Ramadhan berlalu penuh imbauan,
Entahkan bersua lagi pada tahun hadapan,
Mudah-mudahan amalan mendapat keberkatan,
Daripada insan kerdil penuh kekhilafan.Aidilfitri kini menjelma kembali,
Disambut dengan penuh warna-warni,
Segala salah dan silap mohon dimaafi,
Andai ada tutur kata terguris dihati.
Pertama kali beraya sebagai blogger,
Punyai teman merata-rata,
Rasa gembira juga teruja,
Walaupun semuanya jauh di mata.
Semoga Syawal ini membawa bahagia,
Kepada semua teman di luar sana,
Berhati-hati di jalan raya,
Jangan rosakkan dengan raungan dan air mata.
Pelbagai juadah dan hidangan jadi santapan,
Janganlah makan berlebih-lebihan,
Bimbang kolestrol beraja di badan,
Kelak tinggi kos perubatan.
Pantun raya ini ku reka khas untuk teman,
Harap dapat menceriakan lebaran,
Sekali lagi ku mohon kemaafan,
Atas segala kelemahan dan kekurangan.
No comments:
Post a Comment