Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Sunday, April 29, 2012

Gara-Gara Fillet Talapia....

Sejak berhijrah ke US ni saya tak pernah lagi memandu.

Kalau diikutkan saya adalah pemandu tegar di Malaysia yang sangat suka melancong dan melencong dan yang paling penting memandu sendiri.

Tak kiralah, sesat ke hapa ku redah saja.... Saman? (Hampir tiap-tiap tahun ada...) tapi saya panggil saman bodoh je la sebab kena saman memandu 94km sejam... salah tempat parking... emmm jenis-jenis tu je la kot. Sebab saya ni pemandu berhemah tau sebenarnya....

Tapi kenapa kat sini tiba-tiba tak mo drive? Takut ke drive kat sini? Kereta tak power ke? Gayat ke drive lefthanded?

Bukan... bukan... bukan...

Bukan itu masalah diriku....

Masalahnya, (psst.... segan nak cakap... saya tak pandai bawak kereta auto....) hua hua hua... Semua orang kata... Ya Allah... kereta autola yang paling senang nak dipandu...

Betullah tu.... tapi... saya tak pernah cuba lagi.. Nak belajar sendiri takut eksiden kereta Murano suamiku tu... tak ke merana dibuatnya... So saya ambil jalan selamat... dok rumah diam-diam.

Barang dapur habis ku gesa jugak suamiku pergi ke Asian market kat sini. Jadi sebab tu lah dalam peti sejuk tu sentiasa ada standby stok kecemasan macam jenis-jenis fillet ikan ni.

Ok sebenarnya nak cerita tentang kes baru-baru ni yang agak menakutkan... (Sebenarnya saya rasa lawak... tapi suami saya kata INI BUKAN MAIN-MAIN! JANGAN GELAK-GELAK!) Huh! Serius...

Minggu lepas suami saya ke Ohio... Sudah tentu dalam keadaan sekarang saya tak mau ikut dia ke tempat-tempat yang jauh... Dalam masa yang sama stok telur kat rumah sudah habis... Anak saya feveret dia telur aje.  Hari-hari telur! Sarapan nasi goreng telur, bekal roti telur, nanti balik sekolah makan nasi + telur lagi.

Jadi bila dia balik dari sekolah saya cuba lah masakkan dia fillet talapia. Fillet ikan ni dia bole masuk lagi la sebab tak de tulang... Selama ni saya goreng fillet tu tapi hasilnya tak berapa menarik sebab fillet yang bersalut dengan bread crumb tu cepat hangit walaupun menggunakan api yang perlahan. Bila saya baca betul-betul arahan kat bungkusan fillet tu rupa-rupanya fillet tu sesuai dipanggang di dalam oven.

Maka dengan dengan bersemangatnya saya pun cubalah panggang dalam oven.... Arahan tu kata suhu 450 dan panggang 20 - 22 minit. Saya masukkan dalam loyang dan saya masukkan jugak sedikit minyak. Tak sampai 20 minit memanggang saya rasa dalam 15 minit aje kot saya panggang saya bukak la oven untuk periksa fillet ikan tu... Memang cantik.... tak hangit pun... tapi ..... tiba-tiba.....

Tit..tit..tit... tit.. tit.. tit...

Penggera kebakaran rumahku berbunyi....

Dan lebih menyaspenkan saya dan dan tu jugak siren bomba yang berdekatan berbunyi...

Ah sudah! Apa dah jadi ni?

Saya terus buka pintu beranda supaya asap keluar. (Sebenarnya saya tak nampak asap pun) Agaknya haba fillet ikan yang dipanggang tu mengaktifkan alat penggera kebakaran. Kat dapur rumah ni memang ada dua sensor kebakaran.

Tapi Alhamulillah.... penggera tu berbunyi tak lama... adalah dalam 15 saat... dan.. bomba tu pun bukan ke rumah saya. Kalau tak, tak pasal-pasal kena bayar perkhidmatan diorang datang ke rumah.

Disebabkan peristiwa ni saya kena lebih berhati-hati bila memasak kat dapur omputeh ni... Bila saya periksa rupa-rupanya memang setiap ruang kat rumah ni ada dua alat sensor kebakaran. Selama ni saya tak pernah ambik tau pun. Apepun yang bagusnya sekarang saya tahu sensor-sensor ni sangat efisyen... dan bagus sebenarnya untuk keselamatan....


(Gambar daripada internet....)



Thursday, April 12, 2012

Wow! Bersemangat Nak Balik!

 
Ni lah sebahagian barang-barang yang diorder dan barang sendiri yang nak dibawa balik.

Dah sampai ke bumbung cik hubby menyusunnya.

Itupun banyak lagi set corelle yang diorder belum sempat dibeli. Nak kumpul sekaligus sampai hujung April ni so tak payah pergi outlet 2 - 3 kali. (Kebetulan suami pun agak sibuk bulan ni dan bulan depan)

Bagi yang order beg tangan coach dan Fossil tu pun Insyaallah saya akan usahakan beli masa sale. Jadi bole dapat murah sikit.

Bagi rakan-rakan dan pembaca blog yang berminat jangan lambat order ye sebab masa makin suntuk.

Insyaallah harga yang saya tawarkan terendah di pasaran setakat ini.

Rebutlah peluang ni ye. Sebab lepas ni bila dah balik Malaysia saya dah tak jual Corelle lagi.

Oppss... sebelum terlupa, sesiapa yang menetap di sekitar Putrajaya, Sri Kembangan dan di sekelilingnya tu boleh pick up sendiri bila barang dah sampai. Begitu juga Kluang, Parit Raja dan Batu Pahat. Jadi tak payah pakai pos. (Alamat saya akan maklumkan bila saya dah ada kat Malaysia ye. Sebab sekarang ni belum confirm lagi lokasi posting.)

Tarikh balik saya sepatutnya 16 Jun ni. Tapi kami tangguh sampai Julai sebab masa tu saya tengah berpantang. Kebetulan tarikh jangkaan bersalin saya pun 16 Jun ni jugak. Huhuhu... haru... Jadi setelah berbincang dengan doktor tarikh bersalin saya akan dicepatkan awal Jun. (Induce la...) Nak buat macam mana kan.... Apa pun doakanlah saya dan baby selamat ye...


Wednesday, April 11, 2012

Progress Sulam Blanket

Yeay!!! Belum Siap!!! :p Hehehe..

Tah hape-hape je kan....

Sikit jer lagi.... Insyaallah seminggu dua ni siap la....




Berhujung Minggu di Philadelphia

Alhamdulillah... kali kedua dapat ke Philadelphia. (Juga dikenali sebagai Phillies). Kali pertama semasa menemani suami menghantar student balik daripada mesyuarat tengah-tengah malam buta. Masa tu sampai di Phillies ni lebih kurang jam 12.30 malam. Itupun sudah cukup mengujakan dan menggamit saya untuk datang lagi ke kota yang sangat indah ini.

Yeaaaay... kali ni saya datang lagi! Juga bukan datang untuk berjalan-jalan semata-mata tetapi mengikut suami saya yang bertugas di sini bermula dari hari Jumaat hingga Ahad. Jadinya, masa untuk berjalan-jalan cuma ada selepas tengah hari Ahad.... Hari Sabtu tu saya duduk kat hotel je. Ada la keluar sekejap tengah hari tu cari 7 eleven sebab teringin nak minum slurpy. Saya google sikit kat internet cari lokasi 7 eleven lepas tu keluar jalan kaki berdua dengan anak saya. Dekat je. Dalam 4 minit dah sampai dah.

Sebelum tu rakan saya Nazlyn ada juga ajak keluar. Tapi masa dia call tu saya baru tertidur sebab ngantuk sangat menyiapkan sulaman saya. Jadi saya tolak le pelawaan dia... rugi... rugi.... Jadi Nazlyn keluar dengan kak Norly je. Oooo... lupa nak bagi tau.. selain saya.. ada la jugak beberapa rakan dari embassy yang ikut  suami masing-masing ke sini. Masa nak ke Phillies ni kami bersaing-saing dengan Kak Norly tapi terpisah di Highway sebab banyak sangat kenderaan. Kebetulan hujung minggu ni ada sambutan Easter Day + Cuti sekolah.

Sambil-sambil tu Nazlyn pun ada roger-roger jugak tanya kami dah sampai mana? Sebab dia pun menginap di hotel yang sama. Bila di tanya tak tau nak jawab lokasi kat mana sebab kami dah keluar highway tu awal-awal ikut jalan luar. (Disebabkan ini juga saya amat rindukan HP Blackberry saya... huhuhu) Kalau guna BB kita terus bole tau lokasi kita kan. Tapi sekarang saya guna iPhone. Orang kata lebih best, tapi saya lebih suka BB. Cuma kelemahan BB ni bila nak sms leceh... kecik.... (Emmm... saya tak cerita kes BB saya ye sebelum ni di blog. BB saya terendam dalam air F&N oren yang tertumpah dalam handbag Fossil saya masa di Amish Village. Hampir pitam saya dibuatnya... Jahanam saya punya HP dan HB huhuhu... Sedey sangat.) Handbag saya takde lah rosak... tapi dah tak best la kan... dah tertumpah air oren....

Ok... dah le tu... kita sambung cerita tentang Phillies ni ye... Kota Phillies ni sebenarnya menyimpan sejarah yang cukup besar untuk negara Amerika ni. Di sinilah sebenarnya draf untuk deklarasi kemerdekaan negara ini digubal. Deklarasi ini ditandatangani di City's Independence Hall. Hampir sedekad lamanya Phillies menjadi pusat pentadbiran negara USA sebelum dipindahkan ke Washington DC apabila bangunan Capitol di DC dibuka.

Menelusuri bandar Philadelphia kita akan menyaksikan  Fakulti-Fakulti Universiti di kiri dan kanan jalan.  Menurut suami saya terdapat 4 buah universiti ternama berpusat di bandar Phillies ni selain universiti sampingan yang lain. Jadi, kebanyakan penghuni kota Phillies ni ialah student. Dan apa yang menarik di kota Phillies ni kita senang nak cari restoran makanan halal. Banyak sangat!

Kesempatan yang sangat terhad pada hari Ahad tu kami gunakan dengan sebaik-baiknya untuk berjalan-jalan di sekitar kota Phillies. Antara tempat yang kami pergi ialah ke Liberty Bell. Kami ke tempat ni bukan nak menyaksikan loceng yang bersejarah tu tapi sebab nak naik kereta kuda.... hehehe. Makyong ni mengidam nak naik kereta kuda.... Dengan bayaran sebanyak USD30 untuk 20 minit kami dibawa mengelilingi beberapa lokasi bersejarah di Phillies. Best sangat! Lepas naik kereta kuda kami duduk-duduk makan  di Independence National Historical Park.

Lepas tu kami pergi ke lokasi seterusnya iaitu Philadelphia Museum of Art. Pun begitu objektif kami ke sini bukan nak menyaksikan art. Tapi nak tengok lokasi penggambaran cerita Rocky. Pernah tak tengok cerita Rocky? Ala... yang bintang utamanya tu Sylvester Stallone. Cerita Rocky ni mengisahkan tentang kisah benar peninju terkenal Rocky Balboa yang pernah menjadi juara tinju heavyweight dunia. Kami sekadar duduk-duduk di luar muzium sambil menyaksikan panorama kota Phillies. Budak-budak kecik ni pulak sibuk berkejar-kejaran kat tepi air pancut. Diorang ni seronok sangat sebab bila angin kuat bertiup air pancut ni kena kat diorang.

Masa kat lokasi terakhir ni jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang. Emmm... masa untuk berangkat pulang ke DC. Sebenarnya ada satu lokasi yang sepatutnya kami pergi iaitu ke Longwood Garden. Taman bunga yang penuh dengan bunga. Dikatakan tempat ni sangat cantik! Tapi apakan daya... masa tak ada... Insyaallah suatu hari nanti kalau diizinkan -Nya saya akan ke tempat ini juga. 

Ok... sekarang cuci mata la ye dengan gambar-gambar kami di Phillies.





 Bergambar dengan kuda yang membawa kami mengelilingi bandar Phillies.
Popular rupanya kuda ni. Nama kuda ni 'Dutch'. Baru berusia 8 tahun.
Menurut pemiliknya this is the heaviest horse in the town. Wow!
Jadi setiap kali kami berselisih dengan kereta kuda yang lain mesti terdengar 
pemandu pelancong menyebut tentang kuda kami ni. Cheh! kuda kami konon... perasannnn... hehehhe