Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Tuesday, December 18, 2012

Crochet Beanie Hat @ Kopiah

Assalamualaikum semua..

Post kali ni nak share beanie yang saya buat. Kenapa nak share beanie yang tak seberapa rupanya ni? Sebab... ini pertama kali saya buat beanie. Dan saya tak pandai mengait... Dan tak pernah siap pun mengait..  Ingat lagi tak post saya tentang blanket crochet yang saya buat dulu

http://sanggarilhamkreatif.blogspot.com/2012/02/blanket-crochet.html


Blanket ni saya memang tak berjaya siapkan. Lagi satu saya rasa blanket ni tak berbaloi nak disiapkan sebab regangan benang yang saya kait awal-awal dengan yang last-last tu tak sama. Jadi kalau dibentangkan hasil crochet tu dia jadi seperti ropol-ropol untuk skirting meja. Ah sudah... Jadi saya buat keputusan berhenti mengait blanket tu. Nak bukak balik benang tu sayang... Itulah hasil pertama saya belajar mengait. Jadi saya biarkan sahaja... Manalah tau satu hari nanti bole digunakan ye tak.

Semalam masa merewang-rewang kat youtube saya sangat tertarik pada youtube ni.

 

Saya bagi 5 bintang la kat youtube ni sebab berjaya membimbing saya yang buta mengait ni sehingga menjadi beani saya... 

Asalnya beani ni saya nak bubuh bunga... Tapi bila anak lelaki saya balik dari sekolah dia terus ambik pakai buat solat.. agak dia ingat mak dia mengait kopiah kot... huhuhu... saya tak jadi la bubuh bunga tu... saya hadiahkan je beania @ kopiah ni kat Iyddin..




Aisyah pun nak melaram jugak dengan beanie ni...



Friday, December 7, 2012

Entry Craft ?

Rindu sangat-sangat sebenarnya nak bercraft. Rindu serindu rindunya.....

Sampai tak tau entry ni nak letak tajuk apa... Sebab saya tetap tak post apa-apa tentang craft pun kali ni.

Ingatkan jadi suri rumah sepenuh masa ada banyak masa nak buat macam-macam rupa-rupanya tak jugaa.

Heh, jual Corelle sempat pulak! Macamana saya boleh terjual Corelle pulak ni? Hampir2 blog ni jadi blog pinggan mangkuk. Rasanya sempat lagi diselamatkan blog ni. Mudah-mudahan...

Sebenarnya saya ada banyak projek craft yang saya naaaaakkk buaaatttt! (kena beri penekanan skit...) Tapi saya belum sempat nak realisasikannya. Entah macamana sejak duduk di bumi uncle Sam ni hobi saya bertukar 360 darjah. Dulu saya selalu blog walking kat blog craft... tapi sekarang... saya hari-hari blog walking kat blog resepi. Especially blog Mat Gebu. Hari-hari tau... Dulu.... adalah jugak.... tak pernah! Heh! heh! heh!

Walaupun saya tak sempat bercraft sekarang ni.... tapi dalam setiap masakan saya, saya tetap terapkan unsur-unsur craft.... Percayalah sayang... Tak percaya, tengok gambar kat bawah ni.. ha ni salah satu projek seni yang dikongsikan bersama anak saya Iyddin... ok lah kan... kira ilham kreatif lah jugak ni kan. :) 







Sunday, December 2, 2012

Pre-Tempahan Corelle dibuka semula!

Assalamualaikum...

Pre-Order untuk Corelle, MIKASA, Corningware dibuka semula. 

 Dapatkan harga menarik untuk pembelian lebih 10 set.!
Pelbagai diskaun menarik yang dapat saya berikan kali ini sempena jualan musim Krismas di USA.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini ya.
Untuk maklumat lanjut klik blog baru saya dan sudi-sudikanlah follow ye. Tak mau beli pun follow je la ye.. :). Biasanya blog baru ada giveaway untuk follower kan.. Insyaallah.... dalam proses... Hokey ni blog baru saya... Tak mo kacau2 sangat blog Sanggar Ilham Kreatif ni...

Saturday, December 1, 2012

PERHATIAN UNTUK PENEMPAH BUKU THE BURDASTYLE SEWING HANDBOOK

Bagi pelanggan-pelanggan yang telah menempah buku THE BURDASTYLE SEWING HANDBOOK, buku anda akan diterbangkan ke tanah air Disember ni. Yeay!!! Dapat cepat jugak buku ni!!! Tak payah tunggu sampai Mac!!!

Bagi sesiapa yang masih berminat untuk dapatkan buku ni masih sempat tempah sekarang. Paling lewat 15 Disember ni ye sebab sudah tiada dalam stock saya dan saya kena order lain... :)




 

Shipping Pre-Order Corelle Diawalkan

Alhamdulillah, order pelanggan untuk Mac 2013 telah pun diawalkan. Insyaallah barang-barang ni dijangka sampai ke tangan pelanggan pada Januari atau Februari 2013. Suka tak? Yeay!!!! Jom cuci mata...


Lori yang menghantar Corelle  (Panjang sesangat... mcm la banyak sangat barang yang diorder tu...;P)




Pelabelan dan membuat anggaran shipping.



Lori yang mengangkut Corelle untuk shipping. (28/11/2012)


(hahaha... huru hara kan garaj rumah saya?)


Dan satu lagi berita baik pre-order untuk tempahan seterusnya dibuka kembali. Untuk maklumat lanjut layari laman web baru saya ni ye.... Sudi-sudikanlah memfollow blog baru saya ni juga ye... Adios!




Wednesday, October 31, 2012

BURDASTYLE SEWING HANDBOOK

Jom dapatkan buku ini. Sangat menarik dan berguna bagi yang gemar menjahit.!
  •  Sesuai untuk beginner.
  •  15 creative project beserta 5 master patterns.
  •  Untuk jahitan skirt, blouse, dress, coat dan bag 
  •  Hard cover (208 pages)

Setiap tempahan hendaklah di e-melkan ke alamat : aidamisdan@gmail.com. Sertakan nama, alamat, nombor telefon, Item yang dibeli, nombor dan tarikh bank in. No. akaun CIMB  : 01310030193528 (Aidah Misdan). 

Buku akan diperoleh pada Mac 2013.


THE BURDASTYLE SEWING HANDBOOK
by Nora Abousteit with Alison Kelly
RM150.00
RM130.00
(termasuk kos pos) 
OUT OF STOCK ! 
(SESIAPA YANG MASIH BERMINAT MASIH BOLEH PM SAYA UNTUK PEMBELIAN SETERUSNYA)
 
 

Monday, October 15, 2012

Maklumat Terkini Tempahan Corelle

Salam sayang untuk semua rakan pembaca dan pelanggan-pelanggan sekalian.

Untuk makluman semua harga Corelle saya akan berubah selepas 30 Oktober 2012 ye.

Jadi sesiapa yang nak buat tempahan tambahan atau baru nak tempah cepat-cepatlah order sebelum 30 Oktober ni ye. Memang tak akan menyesal beli pada harga sekarang ni!

Kalau tak... redha je lah ye dengan harga baru nanti :)

Ok. Bertindak cepat ye... Jangan tangguh-tangguh lagi.

Tempahan akan ditutup pada 30 Oktober 2012. Barang insyaallah akan diperoleh pada Mac 2013.
Deposit 50% daripada harga barang bagi setiap tempahan. Bayaran ansuran dibenarkan. Barang hanya akan diperoleh setelah bayaran penuh dibuat. Setiap tempahan hendaklah di e-melkan ke alamat : aidamisdan@gmail.com. Sertakan nama, alamat, nombor telefon, Item yang dibeli, nombor dan tarikh bank in. No. akaun CIMB  : 01310030193528 (Aidah Misdan). Harga barang tidak termasuk kos penghantaran. (Barang akan dipos dari Malaysia)



CORELLE SET MEMPHIS (16 pc)
RM200 


CORELLE SET COUNTRY COTTAGE (16 pc)
RM200


CORELLE SET CITY BLOCK (16 pc)
 RM200


CORELLE SET SPRING PINK (16 pc)
RM200


CORELLE SET SQUARED (16 pc)
RM200 


CORELLE SET BUTTERCUP (16 pc)
 RM345



 CORELLE SET KOBE (16 pc)
RM345 



 CORELLE SET HAPPY DAYS (16 pc)
RM345

 

CORELLE SET CAMELLIA (16 pc)
  RM345



CORELLE SET CHERRY BLOSSOM (16 pc)

  RM345


CORELLE SET IMPRESSION FREESIA (16 pc)
RM345 


CORELLE SET MANDARIN FLOWER (16 pc)
 
RM345



 CORELLE SET SCRIBBLE DOT (16 pc)
RM345



 CORELLE SET SHADOW IRIS (16 pc)
 RM345



 CORELLE SET TWILIGHT GROVE (16 pc)
  RM345



 CORELLE SET BAMBOO LEAF (16 pc)

RM345


CORELLE SET PRETTY PINK (16pc)
 RM345


CORELLE SET SIMPLE LINE SQUARE (16pc)
RM345


 CORELLE SET APRICOT GROVE (16pc)
 RM345


CORELLE SET CHOCOLATE MINT (16pc)
  RM345


CORELLE SET CITY GARDENS (16pc)

RM345 


CORELLE SET SPRING BLUE (16pc)
RM280



CORELLE SET COUNTOURS NEO (16pc)
 RM280



CORELLE SET FRIENDSHIP (16pc)
RM345

 
  CORELLE SET NOUVEAU (16pc)
  
RM345


CORELLE SET SECRET GARDENS (16pc)


 RM345


  
CORELLE SET URBAN BLACK (16pc)
RM345


Friday, October 12, 2012

Percutian Summer - The LAst Part

Niagara oh Niagara... Here we come!

Yeay!!! Akhirnya sampai jugak kat Niagara ni.

Sebenarnya minggu depan husband saya akan ke Niagara lagi. Kali ni dia nak bawak kawan dia dari MAlaysia yang akan sampai next week. My hubby tanya nak ikut tak pergi Niagara? Mula-mula tu cakap Nak! NAk! tapi setelah beberapa jam pikir balik... emmm... cuaca dah sejuk la.. macam malas nak pergi. Baby pun tak berapa sihat. So cakap balik kat suami, tak mau pergi...

Pagi-pagi lagi kami dah keluar dari hotel untuk ke lokasi kejadian.Walaupun matahari memancar terik, tapi rasa sejuk tu tetap sampai ke tulang hitam.

Setelah meletakkan kereta di kawasan meletak kereta Niagara dengan bayaran $10 kami pun mengatur langkah ke kawasan air terjun. Walaupun pagi tapi pengunjung dah ramai. Mungkin sebab weekend.

Lepas beli tiket kami pun memulakan pelayaran kami di Maid of the Mist. Setiap pengunjung diberikan sehelai baju hujan berwarna biru. BAby Aisyah pun dapat jugak. Disebabkan kami membawa stroller maka kami diberi laluan khas untuk memudahkan pergerakan kami. (Kiranya tak payah naik tangga la..) Cuma bila nak masuk ke dalam boat stroller dah tak boleh bawak. Sebabnya kalau nak bawak jugak tanggunglah sendiri kalau stroller tu basah.

Apabila ternampak saya membawa baby maka salah seorang pekerja di situ memberikan kami tips kedudukan di dalam boat supaya baby tak terlalu basah. Diorang ni memang agak prihatin dengan kanak-kanak kecil dan orang kurang upaya. Banyak kemudahan untuk mereka ni.

Bila dah naik boat apa lagi.. tergedik2 le si Iyddin sebab tak sabar nak tengok air terjun tu. Saya nak tergedik2 jugak tapi tak dapat nak buat macam tu sebab pegang baby. Agak sukar sebenarnya pegang baby dalam kedaan kedua-dua kami berbalut plastik.

Dalam boat mula-mula tu Aisyah diam je. sengih sana, sengih sini ... tapi bila baju dia basah kena percikan air terjun.. (basah sikit je pun kat lengan baju dia... terus menangis tak hengat... )

Jom layan gambar...