Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Friday, August 26, 2011

Gempa di WDC

Hari tu 23 Ogos jam 1 lebih dekat-dekat pukul dua masa saya sedang menggosok pakaian tiba-tiba rasa rumah bergoyang-goyang.

Saya terus jerit nama anak. Ingatkan dia tengah main lompat-lompat. Sebab tu rumah bergegar.

Bila anak saya jawab dia tak buat apa-apa saya pun pelik le.

Kenapa pulak rumah ni bergoyang semacam. Tapi bila tengok almari dah mula tumbang saya pun capai tudung dan terus berlari ke bawah. Saya tarik anak saya keluar rumah.

Sempat juga saya telefon suami. Rupanya di Embassy pun bergegar.

Memang agak terkejut tapi tak lah sampai menjerit. Mungkin lebih kepada keadaan terpinga-pinga.

Kat luar rumah tengok jiran-jiran dah ramai juga yang keluar.

Sempat tanya sorang jiran tu, biasa ke berlaku gegaran macam ni.

Dia kata tak pernah. Jadi bila tengok laporan berita selepas tu baru la tau kejadia yang berlaku tu gempa bumi berskala 5.9 richter.

Kali terakhir WDC mengalami gempa tahun 1897 masa tu 5.8 skala richter. Jadi yang kali ni sejarah jugalah utk WDC.

Ni lah keadaan rumah saya selepas gempa... banyak perabut tumbang dan retak di sana sini.

Mula-mula pengalaman ni agak menakutkan. Tapi sekarang dah jadi kenangan manis pulak.

Alhamdulillah saya berpeluang merasai gempa. Cuma doa saya janganlah lagi berlaku selepas ni... Takut rumah runtuh terus pulak.. huhuhu






Mengurat Si Tupai...

Wah.. wah... wah...

Dua tiga menjak kurang kerja ni... Mencari le hobi baru..

Antara yang paling syok dibuat sekarang ni ialah mengurat tupai.

Banyak tupai kat kawasan rumah ni.

Jadi letakkan buah-buahan... lepas tu baring.... dann.... tunggguuuuu....

Bestkan...

Comel-comel tupai kat sini. Rasa macam nak peluk je.. tapi tak le jinak...

Ok nak tunggu tupai ni. Selalunya sambil tunggu terus tertidur hua hua hua... TERUK!!!!






Friday, August 12, 2011

Saya kini seorang pengurus...

Dah hampir sebulan meninggalkan kerjaya guru. Dan hampir 2 minggu meninggalkan tanah air.

Tak payah pening-pening dah nak fikir pasal post-mortem, SAP, TOV, Pelan Strategik, NCR, Kajian Tindakan dan segala bagai ... (Pikir hutang piutang yang ditinggalkan aje.. hihihi)

Kerjaya baru saya sekarang pengurus. Pengurus rumah tangga sepenuh masa. (yang sepenuh masa tu tak le selama-lamanya..)

Sebenarnya masih belum terasa lagi tinggal di negara orang ni. Rasa macam pergi jalan-jalan kat area KL je lagi.

Kehadiran saya ke Washington DC semasa semua umat Islam di sini menyambut  1 Ramadhan.

Saya bertolak dari Malaysia 1 Ramadhan, dan saya tiba di sini 1 Ramadhan. Yang menariknya saya sempat berpuasa 2 hari dalam perjalanan. Pelik kan! Walaupun orang bermusafir tak diwajibkan berpuasa tapi rasanya daripada saya duduk dan tidur saja dalam flight tu baik saya puasa....

Puasa pertama saya bertolak dari Malaysia jam 3.15 petang dan berbuka puasa dalam flight di Taipei jam 7.05.

Setelah transit di Taipei lebih kurang sejam setengah kami meneruskan penerbangan selama 12 jam ke Los Angeles. Rasanya baru dua atau tiga jam dalam penerbangan sudah masuk waktu imsak. Jadi saya berpuasa lagi untuk hari kedua di dalam flight selepas dinner.

Tiba di LA jam 6.00 pm. Pramugari sempat memberikan bekalan air dan kurma coklat untuk berbuka puasa. Kebetulan saya memang ada membawa bekalan roti dari Malaysia jadi saya berbuka puasa sekali lagi semasa di LA pada jam 7.25pm. Masa tu tengah beratur nak check-in untuk ke WDC.

Di LA transit lebih kurang 5 jam sebelum kami meneruskan penerbangan ke WDC. Masa ni saya dah tak puasa lagi. Saya mengalami masalah kekeliruan masa... hihihi.... Mmg keliru pun... sebab saya sampai di Washington pada 1 Ramadhan. (Kalau ikutkan saya dah berpuasa hampir 3 hari.)

Nampaknya tahun ni kali pertama saya beraya di tempat orang. Memang agak teruja. Selalunya kalau raya saya tukang makan je. Mak yang masak. Kali ni saya kena masak sendiri... Cabaran kepada diri sendiri ni .....

Tiba-tiba je bila duduk sini saya jadi rajin membelek-belek resepi di internet. Kalau tak memang tak pernah bukak pun. Kat sini bukan ada pasar ramadhan nak cari makanan. Terpaksalah masak sendiri hari-hari.

Ditambah lagi cabaran tu ialah apabila rumah saya ni menjadi tumpuan student bermalam pada hujung minggu atau pada bila-bila masa. Terpaksalah makcik yang tak pandai masak ni memandai-mandaikan diri memasak. Setakat ni Alhamdulillah... menjadi lah jugak.... hehehe. Tahniah kepada diriku sendiri ;p. Cheh! angkat bakul sendiri la pulak! Perasan tak hengat...

OK lah cukuplah setakat ni dulu... walaupun agak terlambat saya nak ucapkan selamat berpuasa dan bertarawikh kepada semua rakan-rakan yang membaca blog saya ni ye. Buat masa ni belum sempat nak buat apa-apa benda yang kreatif. Saya masih mengalami jet leg lagi... hahaha... (alasan palsu....) tipu sunat ;P.  Sekian...