Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Saturday, April 2, 2011

ROAD SHOW PENDIDIKAN YANG BERJAYA.... TAHNIAH KEPADA SEMUA!!!

3 hari berturut-turut guru-guru SMKSL, PIBG, para pelajar dan semua yang terlibat dengan road show pendidikan bertungkus lumus menyiapkan segala persiapan untuk memastikan program yang dianjurkan berjalan lancar. Semuanya bersemangat walaupun sangat penat. Pengetua kata dia pun tak pasti sama ada program ini akan berjaya atau sebaliknya. Mungkin ini yang pertama dan yang terakhir.... atau mungkin akan diadakan lagi pada bulan Jun nanti sekiranya mendapat sambutan.

Khemah-khemah telah disponsor oleh beberapa pihak. (Maknanya free la...) Tapi bila percuma jawabnya kena pasang sendiri la... Mengagumkan.... Tak sangka.. ramai yang turun padang membantu memasang khemah. Bukan setakat guru dan pelajar... tapi penduduk Felda juga... ALHAMDULILLAH.. Malah ada juga pihak-pihak yang men'sponsor' makanan dan minuman sepanjang dua hari gotong-royong berjalan dan semasa majlis berlangsung. 

Segala persiapan diuruskan sebaik mungkin dalam budget yang sangat kecil.. Betul.... budgetnya sangat kecil... rasanya kos road show tak sampai RM5 ribu. Sekolah memang tak ada duit... Jadi pakai duit PIBG, YB Machap bagi peruntukan RM2000, pelajar sekolah derma sorang RM2 (yang ni tak wajib... sapa yang sudi...) dan adalah sumbangan2 lain serba sedikit. Ramai yang tak yakin program ini akan berjaya... Ye la... bukan senang nak laksanakan dengan kos yang sangat minimum. Tapi berkat keikhlasan semua pihak... semuanya berjalan lancar.. hinggakan hiasan pentas pun dapat dibeli dengan harga yang sangat murah.. (Tiba-tiba ustazah Sarah terjumpa kedai bunga yang dah nak bangkrap... jadi dia nak habiskan stok bunga dia dgn harga yang sangat-sangat rendah..) Berbundle2 la jugak dapat bunga... hehehe..

Dan hari yang dinanti-nantikan tu akhirnya tiba juga. ... Ramai sangat yang datang... Rasa macam satu event yang sangat besar.... Sampaikan PPD kata.. berdiri bulu roma dia melihat kedatangan orang yang terlalu ramai... Dewan yang pada mulanya nak diisi dengan pelajar.. (Ye la... takut nampak kosong...) Akhirnya dipenuhi dengan orang ramai... pelajar-pelajar terpaksa disuruh keluar. Malah di luar dewan ramai juga yang tekun berdiri sambil mendengar forum pendidikan yang disampaikan oleh panel-panel dalaman dan jemputan. Forum yang sepatutnya berlangsung selama 40 minit bertukar menjadi sejam lebih... tapi audiens tidak berganjak.. malah semakin bertambah... saya nak masuk dewan pun susah.. terpaksa menyelit-nyelit...

Saya bersama pelajar-pelajar saya KELAB TUNAS BISTARI tidak melepaskan peluang berniaga pada hari ini. Boleh tahan lah keuntungan hari ni... Pelajar-pelajar ni pun bersemangat sangat berniaga. Macam-macam yang kami jual. Nasi lemak, mee hoon singapore, dadih, air minuman, kek coklat, donut, dan popcorn. Dalam sibuk-sibuk berniaga ada jugak ahli kelab yang langgar peraturan... adalah 3 orang pelajar ni yang keluar dari kawasan perniagaan dengan menaiki motosikal tanpa lesen. Naik 3 orang pulak tu. Sudahnya kemalangan. Sampai kat gerai nangis-nangis... Yela.. apa tak sakitnya kalau dah terkopak sana sini. Habis hilang kehenseman tu... huhuhu... Tak sampai hati tengok jadi saya bawalah pergi klinik. Kenalah seratus lebih... eii... memang cari penyakit la budak2 ni. Banyaknya cerita.. jom layan gambar pulak..

GERAI TUNAS BISTARI





ACARA PERASMIAN OLEH YB ABD. HAMID ABD RAHMAN
 

ANTARA AKTIVITI YANG YANG DIADAKAN.
 




GERAI-GERAI PAMERAN, JUALAN DAN KONSULTANSI








Ni la dia budak-budak yang cari penyakit ni... huhuhu
Dah cedera pun masih boleh berposing lagi
(sebelum tu nangis.... ;p)




3 comments:

Anonymous said...

jangan postkan komen ni... kak nak tanya... bukan ke 'mengkagumkan' ??? kenapa jd mengangumkan... hehehehe
chan

...aida... said...

Chan. dalam kamus 'mengkagumkan' takde, yang ada mengagumkan... tak caya pi cek ...hehehe..

chan said...

la,,, kan dah gtau jangan post yg tu... i suma nak tanya cg BM je...
Anyway, saya x nak ucap tahniah kat cg2 smksl sebab dah tau anda semua memang boleh buat roadshow tu dgn berjaya... Nak ucapkan SYABAS, anda adakah guru2 yg cemerlang dan berdedikasi, Penjana Bangsa dan Negara! SMKSL BOLEH!