Alhamdulillah... kali kedua dapat ke Philadelphia. (Juga dikenali sebagai Phillies). Kali pertama semasa menemani suami menghantar student balik daripada mesyuarat tengah-tengah malam buta. Masa tu sampai di Phillies ni lebih kurang jam 12.30 malam. Itupun sudah cukup mengujakan dan menggamit saya untuk datang lagi ke kota yang sangat indah ini.
Yeaaaay... kali ni saya datang lagi! Juga bukan datang untuk berjalan-jalan semata-mata tetapi mengikut suami saya yang bertugas di sini bermula dari hari Jumaat hingga Ahad. Jadinya, masa untuk berjalan-jalan cuma ada selepas tengah hari Ahad.... Hari Sabtu tu saya duduk kat hotel je. Ada la keluar sekejap tengah hari tu cari 7 eleven sebab teringin nak minum slurpy. Saya google sikit kat internet cari lokasi 7 eleven lepas tu keluar jalan kaki berdua dengan anak saya. Dekat je. Dalam 4 minit dah sampai dah.
Sebelum tu rakan saya Nazlyn ada juga ajak keluar. Tapi masa dia call tu saya baru tertidur sebab ngantuk sangat menyiapkan sulaman saya. Jadi saya tolak le pelawaan dia... rugi... rugi.... Jadi Nazlyn keluar dengan kak Norly je. Oooo... lupa nak bagi tau.. selain saya.. ada la jugak beberapa rakan dari embassy yang ikut suami masing-masing ke sini. Masa nak ke Phillies ni kami bersaing-saing dengan Kak Norly tapi terpisah di Highway sebab banyak sangat kenderaan. Kebetulan hujung minggu ni ada sambutan Easter Day + Cuti sekolah.
Sambil-sambil tu Nazlyn pun ada roger-roger jugak tanya kami dah sampai mana? Sebab dia pun menginap di hotel yang sama. Bila di tanya tak tau nak jawab lokasi kat mana sebab kami dah keluar highway tu awal-awal ikut jalan luar. (Disebabkan ini juga saya amat rindukan HP Blackberry saya... huhuhu) Kalau guna BB kita terus bole tau lokasi kita kan. Tapi sekarang saya guna iPhone. Orang kata lebih best, tapi saya lebih suka BB. Cuma kelemahan BB ni bila nak sms leceh... kecik.... (Emmm... saya tak cerita kes BB saya ye sebelum ni di blog. BB saya terendam dalam air F&N oren yang tertumpah dalam handbag Fossil saya masa di Amish Village. Hampir pitam saya dibuatnya... Jahanam saya punya HP dan HB huhuhu... Sedey sangat.) Handbag saya takde lah rosak... tapi dah tak best la kan... dah tertumpah air oren....
Ok... dah le tu... kita sambung cerita tentang Phillies ni ye... Kota Phillies ni sebenarnya menyimpan sejarah yang cukup besar untuk negara Amerika ni. Di sinilah sebenarnya draf untuk deklarasi kemerdekaan negara ini digubal. Deklarasi ini ditandatangani di City's Independence Hall. Hampir sedekad lamanya Phillies menjadi pusat pentadbiran negara USA sebelum dipindahkan ke Washington DC apabila bangunan Capitol di DC dibuka.
Menelusuri bandar Philadelphia kita akan menyaksikan Fakulti-Fakulti Universiti di kiri dan kanan jalan. Menurut suami saya terdapat 4 buah universiti ternama berpusat di bandar Phillies ni selain universiti sampingan yang lain. Jadi, kebanyakan penghuni kota Phillies ni ialah student. Dan apa yang menarik di kota Phillies ni kita senang nak cari restoran makanan halal. Banyak sangat!
Kesempatan yang sangat terhad pada hari Ahad tu kami gunakan dengan sebaik-baiknya untuk berjalan-jalan di sekitar kota Phillies. Antara tempat yang kami pergi ialah ke Liberty Bell. Kami ke tempat ni bukan nak menyaksikan loceng yang bersejarah tu tapi sebab nak naik kereta kuda.... hehehe. Makyong ni mengidam nak naik kereta kuda.... Dengan bayaran sebanyak USD30 untuk 20 minit kami dibawa mengelilingi beberapa lokasi bersejarah di Phillies. Best sangat! Lepas naik kereta kuda kami duduk-duduk makan di Independence National Historical Park.
Lepas tu kami pergi ke lokasi seterusnya iaitu Philadelphia Museum of Art. Pun begitu objektif kami ke sini bukan nak menyaksikan art. Tapi nak tengok lokasi penggambaran cerita Rocky. Pernah tak tengok cerita Rocky? Ala... yang bintang utamanya tu Sylvester Stallone. Cerita Rocky ni mengisahkan tentang kisah benar peninju terkenal Rocky Balboa yang pernah menjadi juara tinju heavyweight dunia. Kami sekadar duduk-duduk di luar muzium sambil menyaksikan panorama kota Phillies. Budak-budak kecik ni pulak sibuk berkejar-kejaran kat tepi air pancut. Diorang ni seronok sangat sebab bila angin kuat bertiup air pancut ni kena kat diorang.
Masa kat lokasi terakhir ni jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang. Emmm... masa untuk berangkat pulang ke DC. Sebenarnya ada satu lokasi yang sepatutnya kami pergi iaitu ke Longwood Garden. Taman bunga yang penuh dengan bunga. Dikatakan tempat ni sangat cantik! Tapi apakan daya... masa tak ada... Insyaallah suatu hari nanti kalau diizinkan -Nya saya akan ke tempat ini juga.
Ok... sekarang cuci mata la ye dengan gambar-gambar kami di Phillies.
Bergambar dengan kuda yang membawa kami mengelilingi bandar Phillies.
Popular rupanya kuda ni. Nama kuda ni 'Dutch'. Baru berusia 8 tahun.
Menurut pemiliknya this is the heaviest horse in the town. Wow!
Jadi setiap kali kami berselisih dengan kereta kuda yang lain mesti terdengar
pemandu pelancong menyebut tentang kuda kami ni. Cheh! kuda kami konon... perasannnn... hehehhe
2 comments:
idyin mmg betul2 mcm pelakon korea tu.. huhuuu..
Hahaha... korean boy. Tu gelaran Iyddin masa kat Mekah tu..
Post a Comment