Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Friday, January 21, 2011

KHAS BUAT CIKGU SPBT : SILA DENGAR BAIK-BAIK!

Bermula sejak sebelum cuti persekolahan akhir tahun sehinggalah awal tahun persekolahan cikgu SPBT merupakan antara guru yang sibuk menguruskan agihan buku teks kepada semua pelajar yang layak. Pantang mendengar ada pelajar yang belum memulangkan buku atau belum menerima buku pasti guru SPBT tak senang duduk sehinggalah tugas mereka benar-benar selesai.

Saya merupakan salah seorang guru SPBT di sekolah saya. Antara perkataan yang amat sensitif di telinga saya sekarang ialah... "cikgu, saya belum dapat buku..." @ "cikgu saya nak buku" @ apa-apa sajelah yang berkaitan buku. Saya akan segera memberikan buku yang diminta oleh pelajar saya. 

Nak dijadikan cerita, hari ni saya agak malas membuka bilik SPBT. Tiba-tiba datang 2 orang pelajar tingkatan 1 bertemu dengan saya. Berikut ialah perbualan antara pelajar tersebut dengan saya :


Pelajar  :  Cikgu saya nak ambik buku.... 

(pelajar tu tak habis cakap lagi saya dah potong)

Saya  :  Ha tak dapat buku lagi? Takpe-takpe awak pergi tunggu kat bawah (bilik SPBT) kejap lagi saya turun.

(pelajar tu nampak terpinga-pinga. Saya agak hairan sebab dia tak tunggu di depan Bilik SPBT sebaliknya masih di depan Bilik Guru)

Saya  :  Ha... dah jom cepat ikut saya!

(Saya pun segera membuka Bilik SPBT dan berdiri di kaunter sambil menyelak borang pinjaman pelajar tingkatan 1)

Saya  :  Awak kelas apa?

Pelajar  :  Cikgu... saya bukan nak buku teks....

Saya  :  Ha???? Habis awak nak buku apa?

Pelajar  :  Saya nak buku karangan saya....

Saya  :  ...............(hilang kata-kata).............    

kui.. kui... kui... (padan muka saya..... ;p )

Lepas peristiwa ni saya tergelak sorang-sorang dan lepas saya ceritakan peristiwa ni pada member2 barulah saya digelakkan beramai-ramai. 

Pengajarannya... Lain kali sila dengar betul-betul ye cikgu aida....

BILIK SPBT SMK SERI LALANG




3 comments:

ana ayesha said...

salam

kemasnya bilik ada pink, purple, ijau ....

chan said...

Nampaknya sekarang cikgu-cikgu terlalu stress... sebab tu takde masa untuk pelajar habiskan ayat...bukan pengajaran tapi peringatan untuk guru-guru sebenarnya, hehhehehe
n.... nak puji sikit, i suka lagu baru ni, baik-baik sayang ya...

Jue said...

hehehe.. chan, aku dah dgr citer tu awl lg b4 entry ni :p mmg nak tambah2 lagi.. kmi mmg gelak giler2 kat kak aida haha.. the spirit of cg SPBT ;p

yelarr chan, lagu ni.. sedeyyy ar.. o tidakkk x, feeling sgt arr nak senikata lagu ni kaka.. next entry arr