Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Wednesday, April 6, 2011

KURSUS PENGHAYATAN BAHAN SASTERA DALAM P&P BM SEK MEN

Sekali lagi PPD Kluang dengan kerjasama pensyarah dari IPGTHO, telah mengadakan kursus Penghayatan Bahan Sastera bermula 5 - 7 April bertempat di SMK Seri Lalang. Kali ini kursus ini disertai oleh guru-guru Bahasa Melayu bukan opsyen. Sebanyak 25 orang guru dari seluruh daerah Kluang mengikuti kursus kali ini.

Cabaran kali ini peserta kursus dikehendaki melagukan puisi tradisional mengikut rentak asli. Tidak menggunakan lagu-lagu moden sebagaimana kaedah MESTAMU (kecuali sajak). 

Tugas saya kali ni sebagai pembantu sahaja kepada pensyarah-pensyarah yang didatangkan khas dari Maktab Perguruan Tun Hussien Onn. Walaupun sebagai pembantu namun saya mengambil kesempatan juga menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang Sastera. Memang banyak maklumat baru yang saya peroleh.

Seronok melihat gelagat guru-guru yang sangat bersemangat menonjolkan bakat masing-masing dalam penyampaian puisi. Malah ada yang 'sporting' berkompang ketika menyampaikan seloka. Dan semasa semua peserta sibuk berbengkel.... saya pun sibuk le buat blog ni... hehehe... (sekali sekala...)

Tahniah kepada semua peserta kursus. Semoga apa yang dipelajari di sini boleh dibawa balik untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar kita.





1 comment:

Jue said...

wow advance skrg ni :P up to date yer hiihii