Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Wednesday, February 9, 2011

CUTI MENJAHIT....

Melangkah ke tahun 2011 dengan tiada azam yang besar dalam penghasilan produk kreatif...

Nak menjahit pun belum ada mood...

Sebenarnya aktiviti menjahit ni terhenti masa sibuk-sibuk buat persediaan umrah yang lalu. Disebabkan Umrahnya tu pun ditangguh ke bulan 5 jadi saya pun belum dapat feel lagi nak menjahit atau membuat kerja-kerja kreatif.

Aktiviti waktu senggang sekarang ni lebih banyak kepada membaca buku-buku berkaitan haji dan umrah. Apatah lagi ada teman saya yang baru bergelar hajah pada tahun lepas sudi meminjamkan buku-bukunya yang bertimbun untuk dibaca... Memang seronok membaca buku ni. (Memang ulat buku pun.. tapi sekarang tambah lagi... ulat internet... sebab dalam internet pun ada macam-macam benda boleh dibaca... hehehe) Rasa bersemangat sangat nak tunaikan haji pula selepas ni.

Dulu memang tak pernah plan bila nak buat haji walaupun setiap bulan buat tabungan di Tabung Haji. Tapi saya betul-betul tersentap bila sahabat saya menunaikan haji pada tahun 2009. Ya Allah... kami sebaya tapi saya tak merancang awal ke arah itu. Memang cemburu sangatlah.... Kalau nak tau, tahun lepas baru saya mendaftar. Giliran yang saya dapat tahun 2027 nanti... huhuhu... lamanya...

Namun atas dorongan rakan sekerja yang baru menunaikan haji tahun lepas menggunakan pakej Rayhar, saya berazam untuk menunaikan haji 2 tahun lagi. (Kalau dapat tahun ni lagi best! hehehe...) Kena kumpul duit dulu... ye tak..?  Kosnya lebih 20K seorang...  

Walaupun saya masih bercuti dari aktiviti menjahit.. namun blog rakan-rakan  masih setia saya kunjungi...  Sukanya tengok produk kreatif rakan-rakan blogger yang lain cuma belum bernafsu nak membuatnya...  Tapi sebab saya orang Cancer, saya pun tidak dapat menjangkakan tindakan saya yang boleh berubah lebih 360 darjah dalam masa beberapa saat je... Manalah tahu kan .. sebaik sahaja entry ni siap ditulis, terus pergi kedai cari barang nak buat projek baru... Jadi..... hihihi... no komenlah.. 

Kepada rakan-rakan blogger yang masih sudi menjengah blog saya yang dah semakin tak kreatif ni... terima kasihlah banyak-banyak... Datanglah selalu ye... Tak bagi respon bukan sombong... cuma jawab dalam hati.. siapa-siapa yang nak exchange link... silakan... silakan.... saya sangat berbesar hati.... nanti saya masukkan juga link rakan-rakan ye.. cuma shout jela kat shoutbox tu... kalau tak nanti saya tak tau... (Ada ke orang nak tukar-tukar link dengan blog sanggar tak kreatif lagi ni? Cheh... perasan pulak aku... hihiii.. malu...)

Alamak.. dah pukul 5 nak ambil anak di sekolah.. bye bye semua... 







No comments: