Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Thursday, February 18, 2010

Memancing di Kelong Ah Gan

Sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni saya tidak melepaskan peluang menyertai rakan saya Chan Mee Yeang, abangnya yang saya panggil along, serta dua orang rakannya pergi memancing di kelong. Ini merupakan pengalaman pertama saya memancing di laut. Memang menyeronokkan. Jauh berbeza dengan memancing di sungai.

Untuk ke kelong Ah Gan kami menaiki bot dari jeti Tanjung Leman. Bermula dari Pak Guard parking lagi dia sudah terkedu bila kami menyatakan tujuan untuk ke kelong. Mungkin kerana saya satu-satunya wanita Melayu dalam kumpulan ini dan tak ada langsung rupa seperti kaki pancing. Di kelong juga saya menerima ramai kenalan baru yang 98% daripadanya berbangsa Cina. Mereka semua sangat baik kepada saya dan sangat risau apabila saya tidak mahu turut serta makan makanan yang disediakan mengikut pakej. Sebelum terlupa, pakej yang saya sertai ini dikenakan bayaran sebanyak RM150.00 seorang. Walaupun ada tukang masak Melayu tetapi saya tetap was-was. Jadi saya hanya makan maggi cup yang saya bawa dari rumah.

Rakan saya Chan tidak sempat mengajar saya cara memancing di laut kerana secara tiba-tiba saya berjaya menaikkan tiga ekor ikan serentak. Sungguh mengujakan. Walaupun kami tidak mendapat ikan besar kerana kami menggunakan mata kail apollo tetapi terlalu banyak ikan yang kami dapat pancing. Sehingga ada seorang lelaki warga negara Singapura bertanya sama ada kami sudah biasa memancing di situ. Mulanya kami sangka semua orang memperolehi ikan yang banyak. Rupa-rupanya hanya kumpulan kami yang tidak berhenti-henti menaikkan ikan. Along memang sifu yang hebat! Akibat terlalu banyak mendapat ikan maka banyak jugalah ikan yang kami lepaskan semula ke laut. 

Selama 2 hari di laut, kulit saya sudah mula perit dan terbakar. Sungguh menyiksakan.Walaupun memakai  baju lengan panjang tetapi pergelangan tangan saya tidak tertutup dengan betul. Jadi, pergelangan tangan saya mengalami sun burn yang teruk sehingga bengkak dan kemerah-merahan. Begitu juga dengan pipi. Bengkak dan kemerah-merahan. Pengajarannya, selepas ni kalau saya memancing di laut saya akan memakai sarung tangan dan penutup muka hi... hi... hi..... Kalau dah perempuan tu memang cerewet kan...

Sebelum balik, tauke kelong memberikan saya dan Chan ang pow beserta limau. Orang lain tak dapat. tu yang best tu. Saya dan Chan juga meninggalkan beberapa bungkus ikan sebab tak larat nak bawa balik. Banyak sangat.... Perjalanan balik dengan menaiki bot saya terasa mabuk dan nak muntah. Agaknya sebab perut saya kosong. Cuma makan sebungkus maggi sejak semalam.

Sampai di jeti kami mengangkat tong ikan untuk dimasukkan ke dalam kereta. Selama dua hari saya di kelong saya dan Chan langsung tak mandi. (Mandi pun tak guna... ) Sekejap je dah bau hanyir ikan balik. Jadi kami singggah di Pantai Tunjuk Laut untuk mandi dan menangkap umang-umang yang dipesan oleh anak saya.

Kemudian, kira-kira jam 3.30 petang kami bertolak ke Mersing untuk mencari tempat makan. Selepas makan saya pun terus balik ke Kluang. Sebelum tu saya sempat menyinggahkan ikan-ikan hasil tangkapan kami ke rumah kawan-kawan.

Tak banyak gambar yang dapat saya rakamkan di sini kerana keadaan tangan yang sentiasa berbau ikan menghalang saya daripada kerap membuka beg dan menggunakan kamera.


JETI TANJUNG LEMAN
 

Bot yang kami naiki untuk ke kelong

  

Pemandangan di Kelong Ah Gan

  

  

  

Gambar Chan dengan ikan yang dilepaskan kembali ke laut.

  

  

 


  
 Bersuka ria di pantai selepas mandi dan membersihkan diri

 

  

 


  
Gambar siput yang ku kutip untuk anakku. Anakku sentiasa menelefonku hampir setiap jam sejak aku mula bertolak ke Mersing hanya untuk mengingatkanku tentang 
umang-umang dan siput yang dikirimnya.

  

 

  

 

 

Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Chan, Along dan rakan-rakan Along yang banyak membantu saya sepanjang berada di Kelong.Tahniah sebab dapat ikan besar lepas kami pulang pada hari kedua. Jealous tau...













myspace layout codes

1 comment:

KLZ AUTO SPRAY said...

assalammualaikum...
minta info kelong , nombor fon tuan yang punya kelong tu...
kamalqr@yahoo.com
0166585716