Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Thursday, October 15, 2015

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...

Lama tak menjengah blog sendiri.

Apatah lagi nak berblog walking ke blog sahabat-sahabat blogger.

Tapi hari ni sempat jengah-jengah blog list rakan-rakan blogger yang lain. Pun kelihatannya ramai yang dah tak aktif macam dulu.

Last update sudah berbulan-bulan yang lalu malah bertahun-tahun pun ada juga.

Agaknya kita sama... semakin sibuk dan terhenyak dengan hambatan masa.

Namun diharap persahabatan yang pernah terjalin di sini akan tetap subur di hati.

Memang sebahagian besarnya tidak pernah bersua muka, namun perkongsian ilmu dan berkongsi suka duka mengeratkan ingatan dan ukhuwah kita.

Salam Maal Hijrah sahabat dan rakan-rakan semua. Semoga sinar tahun baru ini membawa keberkatan dalam kehidupan kita.


Wednesday, July 8, 2015

Baju Kurung Aisyah Bahagian 2

Assalamualaikum...

Salam Ramadan...


Akhirnya baju kurung Aisyah siap jugak. Tapi....

Sebab dah terlalu lama tak buat baju kurung, hasilnya baju pertama yang siap agak menghampakan...

Pendek dan lebar sangat. Lagi tak seronoknya Aisyah tak suka baju tu....  :(

Saya tahu hasil yang sama akan terjadi pada baju yang kedua juga sebab saya potong sama-sama kain tu. 

Jadi sebelum cempedak menjadi nangka saya buat :

Plan A :

Saya pergi beli kain tambahan.

Walaupun kain asal banyak lebih tapi saya berangan nak buat cantuman kain warna plain.

So konon-kononnya nampak macam sambungan tu disengajakanlah bukan sebab tak cukup kain :P

Saya plan nak sambung siap-siap kain tu sebelum jahit.

Sambung punya sambung bila dah siap cantum bajunya, cantumannya tak rata.

Cantuman depan dan belakang agak tinggi rendah.

Jadi saya buat :

Plan B :

Saya tepek renda....

Dan inilah hasilnya...

(Sila abaikan budak tak berbaju kat tangga tu ye... ;P)


Monday, May 11, 2015

BAJU KURUNG UNTUK AISYAH

Assalamualaikum....

Salam Rejab... dan...

Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu...

Terpanggil untuk menulis blog hari ini untuk meluahkan rasa keibuan buat puteriku tersayang.

Baju kurung untuk Aisyah Humaira....

Memang sudah sangat-sangat lama saya tak menjahit baju. Kali terakhir menjahit baju kurung semasa menunggu keputusan SPM . Tahun 1993.

Masa tu baru belajar buat baju kurung. Mak yang jadi sifunya.

Belajar mengukur, memotong, mencantum, menjahit mesin, tulang belut dan menyembat.

Walaupun mak sekadar menjahit baju keluarga untuk kami adik-beradik, namun jahitan mak memang sangat kemas dan teliti.

Rasanya mak tak pernah ambil upah menjahit baju orang... tapi saya... baru siap sepasang hasil belajar dengan mak terus ambik upah menjahit. Kih kih kih... Otak ni nak berbisnes je kot...

Saya ambil upah jahit baju anak jiran. Anak dia dua orang. Setiap seorang dua pasang. Jadi saya kena jahit 4 pasang. Terer tak? Tapi tu je lah sekali... lepas tu taubat tak mahu lagi... tak kuasa... tu pun mak yang tolong siapkan... hahaha...

Baru-baru ni saya "menyoping" baju raya untuk suami dan anak-anak. Jalan sorang-sorang pegi shopping. Tak mau bawak beg-beg tangan tambahan tu... nyibuk jer... :)

Sampai kat rumah saya test la size baju tu kat Aisyah dan Amin.

Bukan main seronok lagi budak-budak kenit tu.

Amin ok lagi bila suruh bukak balik lepas cuba. Tapi... si kakak aduhai... tak mau bukak...

Bila ajak mandi pun tak mau bukak lagi baju tu. Bila dah pujuk-pujuk baru nak bukak baju untuk mandi.

Lepas mandi mintak nak pakai baju tu balik. Alahai... kecoh betul minah kecik ni. Oklah pakaikan kejap. Pastu pujuk balik suruh bukak sebab nak basuh dulu baju tu. Oklah dah pakai dalam sejam Aisyah setuju nak bukak baju tu.

Masa Abah dia balik dari tempat kerja saya sempat cakap kat Aisyah jangan bagi tau abah mama dah beli baju raya. kekononnya tak mau bagi tau awal la yang baju raya dah siap beli. Nak suprise la konon-kononnya nya tu. Sebab tu sibuk suruh Aisyah bukak baju tu. Nak nyorokkan la kunun... Tapi....

Sampai jer abah dia kat pintu, Aisyah terus jerit... Abah, mama beli baju raya untuk Aisyah!!!!

Cis, tak pandai simpan rahsia langsung.

Pastu yang tak tahan... merengek-rengek lagi nak pakai baju raya tu nak tunjuk kat abahnya...  Maka pakailah Aisyah baju tu untuk kali ketiganya dalam masa beberapa jam tu.

Rentetan daripada keseronokan Aisyah menggayakan baju kurung tu la maka saya dengan bersemangatnya nak buatkan Aisyah baju kurung hasil daripada kerja tangan saya sendiri.

Ha ha... Rajin kan mak Aisyah. Saya guna kain cotton untuk buat baju Aisyah. Satu kain mahal satu lagi kain murah. Setakat ni baru siap potong. Satu dah siap tulang belut satu lagi belum. Saya buat kelim karipap. Belajar dalam youtube, Yang satu lagi ni saya berangan nak buat mata lalat kat lehernya.  Pun nak tengok kat youtube. Ha nanti kalau dah siap saya tulis lagi ye.


 Ni baju raya Aisyah tahun lepas





Tuesday, February 24, 2015

Projek Jahit Langsir Dapur

Assalamualaikum...

Blog kian lesu... Apa nak buat... Dah nasib mu... hik hik hik

Alasan klise : Busy.

Memalam buta ni sementara menunggu kekasih hati yang masih jauh... Tido tak lena... Mandi basah... Makan kenyang bertambah-tambah... Abangku pergi ke Utara semalam. Malam ni dia balik semula ke Selatan. Semoga perjalanannya selamat dan dipermudahkan. Amin...

Tak de kerja malam ni, melangut sorang-sorang saya nak kongsi la langsir dapur yang saya jahit sendiri.

Buat pelan sendiri...

Berangan sendiri...

Pergi beli kain dan benang sendiri...

Nilah hasilnya. Agak pendek bahagian atasnya sebab masa saya potong langsir ni saya tidak berada di lokasi kejadian. Jadi tak dapat nak ukur.

Masa nak buat langsir ni perasaan terlalu berkobar-kobar jadi tak dan nak menunggu pergi ke lokasi kejadian untuk mengukur kepanjangan tingkap.

Dapat je kain... terus je Zas! Zass! Zass!!! Siap!!!  Hihihi...

Jom cuci mata tengok langsir saya.






Terima kasih kat encik Suami yang tolong pasangkan langsir ni.