Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Thursday, June 24, 2010

Kek Birthday!!!

Lepas keluar dari kelas 1KAA1 hari ni  saya terus ke bilik guru. Wah, ada orang jual kek di bilik guru hari ni! Tak pernah ada orang jual  kek dalam bilik guru sebelum ni. Kalau roti tu pernah lah... Cantiknya kek-kek yang orang tu jual. Nak pergi tengoklah...Tapi nak letak barang dulu. 

Sampai di meja... Eh..Atas meja saya ada keklah.... hihihi....Teruja sungguh! Kek ni pemberian Jue, Chan dan Nuha. Terima kasih kawan-kawan...

Bila dah dapat kek terus tersengih sorang-sorang. Suka dan terharu sangat....Terus tak jadi pergi tengok kek-kek lain yang orang tu jual.

Meja hujung bila lalu belakang sempat menyampaikan ayat-ayat bernas... 

"Tengok.. birthday ko, tauke kek datang sekolah hari ni...."

Hihihi... 











Tuesday, June 15, 2010

Cekak Rambut Akak & Adik

Dah lama dah cikgu Marina mintak buatkan cekak ni... Walaupun tanpa syarat atau patern tertentu tetapi saya mengambil masa yang agak lama untuk memulakannya. Cekaknya pun dah lama dibeli. Tapi ilhamnya takde... Macam-macam idea saya fikirkan. Mula-mula tu nak buat tema kartun. Nak letak dinasorlah, kataklah, kucinglah dll. Tapi tak jadi sebab kelebaran cekaknya kurang. Akhirnya, saya buat tema bunga-bungaanlah pada cekak tu... Harap-harap anak Marina suka. Kalau tak suka nanti suruh mama order kat acik patern yang lain pulak ye... hihihi...









Sunday, June 13, 2010

Menyulam Cinta

Salam semua...

Hari ni saya menyantaikan diri setelah beberapa hari dihambat dengan bebanan kerja yang sebenarnya belum pun berkesudahan. Tarik nafas sekejap, tarik kain felt, tarik jarum, benang dan gunting dan inilah hasilnya. Sulaman cintaku hari ini.... 

Memang tak berapa kemas sulamannya, sebab saya sebenarnya tak pandai pon.... Tapi saya memandai-mandai. Jadi, bagi penyulam mahir janganlah diumpat hasil kerja ini ye... hahaha... sebab... saya sukakannya...

Esok... sambung lagi menanda kertas...




 








Thursday, June 10, 2010

Cerita pagi ini...

Pagi ni exam PTK....

Masa nak keluar rumah...

Kereta tak hidup, tak pernah jadi macam ni... Kalut betul...

Kenapa tak hidup masa ni pulak???? ARRGGGHHHHH!!!!!!!!!! (Cubaan.. cubaan...)

Telefon Jue minta diselamatkan... masa tinggal 10 minit sebelum exam...

Lepas letak telefon ayah saya sampai. Telefon Jue semula tak payah ambik.

Ambil kunci kereta ayah... ku terus merempit....

Fuh... Alhamdulillah selamat sampai... exam dah mula... Masuk dewan baca doa dulu...

Supaya tenang menjawab soalan....

Emm... soalan kali ni... senang giler...

Tapi jawapannya... susah giler.... (sangat mengelirukan)

Adeh... semoga kita semua lulus dengan cemerlangnya... Amin....











Tuesday, June 8, 2010

Emmm....

Petang ni masih lagi di sekolah... menanda kertas...

Laparnya.... Kantin tak bukak.!!!!

Balik ni nak pegi kedai buku. Beli buku PTK. Baru nak baca... Periksa 2 hari lagi...

Doakan saya lulus ye....

Sorry... Merapu sikit hari ni...

Sleeping Kitty On Monitor






Sunday, June 6, 2010

ALHAMDULILLAH... BANYAK KERJA...

Emm... dah dua hari sekolah cuti... Tapi saya belum fikirkan aktiviti khas untuk bercuti lagi. Kerja banyak lagi ni tak beres. Kertas-kertas peperiksaan belum siap bertanda, tempahan craft banyak lagi yang tak siap, hari Khamis 11hb. ni pulak exam PTK. Buku belum sentuh lagi ni. 16hb ada pertandingan Catur Bistari (Yang ni tak tau lagi nak joint ke tak. Kalau cukup korum joint kot...) Modul peperiksaan untuk pelajar-pelajar saya pun nak dikemaskinikan sebab bulan Julai ni dah start guna. 

Wah... banyaknya benda nak buat!!! Dalam kepala ni ada jugak rancang-rancang nak jalan jauh. Konon-konon nak ke Zoo Taiping. Tak taulah kenapa family saya ni suka sangat pergi Zoo. Tiap-tiap tahun mesti pergi zoo. Hihihi... Penyayang kat haiwan kot .... Sebenarnya bila pergi zoo ni, di samping tengok binatang-binatang comel ni bole excercise sekali. Sambil jalan-jalan boleh lari-lari sekali kejar anak. Bukan apa, takut terlepas masuk dalam kandang. Hahaha... Apapun semua ni dalam perancangan jer... kalau jadi pun minggu depan kot... Lepaskan exam dulu.



Writing



TUNGGU YE.....







Monkey 2







Thursday, June 3, 2010

FELT ROSES TUTORIAL

Rakan saya menempah dua cekak rambut untuk anaknya. Jadi saya pun jalan-jalan ke blog lain untuk mencari ilham. Terjumpa satu blog ni. Best sangat tutorialnya. Rasa rugi kalau saya tak ambil tutorial ni sebab sangat mudah, menarik dan cantik. Rasanya macam nak letakkan ros ni pada cekak rambut tu nanti.... Terima kasih kepada owner blog ini :

 

http://creativebreathing.blogspot.com/

 

Felt Roses Instructions


I have been asked several times to show how I make the little felt roses often seen on my pincushions. If I confuse you with my directions, I apologize before hand. Just remember these key words: "Sew on the right, accordion fold on the left, secure."
I make my small and medium sized roses by cutting strips of felt a consistent width. Cut five scallops if you are going to place your rose against something, six if it will stand alone.
The first scallop is rolled and stitched closed.
The bud is placed in the center of the next scallop. Key step: Stitch the right side,accordion fold the left side again placing the bud in the center of the next scallop.
I take enough stitches to secure the scallop all around the bud.
Repeat the process of stitching on the right, accordion fold on the left placing bud in center of next scallop, secure all around bud.
The top medium rose has five petals great to put next to another flower or button when you don't want a petal hiding the object. The small bottom rose has six petals and is great standing alone. The accordian fold allows the petals to separate from each other.

Large sized roses are made with individual petals. You can add as many petals as you like to fit the space you are trying to fill.
Cutting strips of felt a consistent size helps me with anything I make. It lets you skip the step of making a pattern.
Cut your strip into squares. Note, a thinner strip would equal smaller squares, thus a smaller rose.
Cut each square in a roundish shape, one edge remains straight. Note the scraps are all similar in size. The squares being the same size allows the petals to be the same size. I use this same technique when cutting leaves. Strip, cut same sized rectangles, cut curve on both sides, same amount of scraps equals same size leaf. Yeah! No pattern needed!
Roll center petal from right to left, fold back left side, STITCH 1/2" UP FROM BOTTOM to secure.
With each subsequent petal, lay folded side to right of petal, roll towards left, fold back last little bit, secure same 1/2" up from bottom all around bud.
When rose is as full as you would like, cut close to your securing stitches. The petals can now be separated and the edges crimped back to add shape. The fold taken at the left side of each petal allows the rose to open.

I hope you will find yourself making felt roses to adorn a craft project. I have always loved roses. My favorites are pure "vintage". Cary Grant, a most elegant white. Judy Garland, a riot of oranges and reds. Kathrine Hepburn, a frilly red. Tropicana, my very favorite because it grew in my yard at the house in the hilly neighborhood.





Wednesday, June 2, 2010

First time joint giveaway!!!!!

Kali pertama saya menyertai giveaway. Walaupun saya dah buat giveaway saya sendiri saya belum pernah menyertai giveaway daripada mana-mana blogger. Bukan tak sudi tapi tak reti. Tapi kali ni saya sertai giveaway Jue. Kawan baik saya di samping tu nak promote juga pada kawan-kawan blogger yang lain. Jom meriahkan giveaway Jue ni....

Kalau nak joint link sini : http://aldenhope.blogspot.com/

1st prize : Mutiara Sabah + Fridge Magnetic

2nd prize : Mutiara Sabah + Fridge Magnetic

Fridge Magnetic







Tuesday, June 1, 2010

Cinta Kolestrol....

Baru-baru ni saya ada buat pemeriksaan kesihatan. Rasanya last saya buat awal tahun lepas.Tekanan darah alhamdulillah ok, gula pun ok 5.2 jek, BMI agak terlebih (9 kg tu), huhuhu tapi kali ni ada keputusan yang agak tak best dan mengejutkan iaitu.... kandungan kolestrol saya. 6.65. Tinggiiii sangatttttt. Had maksimum untuk kolestol ialah 5.2. Kalau dibiarkan berpotensi kena  strok nih.

Jadi saya pun mencari-cari le alternatif nak turunkan kadar kolestrol saya yang terlebih-lebih ni. Dalam iklan kata makan oat bole turunkan kolestrol. Tapi... saya ni sangatlah tak suka makan oat. Bab-bab makan ni memang selektif sikit. Bukan selektif yang positif tapi selektif yang negatif. 

Saya suka sangat makan makanan yang tidak disyorkan oleh doktor-doktor di seluruh dunia. hihihi ...Contohnya : Kulit ayam.. (Nyummyyyy), Kuning telur, nasi lemak, baryani., sate.. dan apa-apa sahaja yang berlemak dan berkrim... 

Walau bagaimanapun, nasib baik saya tak berapa gemar sea food. Kalau tak, lagi mencanak-canak kolestrol saya naik. Terutamanya penggemar udang. Hati-hati tau! 

Tapi disebabkan dah darurat ni saya pun belilah makanan di bawah ni. Oat juga, tapi tak 100% oat. Harap-harap bole membantu turunkan kolestrol saya. Agak-agaknya ada tak petua-petua lain yang bole turunkan kolestrol. Kalau suggestkan makanan tu biarlah yang sedap-sedap ye....