Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Friday, August 12, 2011

Saya kini seorang pengurus...

Dah hampir sebulan meninggalkan kerjaya guru. Dan hampir 2 minggu meninggalkan tanah air.

Tak payah pening-pening dah nak fikir pasal post-mortem, SAP, TOV, Pelan Strategik, NCR, Kajian Tindakan dan segala bagai ... (Pikir hutang piutang yang ditinggalkan aje.. hihihi)

Kerjaya baru saya sekarang pengurus. Pengurus rumah tangga sepenuh masa. (yang sepenuh masa tu tak le selama-lamanya..)

Sebenarnya masih belum terasa lagi tinggal di negara orang ni. Rasa macam pergi jalan-jalan kat area KL je lagi.

Kehadiran saya ke Washington DC semasa semua umat Islam di sini menyambut  1 Ramadhan.

Saya bertolak dari Malaysia 1 Ramadhan, dan saya tiba di sini 1 Ramadhan. Yang menariknya saya sempat berpuasa 2 hari dalam perjalanan. Pelik kan! Walaupun orang bermusafir tak diwajibkan berpuasa tapi rasanya daripada saya duduk dan tidur saja dalam flight tu baik saya puasa....

Puasa pertama saya bertolak dari Malaysia jam 3.15 petang dan berbuka puasa dalam flight di Taipei jam 7.05.

Setelah transit di Taipei lebih kurang sejam setengah kami meneruskan penerbangan selama 12 jam ke Los Angeles. Rasanya baru dua atau tiga jam dalam penerbangan sudah masuk waktu imsak. Jadi saya berpuasa lagi untuk hari kedua di dalam flight selepas dinner.

Tiba di LA jam 6.00 pm. Pramugari sempat memberikan bekalan air dan kurma coklat untuk berbuka puasa. Kebetulan saya memang ada membawa bekalan roti dari Malaysia jadi saya berbuka puasa sekali lagi semasa di LA pada jam 7.25pm. Masa tu tengah beratur nak check-in untuk ke WDC.

Di LA transit lebih kurang 5 jam sebelum kami meneruskan penerbangan ke WDC. Masa ni saya dah tak puasa lagi. Saya mengalami masalah kekeliruan masa... hihihi.... Mmg keliru pun... sebab saya sampai di Washington pada 1 Ramadhan. (Kalau ikutkan saya dah berpuasa hampir 3 hari.)

Nampaknya tahun ni kali pertama saya beraya di tempat orang. Memang agak teruja. Selalunya kalau raya saya tukang makan je. Mak yang masak. Kali ni saya kena masak sendiri... Cabaran kepada diri sendiri ni .....

Tiba-tiba je bila duduk sini saya jadi rajin membelek-belek resepi di internet. Kalau tak memang tak pernah bukak pun. Kat sini bukan ada pasar ramadhan nak cari makanan. Terpaksalah masak sendiri hari-hari.

Ditambah lagi cabaran tu ialah apabila rumah saya ni menjadi tumpuan student bermalam pada hujung minggu atau pada bila-bila masa. Terpaksalah makcik yang tak pandai masak ni memandai-mandaikan diri memasak. Setakat ni Alhamdulillah... menjadi lah jugak.... hehehe. Tahniah kepada diriku sendiri ;p. Cheh! angkat bakul sendiri la pulak! Perasan tak hengat...

OK lah cukuplah setakat ni dulu... walaupun agak terlambat saya nak ucapkan selamat berpuasa dan bertarawikh kepada semua rakan-rakan yang membaca blog saya ni ye. Buat masa ni belum sempat nak buat apa-apa benda yang kreatif. Saya masih mengalami jet leg lagi... hahaha... (alasan palsu....) tipu sunat ;P.  Sekian...


9 comments:

Zulleen said...

selamat berpuasa juga kpd k-Aida yg ada di perantauan...jaga diri bebaik ye...:))

...aida... said...

Terima kasih Zulleen... Insyaallah, mudah-mudahan semuanya dalam peliharaan dan rahmat Allah.

Art Tea said...

Salam k'aida..adiah dh selamat sampai..terima kasih bebanyak.. :) selamat berpuasa utk k'aida sekeluarga..take care dan semoga ceria2 selalu kt tempat org.. :)

Jue said...

:) ayat tak tahan tu "terpaksala memandai mandai kan diri' haha..

nampaknya nt balik sini kak zihan & kak marina ada pencabar baru la yer.. sebab selama ni asyik nama dua org makcik tu jer :D..

ok kaka.. semoga berbahagia selalu.. nak dgr cerita ttng iddyin gak... & sang s u a m i hehe pasal sang.. tu sy memain jer..

last skali
"Tahniah kerana berjaya menjadi seorang Pengurus" :P kami kat sini tgh pening.. SAPS online.. hishhh mcm SAP key in semula.. dgn tov/etr ny skali kena masukkk adoyaiiii

...aida... said...

Terima kasih art tea.. terima kasih atas ingatan dan doanya. Selamat berpuasa juga untuk Art Tea... :)

...aida... said...

Jue, tu ayat tulus ikhlas tu tau... hahaha..

Iyddin kat sini kuat makan. Dia makan jer apa yang akak masak. Suami akak kata kena kawal sikit takut dia obesiti nanti.

Pasal makcik yang dua orang tu tak bole nak lawan.... perbezaan kepandaian ibarat 1:10.... Jauh lagi nak capai tahap piawaian diaorang tu... kirim salam kat diaorang ye Jue.

eiela said...

kak, hadiah dah sampai, terima kasih ye. akak terus duduk sana ke? pengurus yang tuh pun banyak cabarannya kak. hehe

...aida... said...

eiela... tak la duduk sini terus. Cadangannya setahun dua je. Kerjaya baru mmg mencabar... betul tu.... pannnndaiiiii eiela... hihihi

Anonymous said...

Gembira bila aida happy di sana. Manfaatkan cuti ni sebaik-baiknya ye da. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Dr Herny di Melaka