Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Sunday, March 28, 2010

Koleksi Ibuku

Ibu saya memang sangat meminati crocheting semasa dia muda-muda dulu. Disebabkan ibu saya isteri kepada seorang guru, maka banyak juga cikgu-cikgu yang menempah crochet daripada ibu saya. Malangnya saya langsung tidak mewarisi bakat tersebut. Crochet yang basic2 boleh lah (setakat tali air jadikan kotak2 tu... hu..hu.. hu...) Rasanya kelemahan saya ialah saya kurang kesabaran untuk membuat sesuatu benda terlalu lama. (pssttt pengetua... saya dah 10 tahun pegang spbt ni bole pencen tak? hi.. hi.. hi...) Kalau buat apa-apa tu terus nak pandai. Hinggakan ada sesetengah perkara saya belajar secara berundur. Tag line rakan blog saya sue "kalau nak pandai berjalan kena bertatih dahulu" menyebabkan saya terfikir kesilapan saya. Sebab, saya jenis terus nak berlari. Kalau tak berjaya berlari baru berlatih berjalan. Kalau berjalan pun tak lepas barulah belajar nak bertatih. 


Jom tengok buku mak saya! Buku ni dalam satu kotak ala-ala ensiklopedia la gitu....




Saturday, March 27, 2010

Koleksi Kesayanganku...

Inilah buku-buku rujukan kesayanganku yang telah lama dan baru ku beli. Alang-alang terjebak dengan dunia crafter ni rasanya biarlah ku timba ilmu seni kraf ini sedalam-dalamnya. Apatah lagi buku-buku ini terbitan tempatan yang harus diberi sokongan. Buku Jahitan Asas Sulaman Riben merupakan buku pertama yang kubeli tanpa sebarang perancangan semasa menemani rakan membeli buku resepi. Ibarat cinta pandang pertama, saya memang betul-betul sukakan buku ini. Hampir-hampir kecewa apabila buku ini pernah hilang sekejap. 



Buku kedua A-Z Jahit Sulam 1. Buku ni pun best sangat. Memang berbaloi-baloi saya beli. Macam-macam teknik jahitan ada dalam buku ni. Tapi terus terang nak praktikkan sepenuhnya bukan mudah kalau tak ada minat dan keazaman. Jahitan yang ditunjukkan dalam buku ni boleh diadaptasikan sekali dengan sulaman riben.


Buku seterusnya ni Variasi Sulaman Klasik. Emmm..... buku ni pun ok, tetapi lebih bermanfaat untuk mereka yang mempunyai mesin jahit sulam. Antara kelebihan lain ialah buku ini ada menunjukkan teknik jahitan smocking. Disebabkan saya tak ada mesin jahit sulam jadi rujukan saya lebih kepada bahagian sulaman tangan.


Buku terbaru yang kubeli Bunga Reben. Masih lagi berbau kedai. Hi.. hi.. hi... Best sangat buku ni sebabnya dalam buku ni ada tertulis nama saya sekali - Aidah- walaupun bukan saya sebenarnya. Aidah dalam buku ni adik-beradik penulis iaitu kak Suzana Mustafa. Kira.... ok lah tu kan.... Bangga memiliki buku ni sebab saya memang mengagumi penulisnya. Cuma belum  berkesempatan berguru secara langsung sahaja lagi dengan orangnya.


Walaupun koleksi buku dah banyak, tapi hasil kerja tangan saya masih peringkat pra amatur lagi. Jari-jemari ni masih keras lagi. Tempahan jangan haraplah nak ambil. Takut tak terbuat... tak cantik... tak kreatif dan lain-lain lagi. Jadi dengan adanya blog inilah saya ingin berkongsi hasil karya saya yang tidak seberapa ni. Setakat ni jualan saya hanya kraf felt dalam kalangan rakan-rakan. Itupun banyak lagi yang pending sebab bila tempahan untuk 'door gift' dalam kuantiti yang banyak saya tak mampu menyiapkannya dengan kadar segera. Sebab tu tak berani jual melalui blog. Tayang ajelah dulu kan...



ILham Felt





















myspace layout codes

Thursday, March 25, 2010

Pink Heart


Pink Heart ini untuk anakku Iyddin. Happy 7th Birthday
Iyddin 24.03.2003


Semoga dirimu dirahmati Ilahi. MUUUUUAAAAAHHHHHH!!!!!

Thursday, March 18, 2010

Projek Sulam Riben (Edisi 2)

Kalau masih ingat entry saya tentang projek terkini yang lalu maka ini adalah sambungannya ye. 80% saya ubah. Batang-batang pokoknya je yang kekal. Bunga-bunganya semua telah saya cantas sebab tak berkenan. Maka inilah hasilnya yang terkini. Tu pun macam ada lagi yang nak diubah suai tu. Nampaknya nak buat sepasang sarung kusyen kali ni makan masa berbulan-bulan. Bilalah nak siap sarung kusyen ku ini... hu.. hu.. hu...







Post yang asal



Monday, March 15, 2010

Pin Cushion

Kali pertama buat pin cushion.... Susah juga ye. Ni baru bentuk cup cake. Memang banyak kekurangan dalam penghasilan yang pertama ni. Lebih-lebih lagi saya kehabisan gam. Jadi banyak yang tak dapat di buat. Bila tengok crafter lain boleh buat sebiji kek yang besar memang saya tabik la...




Sunday, March 14, 2010

Cuti Sekolah Datang Lagi...


Hari ini selepas menghantar anakku ke rumah To' Pa dan To' Ma nya di Senai, saya dan ibu saya pun melenconglah ke Plaza Angsana. Disebabkan melencong jugalah (*melencong - sbb x ada perancangan...) maka saya telah membuat pembelian yang juga di luar perancangan. Tiba-tiba saya beli ribbon macam-macam color sebab tak tahan godaan warna-warni ribbon tu..., saya juga beli mata untuk felt craft saya, hampir-hampir memborong button yang semuanya cantik-cantik belaka (tapi tak jadi beli sebab berfikir lama sangat..), kain cotton 4 meter (tah macam mana bole terselit cita-cita nak jahit cadar pulak ni?...), jarum mesin jahit (yang ni je kot betul-betul diperlukan) dan jarum kait (sebenarnya ni untuk member saya. Saya langsung tak pandai bab2 mengait ni)

Orang kata nafsu berbelanja ni besar kalau kita lapar. Betullah!!!! Lepas menjamu selera di Imano's Cafe elok je terus balik ke Kluang semula. Harap-harap apa yang telah saya beli tu dapat digunakan sehingga ke helaian benang yang terakhir. Janganlah ada yang terbazir hendaknya... Amin.... 



Friday, March 12, 2010

Wooden Felt Keychain

Asalnya nak siapkan tugasan SPBT, tetapi malangnya pukul 11.00 malam baru saya sedar fail tertinggal di sekolah. Disebabkan telah pun menyediakan diri untuk bersengkang mata selepas minum nescafe maka saya pun mencapai peralatan menjahit yang sudah lama tidak saya sentuh kerana kesibukan tugas hakiki... Maka terhasillah tiga keychain ini. 



Sedar-sedar jam sudah pukul 2.00 pagi... Wah,... esok kerja. Tidur! Tidur!


Tuesday, March 2, 2010

Idea Iyddin

Little dino ni idea anak saya Iyddin. Bila dah siap Iyddin kata tangan dino ni tak betul. Patutnya tangannya di atas. Alamak ... silap ke??? Anak saya ni kalau bab komen memang terrer. Boleh jelah ye Iyddin....

 

Bunga di bawah ni saya buat khas untuk sesiapa yang sukakan bunga. Ada yang berminat???...


                                                          
Gambar bahagian belakang


Bunga II

 

Bahagian belakang



Monday, March 1, 2010

Cara-cara buat bunga riben

Hari ni saya terjumpa informasi tentang cara-cara membuat bunga ros riben. Menarik untuk dikongsi bersama. Untuk maklumat lanjut boleh jenguk di link http://www.save-on-crafts.com/howtomakribr.html


~Klik pada gambar untuk lebih jelas~


 

 













myspace layout codes