Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Wednesday, February 22, 2012

Menikmati Ais Krim di University Pennsylvania.


 Hujung minggu yang lalu saya sekali lagi berpeluang mengikut suami ke University Pennsylvania atas jemputan pelajar-pelajar Malaysia di situ yang mengadakan Malaysian Cultural Night.

Kali ni tak ikut jalan kampung sangat. Kami banyak melalui lebuh raya. Jadi tak banyak lah dapat tengok pemandangan ladang dan 'barn star'. Ladangnya tetap ada tetapi tidaklah secantik jalan dan pekan-pekan yang dilalui masa saya mula-mula ke Pennsylvania.

Kali ni kami bawa bekal nasi goreng, kuey tiaw goreng, ayam goreng tepung dan kentang goreng. Semuanya dimasak sebelum bertolak. (Rasanya kalau kat Malaysia saya tak delah nak masak-masak bawak bekal sebelum berjalan ni... Kat sini nak buek camno....dah terpaksa...)

Kami bertolak pukul 9 pagi. Sebelum ke Utara (arah Pennsylvania) kami sempat ke sebelah Selatan menghadiri jemputan ekspo Gem & Jewellery Show di Chantilly. Rugi kalau tak pergi sebab bila dah ada kad jemputan kita boleh masuk percuma. Tapi terhad kepada 2 orang saja. Kalau tak, bayaran masuk kena $8 seorang. Kami melilau kat situ dalam setengah jam saje. Rata-rata kebanyakan barang kemas yang dijual menggunakan emas 12 karat dan 14 karat. Tak sama dengan Malaysia kita banyak gunakan emas 18 -24 karat. Jadi emas kat sini kalau kita tengok tak berapa kuning sangat. (Memang citarasa orang Amerika la kot...) Harga memang ada murah la sikit berbanding beli di kedai dan pilihan pun lebih banyak. Boleh tawar menawar lagi...Bila dah dapat barang yang dihajati kami meneruskan perjalanan ke Pennsylvania (Pennstate). Perjalanan ke Pennstate mengambil masa lebih kurang empat jam.

Lebih kurang 2 jam dalam perjalanan kami pun mencari kawasan rehat untuk merehatkan diri, makan-makan dan memenuhi hajat semula jadi. ;p. Kali ni kami singgah di South Mountain dalam kawasan Middletown.









Bila perut dah kenyang, kami sambung balik perjalanan kami. Jom cuci mata tengok pemandangan sepanjang jalan...

Kawasan ladang lembu.


Salji yang melitupi beberapa kawasan sepanjang perjalanan. Cantik sangat!



Yang ni siapa yang ada main Farm Ville mesti tau kan! Ya.. betul... silo. Silo ni digunakan untuk menyimpan hasil tuaian para petani. Saya pun tak pernah pergi dekat-dekat tengok silo ni. Tengok dari jauh aje.

Yeay dah sampai Pennsylvania!!!

Ni hotel tempat kami menginap. Hampton Inn ni letaknya di Lamar. Memang setiap kali kami kemana-mana kami pilih Hampton Inn sebab harganya yang ok, ada sarapan pagi dan wifi percuma. Cadarnya memang saya puji sangat bersih. Tak macam sesetengah hotel di Malaysia, bahagian atas cadar tu (blanket) selalu tak ditukar. Macam-macam warna (paham-paham je la) kita bole tengok kat lapis bawah cadar tu. Tak percaya lepas ni cek ye... (Sebab saya dah banyak kali terkena...)

Antara pemandangan yang menarik di sekitar Lamar, Pennsylvania.

Kami tiba di hotel ni lebih kurang jam 4.30 petang. Majlis bersama pelajar pada jam 6.00 petang (kalau kat sini malam.) Lepas bersiap-siap lebih kurang setengah jam, (tukar pakaian, solat dsb) kami meneruskan perjalanan ke University Pennsylvania. Untuk sampai ke University ni ambik masa setengah jam jugak lagi. kali ni perjalanan kami beriringan dengan keluarga salah seorang Pegawai MARA yang turut menginap di hotel yang sama untuk tujuan yang sama.

Sampai di University Pennsylvania kami menghadapi sedikit masalah untuk menuju ke lokasi yang tepat. Terpusing-pusing la jugak. Namun dengan kegigihan dan kecekalan... Chewah! kami sampai di tempat yang dituju.... Keluar je kereta... mak aiiii... sejukkkkkknyaaaaaa!!!!!!!!! Rasa macam nak berlari je masuk dalam bangunan. Tapi tak bole le buat camtu kan... Sebab... saya tak tau nak masuk lalu pintu yang mana... bangunan yang mana... jadi kena lah ikut student yang guide kami...

Jom kita tengok majlis anjuran student Malaysia kat sini. Saya memang puji kegigihan pelajar-pelajar ni. Hubungan dan kerjasama sesama mereka tanpa mengira kaum amat dipuji. Tiket sold out tau! Tak semua tempat student Malaysia sanggup buat acara sebesar ini untuk memperkenalkan Malaysia. Ini semua atas inisiatif mereka sendiri. Tahniah pelajar-pelajar Malaysia di University Pennsylvania!!!!






















Eiii... mana cerita ais krimnya pulak ni?

Hahaha... hampir terlupa pulak.

University Pennsylvania ni terkenal dengan ais krim buatan mereka sendiri. Fakulti Sains Pemakanan mereka telah mempopularkan ais krim ciptaan mereka ni ke serata tempat. Selepas habis majlis bersama pelajar pada malam tu kami sempat singgah di kedai ais krim mereka. Tapi malangnya terlupa bawa kamera. Walaupun  sangat sejuk tapi manusia yang datang menikmati ais krim tetap ramai. (termasuk le kami..)Tak putus-putus. Kalau sebelah siang barisan manusia yang berbaris untuk membeli ais krim ni sangat panjang. Sampai ke luar kedai. Malam ni makan-makan je. Esoknya kami datang lagi sebab nak bawa balik ais krim ni sebab ada kawan-kawan yang kirim. Kalau kita nak bawa balik ais krim ni, mereka ada sediakan perkhidmatan untuk membungkus ais krim ni dalam beg khas yang diisi dengan ais kering. Tahan la 12 jam. Jom tengok gambar ais krim University Pennstate. (Gambar-gambar ni ada yang saya ambil kat internet je)








Kalau makan ais krim ni kat Malaysia rasanya lagi puas hati. Sesuai dengan cuaca kita yang panas tu kan...

Ok lah sampai kat sini dulu cerita saya di Pennsylvania. Esoknya saya ke Lancaster pula. Saya akan ceritakan tentang pengalaman saya di Lancaster pulak  lepas ni. Insyaallah...





No comments: