Mutakhir ni kat kawasan saya banyak cerita-cerita menakutkan tentang kejadian penculikan kanak-kanak. Kanak-kanak yang diculik katanya diambil organ-organnya untuk dijual.
Saya tak pasti sejauh mana kebenarannya tapi disampaikan oleh orang-orang yang rasanya memang boleh dipercayai.
Semalam pun ada pelajar saya tingkatan 1 bertanya kepada saya.
Pelajar : Cikgu, kenapa sekarang dah tak ada RELA jaga kat depan sekolah masa kami balik sekolah?
Saya : Oh.. RELA tu bertugas pagi sahaja, sebab pelajar pagi ramai, jadi kena kawal lalu lintas tu. Pelajar petang tak ramai. jadi jalan tak sibuk. (Saya saja jawab mcm tu sebab saya pun sebenarnya tak pasti sama ada RELA tersebut ada mengawal lalu lintas pada sebelah pagi atau tidak... Ye la... saya kan cikgu petang...) Kenapa awak tanya?
Pelajar : Mak saya suruh tanya. Sebab kat tempat saya di Tongkang Pecah dah ada budak yang hampir nak kena culik masa balik sekolah. Nasib baik ada orang nampak. Jadi budak tu dilepaskan...
Saya : Owh... Ye ke? Saya tak ada dengar pulak berita tu... (Dalam hati dah mula bimbang dah... Yelah... anak saya Iyddin darjah 5 pergi balik sekolah sendiri naik basikal.. Aduhai...)
Selepas kelas tu saya ke kantin. Nak tau jugak cerita penculikan tu daripada kawan-kawan kalau-kalau ada yang tahu.
Bila saya tanya adalah seorang guru lelaki yang mengesahkan cerita pelajar tersebut. Tambahnya van yang digunakan oleh penculik tu berwarna putih dengan flat Thailand. Huhuhu... takutnya...
Malamnya tu pulak... dapat whatsapp daripada jiran di Gading Raya yang meminta semua ibu bapa berhati-hati sebab pada sebelah siangnya ada budak Melayu berumur 6 tahun hampir diculik di BP Mall. Budak itu terselamat sebab pengawal di BP Mall terlihat kejadian tersebut.
Jadi pagi tadi sebelum Iyddin ke sekolah saya nasihat kat dia hati-hati. Jangan melencong ke sana sini. Terus balik rumah. Kalau nampak van putih flet Siam terus pergi singgah kat mana-mana rumah yang ada orang untuk selamatkan diri. Pesan jugak kat kawan-kawan macam tu.

Apapun, walaupun kita tak pasti kebenaran semua cerita di atas tapi cukup membimbangkan saya. Yela cerita tu semua berkisar di kawasan saya... Batu Pahat. Ya Allah... peliharakanlah kami semua, anak-anak kami, anak-anak didik kami daripada mara bahaya, penganiyaan dan kezaliman. Amin..
No comments:
Post a Comment