Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Sunday, February 14, 2010

Alahai... siap jua akhirnya...

                   Hasil sulaman reben ni sudah saya paparkan sebelum ni. Bulan Disember 2009 lagi dah siap. Tapi yang tak siap-siap sarung kusyennya. Takde mood langsung nak guna mesin jahit saya yang dah tak berapa betul tu. Asyik melompat-lompat aje jahitannya. Benang pun asyik putus aje. Jadi sempena cuti Tahun Baru Cina ni, saya pun pinjamlah mesin jahit mak saya. Taklah lama sangat nak siap. Termasuk jahit jelujur sebelum jahit mesin (tak berapa profesional nak jahit terus) cuma mengambil masa sejam lebih aje. Kalau dari dulu lagi pinjam kan bagus... 

                 Sulam reben yang saya publish "projek terkini" tu pulak terus terbengkalai sampai ke hari ni. Sekarang ni tengah sibuk menyiapkan tempahan keychain felt. Dengan beban tugas di sekolah sebagai guru, saya harus betul-betul menghargai masa yang ada. Kerja-kerja menjahit saya hanya bermula jam 10.00 malam pada hari bekerja. Tu pun tak dapat jahit banyak. Jadi, jika ada tempahan keychain daripada pelajar , saya akan turunkan ilmu ni pada beberapa orang pelajar saya yang berminat dalam bidang jahit menjahit ni. Saya pula hanya akan menyiapkan tempahan daripada rakan-rakan guru sahaja.
 
Sebelum dijahit

 

  
 
Setelah siap dijahit inilah hasilnya.
















myspace layout codes

No comments: