan malam masa tidur jer. 

Jumpa lagi dalam post akan datang. Terima kasih bagi yang sudi membaca. Saaaaayang semua!

 


Sunday, July 22, 2012

Salam Takziah

Saya pernah mengeluarkan post Biografi Tokoh Guru dalam blog saya pada tahun lepas. Tokoh guru yang saya maksudkan ialah Tn. Hj. Suratman bin Jais. Rujuk link : http://sanggarilhamkreatif.blogspot.com/2011/03/v-behaviorurldefaultvmlo.html 

Tokoh guru yang saya tulis ceritanya itu telah pun kembali ke Rahmatullah pada 13 Julai 2012 yang lalu. Saya pernah berjanji untuk mengirimkan hasil penulisan saya sekiranya diterbitkan kepada arwah. Tetapi memandangkan saya jauh di perantauan saya tidak sempat menunaikan hasrat tersebut malah saya tidak tahu perkembangan artikel tersebut sama ada diterbitkan atau tidak.

Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga arwah. Sesungguhnya pemergiannya merupakan kehilangan yang besar untuk kita. Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi-Nya. Insyaallah. Terima kasih kepada keluarga arwah yang telah memaklumkan saya berita ini.

Kepada pembaca blog saya sekalian, marilah kita sama-sama mengirimkan bacaan Al Fatihah untuk arwah Allahyarham Tn. Hj. Suratman bin Jais. Al Fatihah.