Walaupun berkali-kali sesat di Kuantan, tetapi akhirnya ku temui juga tempat ni.
Cantik tempat ni....
Kali ni saya mengikuti Kursus Jurulatih Utama KOMSAS BM untuk ting 2 dan 5 sebagai persediaan bagi tahun 2011.
Sebanyak 80 peserta dari negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Terengganu digabungkan untuk sama-sama mengikuti kursus ini. Insyaallah semua maklumat dan ilmu yang kami dapat di sini akan kami sampaikan dengan sebaik mungkin kepada rakan-rakan guru yang lain setelah balik ke daerah masing-masing nanti.
Berdebar-debar juga bila dilantik sebagai JU ni. Rasa macam belum layak je...
Seperti biasalah, bila berkursus di mana-mana... sambil menyelam minum air... ye tak?
Hari kedua di Cherating selepas tamat sesi kursus di sebelah petang saya sempat ke Kampung Budaya untuk mencanting batik. Seronok sangat. Cuma yang kelakarnya akibat tak paham bahasa.... Lukisanku jadi lebam...
Orang tu dah cakap... "Jangan sendeng ye selagi tak kering... Ingat .... jangan sendeng.....".
Saya pun jawab ok..ok...
Lepas tu kami pun berposing dengan hasil batik yang kami buat tu...
Sekali... bila tengok... warna yang belum kering tu berjejeh ke ruangan lain. Alamak!!!!
Patutlah dia kata jangan sendeng.... hahaha... (kurang bijak betul diriku ini....)
Kemudian kami membeli belah.... Apalagi.... Keropok ler.....Ikan masin.... sotong kering...... dll.
Dan untuk pertama kalinya dalam sejarah hidupku yang semakin berusia ni, aku merasai sata. SATA bukan sate tau....
Ya Allah... Sedap rupanya makanan ini..... Dulu tak pernah teringin nak cuba makanan ni walaupun sudah berpeluang beberapa kali ke Terengganu dan Kelantan. Namun disebabkan kali ini saya lebih menghargai kejayaan saya memandu ke tempat ini dengan selamatnya maka saya mahu menikmati semua yang ada di sini sedaya yang saya mampu.
Hari ketiga... masa sama... saya ke Kemaman pulak. Sebenarnya nak beli pen-drive....
Kata member2 kat sini, jarak ke Kemaman lebih kurang 10 minit. Saya pun drive lah kereta hala ke Kemaman.
Tak nampak pulak signboard Kemaman.
Jadi bila nampak kedai-kedai saya pun park kereta.
Bila masuk kedai saya tanya tauke kedai tu.... Sini Kemaman ye??? hehehe...
Balik dari Kemaman, terus pergi ke tepi pantai. Wajib nak cecahkan kaki ke air di pantai Cherating ni sebagai tanda penghargaan kepada diriku sendiri... Wahahaha....
Sambil berpoya-poya di pantai ternampak pekerja hotel sedang siapkan keperluan barbequ.
Saya cakap dengan member... ni mesti kumpulan Petronas punya... Maklumlah... Orang minyak... Budget banyak... (Sebab kebetulan ada kumpulan Petronas berkursus di sini juga)
Namun rupa-rupanya itu Kementerian Pelajaran yang punya.... Wa.... bestnya... makan barbequ tepi pantai le malam ni....
Walaupun makan kat sini sedap-sedap... namun ada jugak beberapa orang member ku di Johor yang menghantar SMS berbunyi ----> Pastikan balik nanti masih ramping ye.... @ dalam facebook ----> kata,... on diet...
hehehe..... Terima kasih atas peringatan itu....
Ha.. gambar paling bawah ni roomate saya di Cherating.... Pn. Suliyani... Dia ni member saya di UPM. Tak sangka jumpa di sini. Sebilik pulak tu.... Sekarang Su mengajar di SMK Sri Tebrau JB.
2 comments:
aida,bestnyer dpt g kusus kt cerating..teringat sy dulu kusus orientasi ckgu2 baru pun kt sana jg.haha...tergelak sy bc citer awk nk g kemaman 10 minit je..tp baguslah entry ni dpt mempromosikan negeri Pahang..(sb sy org pahang...he2;)
lia orang Pahang ke?... Seronok kursus di sini. Macam tak puas kursus kat sini sebab tak sempat jelajah banyak tempat. Maklumlah... namanya pun kursus. Lepas ni kalau berkesempatan nak bawa keluarga bercuti ke sini. Cuma tak bole mandi pantai lah. Ombak kuat sangat....
Post a Comment