Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Saturday, April 9, 2011

Bunga Ros Sulam Reben

Walaupun kesibukan yang tak terkawal dalam bulan April ni, tapi bila e-book sulaman reben yang saya tempah daripada Kak Suzanna sampai saya tak boleh nak tahan....

Tengah-tengah malam buta buat bunga reben... huhuhu....

Tak kira nak buat jugak!!!!

Inilah hasilnya... 

Daunnya tak tau lagi bila nak buat. Yang penting dah cuba buat bunga tu dulu...

Walaupun tak berapa menjadi tapi perasaan jadi lega sikit... hehehe...

Tone warna bunga tengah tu tak berapa kena sebenarnya. Lipatannya pun tak berapa kemas.

Apa taknya... melawan ngantuk...

Ceh! Salahkan ngantuk pulak... ;p

Sebenarnya tangan ni yang memang keras... huhuhu

Tengoklah ye bunga kat bawah ni buat cuci mata...




KURSUS PEMANTAPAN P&P SEJARAH BAGI GURU BUKAN OPSYEN

Kursus lagi....

Sudah tiga Sabtu berturut-turut bekerja.

Semalam hari Jumaat ambil cuti rehat uruskan hal peribadi yang 'urgent' (serupa tak cuti jugak)

Alhamdulillah semuanya setakat ni berjalan lancar.

Harap-harap tidak ada sebarang halangan besar lagi selepas ni.

Hari ini kursus Pemantapan P&P Sejarah bagi guru bukan opsyen. (Saya la tu...) sekaligus saya juga menjadi urusetia bahagian pendaftaran.

Macam-macam input yang dapat dipelajari daripada kursus kali ni.

Walaupun banyak bahagian saya paling tertarik dengan maklumat laman web yang boleh digunakan untuk carian maklumat tentang mata pelajaran sejarah. http://www.eduwebtv.com

Lepas ni insyaallah saya akan gunakan sepenuhnya laman web ni untuk mencari bahan-bahan P&P.

Bukan sejarah aje tau... macam-macam subjek ada.....

Kehadiran peserta kali ni memang agak ramai. Jadi bilik yang digunakan agak sesak.

Jom layan gambar......

Kak Gee n me...


Faizal... tahniah, nampak kurus sikit la.... hehehe..


Bersama cikgu Sabariah, cikgu Izzuddin dan Cikgu Aminudin

Penuh gaya dan perasaan... SEMANGAT! SEMANGAT!  Ye cikgu...



Terima kasihlah bagi saya kerepek ni...

Wednesday, April 6, 2011

KURSUS PENGHAYATAN BAHAN SASTERA DALAM P&P BM SEK MEN

Sekali lagi PPD Kluang dengan kerjasama pensyarah dari IPGTHO, telah mengadakan kursus Penghayatan Bahan Sastera bermula 5 - 7 April bertempat di SMK Seri Lalang. Kali ini kursus ini disertai oleh guru-guru Bahasa Melayu bukan opsyen. Sebanyak 25 orang guru dari seluruh daerah Kluang mengikuti kursus kali ini.

Cabaran kali ini peserta kursus dikehendaki melagukan puisi tradisional mengikut rentak asli. Tidak menggunakan lagu-lagu moden sebagaimana kaedah MESTAMU (kecuali sajak). 

Tugas saya kali ni sebagai pembantu sahaja kepada pensyarah-pensyarah yang didatangkan khas dari Maktab Perguruan Tun Hussien Onn. Walaupun sebagai pembantu namun saya mengambil kesempatan juga menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang Sastera. Memang banyak maklumat baru yang saya peroleh.

Seronok melihat gelagat guru-guru yang sangat bersemangat menonjolkan bakat masing-masing dalam penyampaian puisi. Malah ada yang 'sporting' berkompang ketika menyampaikan seloka. Dan semasa semua peserta sibuk berbengkel.... saya pun sibuk le buat blog ni... hehehe... (sekali sekala...)

Tahniah kepada semua peserta kursus. Semoga apa yang dipelajari di sini boleh dibawa balik untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar kita.





Sunday, April 3, 2011

Emm... Apa Nama Pokok Ni Ye?




Walaupun Teknologi Maklumat di hujung jari, namun kadang kala kejahilan diri ini tidak dapat dielakkan... huhuhu.

Rasanya semua orang pernah tengok pokok ni kan?

Bunganya ada warna putih dan ada yang warna pink.

Sedang cantik berbunga sekarang ni.

Bila angin tiup melayang-layang bunganya berguguran.

Bunga-bunga yang gugur tu menjadi seperti hamparan indah di kaki pokok.

Cantik sangat....

Saya cuma dapat ambil gambar pokok yang bunganya berwarna putih...

Itupun kebetulan ada sepokok masa road show di Felda Ayer Hitam.

Memang teruja sangat nak ambil gambar pokok ni yang sedang  lebat berbunga di sepanjang jalan...

Malangnya keadaan selalu tidak mengizinkan..

Pokok apa ni ye namanya?

Kalau ada sesiapa yang tahu tolonglah bagi tau saya ye....

Sharing is caring... hehehe.... : )


YEAY!!!! AKHIRNYA DAH TAHU.... NAMA POKOK NI..


V

V

V

V

V

V

V

TECOMA (Tabebuia Rosea)

 

 

.....

Saturday, April 2, 2011

ROAD SHOW PENDIDIKAN YANG BERJAYA.... TAHNIAH KEPADA SEMUA!!!

3 hari berturut-turut guru-guru SMKSL, PIBG, para pelajar dan semua yang terlibat dengan road show pendidikan bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan untuk memastikan program yang dianjurkan berjalan lancar. Semuanya bersemangat walaupun sangat penat. Pengetua kata dia pun tak pasti sama ada program ini akan berjaya atau sebaliknya. Mungkin ini yang pertama dan yang terakhir.... atau mungkin akan diadakan lagi pada bulan Jun nanti sekiranya mendapat sambutan.

Khemah-khemah telah disponsor oleh beberapa pihak. (Maknanya free la...) Tapi bila percuma jawabnya kena pasang sendiri la... Mengagumkan.... Tak sangka.. ramai yang turun padang membantu memasang khemah. Bukan setakat guru dan pelajar... tapi penduduk Felda juga... ALHAMDULILLAH.. Malah ada juga pihak-pihak yang men'sponsor' makanan dan minuman sepanjang dua hari gotong-royong berjalan dan semasa majlis berlangsung. 

Segala persiapan diuruskan sebaik mungkin dalam budget yang sangat kecil.. Betul.... budgetnya sangat kecil... rasanya kos road show tak sampai RM5 ribu. Sekolah memang tak ada duit... Jadi pakai duit PIBG, YB Machap bagi peruntukan RM2000, pelajar sekolah derma sorang RM2 (yang ni tak wajib... sapa yang sudi...) dan adalah sumbangan2 lain serba sedikit. Ramai yang tak yakin program ini akan berjaya... Ye la... bukan senang nak laksanakan dengan kos yang sangat minimum. Tapi berkat keikhlasan semua pihak... semuanya berjalan lancar.. hinggakan hiasan pentas pun dapat dibeli dengan harga yang sangat murah.. (Tiba-tiba ustazah Sarah terjumpa kedai bunga yang dah nak bangkrap... jadi dia nak habiskan stok bunga dia dgn harga yang sangat-sangat rendah..) Berbundle2 la jugak dapat bunga... hehehe..

Dan hari yang dinanti-nantikan tu akhirnya tiba juga. ... Ramai sangat yang datang... Rasa macam satu event yang sangat besar.... Sampaikan PPD kata.. berdiri bulu roma dia melihat kedatangan orang yang terlalu ramai... Dewan yang pada mulanya nak diisi dengan pelajar.. (Ye la... takut nampak kosong...) Akhirnya dipenuhi dengan orang ramai... pelajar-pelajar terpaksa disuruh keluar. Malah di luar dewan ramai juga yang tekun berdiri sambil mendengar forum pendidikan yang disampaikan oleh panel-panel dalaman dan jemputan. Forum yang sepatutnya berlangsung selama 40 minit bertukar menjadi sejam lebih... tapi audiens tidak berganjak.. malah semakin bertambah... saya nak masuk dewan pun susah.. terpaksa menyelit-nyelit...

Saya bersama pelajar-pelajar saya KELAB TUNAS BISTARI tidak melepaskan peluang berniaga pada hari ini. Boleh tahan lah keuntungan hari ni... Pelajar-pelajar ni pun bersemangat sangat berniaga. Macam-macam yang kami jual. Nasi lemak, mee hoon singapore, dadih, air minuman, kek coklat, donut, dan popcorn. Dalam sibuk-sibuk berniaga ada jugak ahli kelab yang langgar peraturan... adalah 3 orang pelajar ni yang keluar dari kawasan perniagaan dengan menaiki motosikal tanpa lesen. Naik 3 orang pulak tu. Sudahnya kemalangan. Sampai kat gerai nangis-nangis... Yela.. apa tak sakitnya kalau dah terkopak sana sini. Habis hilang kehenseman tu... huhuhu... Tak sampai hati tengok jadi saya bawalah pergi klinik. Kenalah seratus lebih... eii... memang cari penyakit la budak2 ni. Banyaknya cerita.. jom layan gambar pulak..

GERAI TUNAS BISTARI





ACARA PERASMIAN OLEH YB ABD. HAMID ABD RAHMAN
 

ANTARA AKTIVITI YANG YANG DIADAKAN.
 




GERAI-GERAI PAMERAN, JUALAN DAN KONSULTANSI








Ni la dia budak-budak yang cari penyakit ni... huhuhu
Dah cedera pun masih boleh berposing lagi
(sebelum tu nangis.... ;p)