Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Tuesday, September 21, 2010

Maaf, Hari Ini Saya Kurang Ajar....

Sukar nak luahkan dengan kata-kata. Jadi saya tulis dalam blog sahaja. Dah dua hari macam ni. Sebelum ni masa cuti sekolah dua minggu saya elok je. 

Benarlah, ... kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segala-galanya.

Tup tup bila naik sekolah sahaja kali ni saya tak ada suara. Suara saya jadi macam suara Donald duck. Saya bagi tau pelajar saya, kalau setakat serak, saya masih boleh mengajar macam biasa. Tapi kali ni dengan 'pitching' sekali lari. Bila bercakap macam orang menangis. 

Jadi, saya cuma beri latihan sahaja dan arahan saya tulis di papan putih. Semua aktiviti perbincangan lepas suara saya ok semula. 

Bak kata meja hujung tadi, "Maknanya hari ni ko kurang ajarlah ye...?" Ha ha ha  yelah... hari ni saya kurang ajar... Pandai aje meja hujung ni...



Wednesday, September 8, 2010

SALAM AIDILFITRI...



Ramadhan berlalu penuh imbauan,
Entahkan bersua lagi pada tahun hadapan,
Mudah-mudahan amalan mendapat keberkatan,
Daripada insan kerdil penuh kekhilafan.

Aidilfitri kini menjelma kembali,
Disambut dengan penuh warna-warni,
Segala salah dan silap mohon dimaafi, 
Andai ada tutur kata terguris dihati.

Pertama kali beraya sebagai blogger,
Punyai teman merata-rata,
Rasa gembira juga teruja,
Walaupun semuanya jauh di mata.

Semoga Syawal ini membawa bahagia,
Kepada semua teman di luar sana,
Berhati-hati di jalan raya,
Jangan rosakkan dengan raungan dan air mata.

Pelbagai juadah dan hidangan jadi santapan,
Janganlah makan berlebih-lebihan,
Bimbang kolestrol beraja di badan,
Kelak tinggi kos perubatan.

Pantun raya ini ku reka khas untuk teman,
Harap dapat menceriakan lebaran,
Sekali lagi ku mohon kemaafan,
Atas segala kelemahan dan kekurangan.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.....

Tuesday, September 7, 2010

PENAWAR HATI...



 
AH.. AKU SUDAH SALAH PILIH PASANGAN.. AKU SUDAH SALAH ORANG!!!

Sebenarnya teman. Kita bukan bertemu dengan orang yang salah, tetapi hakikatnya kita, diberikan oleh Allah ilmu dan pelajaran yang berharga yang tidak semua orang boleh merasakannya. oleh itu bersyukur dan selalu bersangka baik kepada Allah.

Itulah risiko kehidupan. Hidup itu lah risiko yang kita sendiri tidak mampu menjangka apa yang bakal terjadi walau 1 detik dari sekarang. Dan kerana rahsia-rahsia hidup itulah kita harus sentiasa berusaha dan itulah dia yang dinamakan perjalanan hidup. Kerana kita masih terus berkerja keras memastikan segala yang akan kita dapat adalah yang terbaik sahaja.

Kita tidak mahu langsung perkara buruk terjadi atau menimpa kita., kita sering berdoa agar yang baik-baik sahaja mendatangi kita. Tapi itulah suratan takdir, bertemu dan berpasangan dengan orang yang kita katakan salah bukanlah satu hukuman atau kesudahan bahagia di dunia.. ia sebenarnya satu sesi pembelajaran dalam hidup sebelum kita pulang ..



ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik. 
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menguji kekuatan KASIH SAYANG YANG TERBAIK.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG kerana mengingatkan kita, bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan dan kita teruskan pergantungan kita hanya kepada NYA

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.



Percayalah segala yang terjadi telah ditakdirkan sejak azali, kita dihidupkan bukan hanya tujuannya untuk menikmati keseronokan semata-mata.. tapi untuk diuji kekuatan iman dalam menghadapi setiap cubaan hidup yang hebat. Sejauh mana kita benar-benar berserah kepada Allah selepas setiap usaha, kemudian menerima ketentuan Takdir Allah dengan syukur dan sabar semoga kita mendapat keampuan atas kesabaran kita dan mendapat Redha Allah sebelum kita kembali bertemu Ilahi.

Petikan daripada tulisan
~Ummi Nur Jannah~
1115.12042010
SCRIPTERS