Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Wednesday, February 22, 2012

Perjalanan Hari Kedua : Pennsylvania ke Lancaster

Kami check-out dari hotel di Lamar Pennsylvania lebih kurang jam lapan pagi.

Hari ni cadangnya nak ke bandar Lancaster. Bandar yang terkenal dengan outlet membeli-belah.

Perjalanan ke Lancaster dari sini sebenarnya mengambil masa 2 jam sahaja.

Sebelum ke Lancaster kami berpatah balik ke Pennstate University untuk membeli ais krim yang dikirim oleh teman-teman. Pergi dan balik gitu gini dari Pennstate University dah ambil masa sejam. Jadi kami jangka akan tiba di Lancaster lebih kurang jam 12.00 tengah hari.

Dalam perjalanan tiba-tiba kami ternampak kawasan ini....


Teruja dengan pemandangan tersebut dan kebetulan kami pun memang lalu maka terpaksalah kami singgah kat tempat ni...hihihi... Ooooo... nama tempat ni Tussey Mountain rupenye...








Tak main apa-apa pun kat tempat ni. Saje je jalan-jalan tengok orang belajar main ski sambil tu snap-snap gambar. Lepas tu kami sambung balik perjalanan kami. Kali tengok kat GPS waktu kami sampai di Lancaster dah jadi pukul 1 lebih. OK... teruskan perjalanan...

Tiba-tiba tak sampai 10 minit perjalanan... Oooppss ada sesuatu lagi yang menarik perhatian suami saya. 





Dah namanya orang lelaki kan... Memang le teramat minat kat kuda besi ni. Maka kami pun singgahlah kat tempat ni.

Kali ni saya duduk dalam kereta je. Dua beranak ni je yang turun. 















Dah puas cuci mata kat outlet Harley-Davidson kami sambung balik perjalanan kami. Lepas ni kami dah tak singgah mana-mana dah. Singgah stesyen minyak je sebab nak pergi tandas dan isi minyak. Akhirnya kami sampai kat downtown Lancaster lebih kurang jam 3.30 petang. Perut pun dah berkeroncong sejak tadi. Jadi terus cari restoran halal. Survey kat internet dapatlah nama satu restoran ni. Restoran Crown.





Masa makan suami bagitau yang dia bercadang nak ambik cuti esoknya. Jadi dia tanya pendapat saya. Saya rasa ok je sebab kami tiba di Lancaster pun dah petang sangat. Kami selesai makan je dah pukul 4.30 petang. Semua outlet tutup jam 5.00 petang sebab hari Ahad. Jadi tak dapat kemana-mana pun kami hari tu di Lancaster. Setelah bermesej dengan bos dan cuti dia diluluskan maka bermalamlah kami satu malam di Lancaster.... 

Untuk menceritakan aktiviti kami di Lancaster keesokannya akan saya sambung dalam entry seterusnya ye. Kain sulaman saya dah menyeru-nyeru untuk disulam... hehehe... rehat jap... Wassalammm... :)



 

2 comments:

cikwawi said...

ASKM Aunty, ni Yaya ni.. Yaya nak tanya kat amerika tu best sangat ke? aunty kirim salam dekat Iyddin ye. Yaya rindukan aunty dengan Iyddin.

...aida... said...

Yaya, best tau duduk kat sini. Cuma kadang2 kalau sejuk sangat rasa nak balik Malaysia je. Aunty dengan Iyddin rindu jugak kat Yaya, Haikal n Hada. Nak kirim apa2 tak sebelum aunty balik ni?