Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Tuesday, June 1, 2010

Cinta Kolestrol....

Baru-baru ni saya ada buat pemeriksaan kesihatan. Rasanya last saya buat awal tahun lepas.Tekanan darah alhamdulillah ok, gula pun ok 5.2 jek, BMI agak terlebih (9 kg tu), huhuhu tapi kali ni ada keputusan yang agak tak best dan mengejutkan iaitu.... kandungan kolestrol saya. 6.65. Tinggiiii sangatttttt. Had maksimum untuk kolestol ialah 5.2. Kalau dibiarkan berpotensi kena  strok nih.

Jadi saya pun mencari-cari le alternatif nak turunkan kadar kolestrol saya yang terlebih-lebih ni. Dalam iklan kata makan oat bole turunkan kolestrol. Tapi... saya ni sangatlah tak suka makan oat. Bab-bab makan ni memang selektif sikit. Bukan selektif yang positif tapi selektif yang negatif. 

Saya suka sangat makan makanan yang tidak disyorkan oleh doktor-doktor di seluruh dunia. hihihi ...Contohnya : Kulit ayam.. (Nyummyyyy), Kuning telur, nasi lemak, baryani., sate.. dan apa-apa sahaja yang berlemak dan berkrim... 

Walau bagaimanapun, nasib baik saya tak berapa gemar sea food. Kalau tak, lagi mencanak-canak kolestrol saya naik. Terutamanya penggemar udang. Hati-hati tau! 

Tapi disebabkan dah darurat ni saya pun belilah makanan di bawah ni. Oat juga, tapi tak 100% oat. Harap-harap bole membantu turunkan kolestrol saya. Agak-agaknya ada tak petua-petua lain yang bole turunkan kolestrol. Kalau suggestkan makanan tu biarlah yang sedap-sedap ye.... 









2 comments:

Nur said...

Amik bawang putih, goreng tanpa minyak, dan makan begitu saje.
Boleh juga lebihkan sikit bawang putih dalam setiap masakan.
Kawan chinese yang bagi tips ni, sebab Yati dulu pun high cholesterol jugak.
Oat tu pun, Yati campur dengan milo dan makan dengan buah. Pisang atau raisin pun ok.
Good luck Aida.

...aida... said...

Bawang putih tu makanan saya dlm pantang tuh. Sedap juga. Masa dalam pantang bagi apa pun sedap... hihihi Mmg nak kena bubuh milo la oat tu sbb td try mcm tak bole nak jalan je... Thank's Yati...