Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Saturday, March 27, 2010

Koleksi Kesayanganku...

Inilah buku-buku rujukan kesayanganku yang telah lama dan baru ku beli. Alang-alang terjebak dengan dunia crafter ni rasanya biarlah ku timba ilmu seni kraf ini sedalam-dalamnya. Apatah lagi buku-buku ini terbitan tempatan yang harus diberi sokongan. Buku Jahitan Asas Sulaman Riben merupakan buku pertama yang kubeli tanpa sebarang perancangan semasa menemani rakan membeli buku resepi. Ibarat cinta pandang pertama, saya memang betul-betul sukakan buku ini. Hampir-hampir kecewa apabila buku ini pernah hilang sekejap. 



Buku kedua A-Z Jahit Sulam 1. Buku ni pun best sangat. Memang berbaloi-baloi saya beli. Macam-macam teknik jahitan ada dalam buku ni. Tapi terus terang nak praktikkan sepenuhnya bukan mudah kalau tak ada minat dan keazaman. Jahitan yang ditunjukkan dalam buku ni boleh diadaptasikan sekali dengan sulaman riben.


Buku seterusnya ni Variasi Sulaman Klasik. Emmm..... buku ni pun ok, tetapi lebih bermanfaat untuk mereka yang mempunyai mesin jahit sulam. Antara kelebihan lain ialah buku ini ada menunjukkan teknik jahitan smocking. Disebabkan saya tak ada mesin jahit sulam jadi rujukan saya lebih kepada bahagian sulaman tangan.


Buku terbaru yang kubeli Bunga Reben. Masih lagi berbau kedai. Hi.. hi.. hi... Best sangat buku ni sebabnya dalam buku ni ada tertulis nama saya sekali - Aidah- walaupun bukan saya sebenarnya. Aidah dalam buku ni adik-beradik penulis iaitu kak Suzana Mustafa. Kira.... ok lah tu kan.... Bangga memiliki buku ni sebab saya memang mengagumi penulisnya. Cuma belum  berkesempatan berguru secara langsung sahaja lagi dengan orangnya.


Walaupun koleksi buku dah banyak, tapi hasil kerja tangan saya masih peringkat pra amatur lagi. Jari-jemari ni masih keras lagi. Tempahan jangan haraplah nak ambil. Takut tak terbuat... tak cantik... tak kreatif dan lain-lain lagi. Jadi dengan adanya blog inilah saya ingin berkongsi hasil karya saya yang tidak seberapa ni. Setakat ni jualan saya hanya kraf felt dalam kalangan rakan-rakan. Itupun banyak lagi yang pending sebab bila tempahan untuk 'door gift' dalam kuantiti yang banyak saya tak mampu menyiapkannya dengan kadar segera. Sebab tu tak berani jual melalui blog. Tayang ajelah dulu kan...



No comments: