Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Sunday, November 21, 2010

TAG BAGASI

Selamat bercuti semua....

Cuti panjang ni biasanya kita akan merancang ke tempat yang agak jauh bersama famili dan rakan-rakan betul tak?

Ada ketikanya kita terpaksa menggunakan perkhidmatan awam seperti kapal terbang, kereta api dsbnya.

Bagi saya pula insyaallah cuti kali ni saya bersama keluarga dan beberapa orang rakan akan mengerjakan umrah.

Asalnya penerbangan kami dijangka 12hb. Disember ni. Tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan penerbangan kami ditunda ke 17hb.

Harap-harap selepas ni perjalanan pergi dan balik kami berjalan lancar. Tolong doakan kami ye rakan-rakan semua.

Disebabkan kumpulan kami seramai tujuh orang, jadi saya telah siapkan tag untuk bagasi kami supaya mudah dikenal pasti nanti.

Saya buat tag ni lebih kalau-kalau beg ni beranak masa balik nanti ;p (Yelah... pergi 7 beg. Masa balik silap2 jadi 10 beg).


Tag ni saya buat daripada fabrik sepenuhnya. Cuma tali dan hiasan sahaja saya gunakan riben. Pada bahagian pengenalan nanti saya akan tulis gunakan ball pen sahaja.

Dulu saya pernah gunakan tag yang saya laminate. Tapi tag tersebut kurang lasak.

Kalau direntap tag tersebut senang terkoyak.










Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha



Pada kesempatan ini juga saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang tidak disengajakan sepanjang kehadiran saya di sini...

Semoga ukhuwah yang terjalin di sini diberkati oleh-Nya dan berkekalan selamanya...

Selamat berkarya dan teruskan berkarya semoga kita sama-sama dapat berkongsi sesuatu di arena blog ini.
Terima kasih atas perkongsian teman-teman blogger yang sporting, periang dan menghiburkan selama ini.

Selamat berhari raya dan berhati-hatilah semasa memandu di jalan raya...

Thursday, November 11, 2010

MENJADI PENULIS...

Syukur Alhamdulillah...

Baru-baru ini saya berpeluang menghadiri bengkel PEWARIS.

Hasil daripada perbengkelan selama tiga hari itu saya dan peserta kursus yang lain telah diberi tanggungjawab untuk menghasilkan penulisan berbentuk biografi tokoh-tokoh guru daerah masing-masing.

Insyaallah hasil penyelidikan kami ini nanti akan dibukukan dan dilancarkan sempena sambutan Hari Guru peringkat negeri Johor pada 2011.

Kenapa saya bersetuju menerima tanggungjawab ini?

Sebab saya rasakan ini merupakan  sumbangan kecil saya sebagai rakyat Johor untuk negeri yang saya cintai ini.

Serius gila bunyi ayat2 kat atas tu kan. (Memang serius pun sebab saya tak mau ambil mudah tanggungjawab ni..)

Ok tukar mood...

Masa mula-mula sampai di Hotel JA Residence, JB ni macam biasalah mesti cari tempat parking dulu ...

Dengan hanya mengikut gerak hati, saya pun memandu kereta saya ke belakang hotel. Sebab selalunya hotel mestilah sediakan tempat parking kan?

Kebetulan saya nampak ada dua buah kereta di depan saya yang nak parking juga.Tapi macam ada sesuatu yang tak kena. (Apa yang susah sangat nak parking kat atas ni  Drive ajerlah kata hatiku dengan kereknya... hahaha...)

Tiba giliran ku... aik... apasal pintu tempat parking ni siap main tutup-tutup. Macam pintu gua dalam cerita Ali Baba jek...Bukan main lagi security dia.

Saya pun melalui proses yang sama dengan kereta depan saya tadi. Tiba masanya pintu parking pun dibuka.

Eh......?????

Lah hai... kena naik lif rupanya. Kereta ni kena naik lif.... Hahaha...Gila.... tak pernah terfikir kena lalui semua ni.

Proses memasukkan kereta ke dalam lif berjalan lancar...

"Cikgu tekan no. 7 ye... " Emm parking kat tingkat 7 rupanya.

Sampai di atas sekali lagi terkejut. Rupanya kereta disusun rapat-rapat.

Dalam hati.... adoyai.... tak leh nak gi mana2 lah sampai habis kursus...

Memang tak boleh keluar sebab tidak ada ruang untuk menggerakkan kereta terutama kalau kita datang awal.

Kalau nak keluar juga pihak pengurusan terpaksa menghubungi semua owner kereta yang memblok kereta kita.

Bilik saya betul2 menghadap tambak Johor. Jadi agak bisinglah dengan bunyi hon2 lori, kereta api dan kenderaan lain.

Bila saya termenung kat tingkap sambil melihat tambak Johor tu baru saya faham kenapa kita perlu buat tambak yang baru.

Tambak yang sedia ada sekarang memang sangat merugikan negara kita. Laluan Selat Melaka dihalang oleh tambak ini.

Idea Tun Dr Mahathir supaya tambak ini dibina semula amat bernas. Sebelum ni saya tak berapa ambil peduli. Tapi bila dah lihat depan mata... Baru saya tahu....

Harapan saya sebagai rakyat biasa diharap pemimpin kita yang ada sekarang akan meneruskan projek ni. Jangan tunduk sangat dengan Singapura tu...