Sanggar Persahabatan

JOM SHOPPING DI KEDAI SAYA!!

Kongsi Cerita

get this widget here

Thursday, October 31, 2013

Our Mujahid Ahmed Al-Amin

Masih dalam mood bercerita tentang ahli keluarga baru keluarga kami.

Pertama kali melahirkan bayi pramatang. (29 minggu)


Lahir pada 3 Julai 2013 dengan berat 1.44kg.

Pertama kali menjalani pembedahan Caeserean.

43 hari Amin di wad. Hari yang ke-28 baru saya dapat mendakap tubuhnya yang mungil.

Betapa sebelum itu saya menangis setiap kali datang melawat Amin.

Anak yang sudah lama dilahirkan tetapi ketika itu  tidak dapat dirangkul apatah lagi  dicium.



Hanya dua tangan ini yang mampu mengusap dan membelai dirinya yang masih lemah di dalam inkubator.

Ku tabahkan hati ini dengan sentiasa memberikan kata-kata perangsang untuk Amin. Berdoa saban waktu. Menitip bacaan Yaasin di dalam hati setiap hari terutama semasa suamiku bangun solat malam mendoakan dirinya.

Tiga kali kami terpaksa bergegas ke hospital setelah dihubungi jururawat kerana Amin kekurangan darah. Amin memerlukan darah saya. Pada masa ni hidup saya memang tidak tenteram kerana bimbangkan dirinya di hospital. Apatah lagi doktor pun tidak dapat memberi apa-apa jaminan yang meyakinkan.

Ujian datang lagi. Seminggu Amin dikuarantin kerana disyaki terkena jangkitan kuman.

Pada masa tu kami hanya boleh menyentuhnya dengan menggunakan glove. Kami terpaksa berpakaian lengkap dengan penutup muka dan baju plastik khas. Kawalannya sangat ketat. Masa ni cemburunya melihat ibu bapa lain bersama bayi masing-masing. Namun Alhamdulillah, akhirnya ujian menunjukkan Amin bebas jangkitan.

Disebabkan suami saya bekerja di tempat yang jauh, kami hanya berpeluang melawat Amin pada awal subuh dan malam. Kecuali hari Sabtu dan Ahad. Oleh itu, saya meminta izin suami untuk memandu  sendiri ke hospital semata-mata untuk memberikan kata-kata semangat untuk Amin. Supaya Amin kuat dan terus bertahan.

Mulanya suami saya tak benarkan sebab luka pembedahan saya masih belum sembuh. Namun akhirnya dia terpaksa mengalah dan membenarkan saya memandu memandangkan banyak keperluan yang memerlukan saya berurusan dengan Amin di hospital. Memang sakit... Tapi demi Amin, saya redah jugak.

Hari pertama saya memandu ke hospital saya telah ditahan oleh JPJ. Kebetulan lesen saya sudah sebulan mati rupa-rupanya... Saya tak perasan... saya baru balik ke Malaysia dan saya sangat sibuk menguruskan kerja dan bermacam-macam hal. Saya di saman... Saya tak ada mood nak merayu masa tu. Sebab mood saya sudah bercampur baur dengan kesihatan diri saya dan Amin serta anak yang ditinggalkan bersama kakak di rumah. Tak pelah, memang salah saya.

Suatu malam selepas usai suami saya solat tarawikh seperti biasa kami ke hospital. Tiba-tiba seorang nurse datang dan meminta saya menyusukan Amin, menggigil tubuh saya. Rasa seperti mimpi. Memang itu saat yang saya  dambakan selama ini. Dan saat itu berlaku tiba-tiba. Seronoknya Ya Allah... Saya berseorangan saat itu. Suami saya di bawah melayan kakak Amin,  Aisyah Humaira. Aisyah tak boleh masuk ke wad NICU. Selama itu jugalah dia tidak tahu yang dia sudah beradik.

Amin memang mujahid yang hebat. Amin terus pandai menyusu. Saya rangkul tubuhnya erat-erat. Usai sahaja Amin menyusu saya cium dirinya puas-puas... Subhanallah... saat itu memang sangat indah. Saya keluar dari wad NICU dengan senyuman yang tidak dapat dilekangkan dari bibir. Berita gembira itu kusampaikan kepada suami. Masa ni saya mengangis juga. Tapi lebih kepada tangisan terharu dan gembira.


Lepas ni saya akan ceritakan pengalaman mengejar waktu menyusukan Amin di hospital dan 'kembar" Amin pula ye. Tak dapat sambung sekarang sebab baby Amin dah bangun nak menyusu. Insyaallah jumpa lagi nanti ye. Assalamualaikum.


Thursday, October 17, 2013

Kisah Lama Menyepi...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Nerves jugak nak tulis blog kali ni. Lama tak menulis, takut format untuk blogger dah berubah. Alhamdulillah masih sama... Lama kan saya tak update blog? Laaammaaaa sangat... Macam-macam-macam cerita ada dalam tempoh yang sangat lama ni.

Mula-mula nak bagi tau, saya sudah berada di tanah air sekarang. Sejak pertengahan Mei yang lalu. Sebaik saja touch down bumi Malaya ni saya melapor diri untuk bertugas semula di Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Suami saya posting di Tangkak. Tapi saya paling dekat pihak JPNJ bagi di Parit Sulong Batu Pahat. Kisahnya sebenarnya seperti saya balik kampung saya sungguh la ni. Masalah besarnya di sini ialah tempat posting kami yang berjauhan di samping tiada tempat penginapan yang sesuai. Rumah ada, tapi rumah nenek yang sudah ditinggalkan sejak tahun 2007. Boleh bayangkan kan macamana?

Jenuh kami mencari rumah sewa di sekitar pekan Parit Sulong tapi eemmm... Ada.. tapi rasanya rumah-rumah yang ada sangat tidak selesa dan sesuai untuk kami. Bukan terlalu memilih, tetapi biarlah selesakan... Kebanyakan rumah sewa yang ada di sini. dua bilik. Biliknya bila bubuh tilam double tu dah penuh seluruh bilik. Satu lagi bilik of cos la kecik lagi dari bilik mula-mula tu. Tak boleh bernafas saya dalam rumah yang sempit macam tu...

Dengan Aisyah yang sedang membesar dan lasak, saya perlukan rumah yang lebih luas dan selesa. Rumah nenek memang sangat besar. Tapi sudah rosak banyak di sana sini. Juga boleh dikategorikan kurang selesa dan kurang selamat untuk kami duduki. Memandangkan kami belum mempunyai rumah, saya menyambung cuti tanpa gaji saya lagi sehingga cuti pertengahan tahun. Cari punya cari rumah akhirnya kami buat keputusan tinggal di rumah nenek. Masa ni baby sitter pun dah dapat kat sini.

Hari pertama datang bertugas saya ditugaskan pada sesi pagi. Esoknya pulak sesi petang. Lepas tu GPK tukar balik sesi pagi. Mula-mula saya mengajar menengah rendah. (dua tiga hari )Lepas tu tingkatan enam (seminggu kot...) dan akhir sekali tingkatan 4 (tak sampai seminggu...) Lepas tu saya terpaksa cuti semula. Sebab apa? Sebab saya bleeding... Oppss lupa nak bagi tau saya pregnant sebenarnya. Dan dijangka bersalin pertengahan bulan September.

Bila bleeding saya di tahan di wad tiga hari. Lepas tu saya disuruh balik tanpa diberikan cuti oleh pihak hosp. Pelik jugak kan. Macamana saya nak pergi kerja dalam keadaan macam ni? Jadi keluar dari Hosp saya terus ke Klinik Kesihatan Parit Sulong. KK Parit Sulong beri cuti seminggu. Tak sampai seminggu, tiga hari selepas tu bleeding saya makin teruk. Saya call husband saya di Tangkak untuk bawa saya ke hospital tengah hari tu. Petang tu keadaan saya makin kronik. Setiap pergerakan saya akan menyebabkan darah keluar tanpa henti. Jadi saya cuma mampu baring diam-diam dan berdoa supaya kandungan saya selamat. Masa ni kandungan saya cukup-cukup 29 minggu.

Malam tu doktor kata dia sudah tidak boleh tunggu lagi sebab saya sudah kehilangan terlalu banyak darah. Lebih kurang 2.5 liter (gitulah katanya...) Jadi saya perlu segera dioperate bagi menyelamatkan nyawa saya. Dan dr beritahu risiko yang mungkin saya dan baby akan hadapi. Dalam keadaan macam ni saya cuma pasrah. Dan menyerahkan diri saya dan baby sepenuhnya pada Allah.

Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. Tepat jam 10.37 malam pada tarikh 3 Julai yang lalu saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Tetapi baby saya sangat kecil. Beratnya cuma 1.44kg. Jadi baby saya di tempatkan di dalam incubator di NICU. Selama 43 hari saya dan suami berulang alik ke hospital untuk menghantar susu dan memberikan kata-kata semangat untuk baby kami supaya kuat dan terus bertahan. Akhirnya bila berat baby dan cecah 1.8kg, baby kami dibenarkan pulang. (Masa ni raya hari ke-8)

Dalam gembira ada sedihnya sebab ayah saya tidak sempat melihat cucunya yang seorang ni. Pada 10 Ramadhan yang lalu ayah saya telah kembali ke Rahmatullah kerana sakit tua. Emosi saya sangat terganggu masa ni. Macam-macam hal yang berlaku kan. Tapi saya bersyukur sangat sebab sempat jumpa arwah abah. Kalau saya masih di Amerika memang saya tidak berpeluang menemui arwah.

Dan sehingga saat entry ni di tulis saya masih bercuti lagi. Cuti bersalin dah habis. Saya ambil cuti menjaga anak sampai hujung tahun ni. Baby saya terlalu kecil untuk diserahkan kepada orang lain untuk dijaga. Saya tak sanggup nak lepaskan dia dulu. Tunggulah baby besar sikit kan... sekarang ni beratnya dah hampir 3kg. Kalau ikut umur sepatutnya baru sebulan walaupun sudah 3 bulan lahir..

Jom berkenalan dengan mujahid baru keluarga kami Ahmed Al-Amin bin Abd Rahim. semoga menjadi anak yang soleh, dan terus membesar dengan sihat dan sempurna Insya-Allah...










Thursday, March 7, 2013

Corelle Dah Sampai

Assalamualaikum...

Nak maklumkan kepada pelanggan-pelanggan saya barang-barang tempahan untuk bulan Mac dah sampai ye. Sesiapa yang saya  belum hubungi sila hubungi saya semula untuk mendapatkan barang-barang tempahan anda. 

Sekian, harap maklum.

Friday, January 11, 2013

Harapan....

Melalui detik-detik menjadi perantau yang semakin ke penghujungnya menjadikan diriku semakin terdesak. Terdesak dengan penantian yang penuh penyiksaan. Ibarat menanti kekasih hati yang tak kunjung pasti... Setiap jam, setiap hari, setiap minggu aku pasti mengintai waktu dan ketika bilakah kan tiba kemunculannya.

Salji...

Turunlah lebat-lebat sikit ye...

Tak puas rasanya setakat ini merenung kemunculanmu di tepi jendela. Terlalu cepat kau berlalu pergi. Indahnya ciptaanmu Ya Allah.. Subhanallah. 

Turunlah salji... Turunlah lebat-lebat...











P/S : Sorry ye kawan-kawan... mood terdesak ni... nak main salji..


Friday, January 4, 2013

Crochet lagi.

Husband saya balik ke Malaysia...

Tinggal la saya ngan anak-anak kat sini. WAlaupun tak balik tapi tak lah sedih sangat sebab kat sini tengah musim salji sekarang. (Walaupun salji sekali-sekala je turun... huhuhu...)

TAk pe la, bulan lima ni pun dah nak balik terus, jadi saya perlu menikmati sepenuhnya setiap momen yang berlaku di sini.

Selepas buat beanie hari tu saya mengorak langkah seterusnya dalam arena mengait ni (Chewah..) dengan menghasilkan beanie ke dua. YAng kali ni khas untuk Aisyah. Untuk mendapatkan saiz beanie yang kecik sikit ni saya tak pandai nak kurangkan jumlah lingkaran jadi saya pilih guna jarum kait yang saiznya kecil sedikit. Nampaknya idea tukar jarum tu menjadi. So inilah hasilnya...







Lepas siap beanie Aisyah ni saya melilau lagi kat U-tube yang lain so saya terjumpa pattern baru yang macam senang nak buat. JAdi saya pilih pattern tu untuk buat blanket Aisyah pulak. Malangnya saya kehabisan benang jadi tertunggak la kerja menyiapkan blanket ni sampai la abah Aisyah balik dari Malaysia nanti.

Ambik gambar separuh je sebab baru siap separuh... :)


 (Ni gambar pagi semalam.. gunakan blanket ni untuk balut Aisyah masa hantar abangnya pergi sekolah)


Lepas tu saya meneruskan lagi usaha gigih saya mengait blanket seterusnya. Kali ni menggunakan lebihan benang untuk mengait blanket yang tersadai mula-mula tu. Sekarang blanket yang tersadai tu dah tak tersadai lagi sebab saya dah ambil balik benang blanket tu untuk projek baru ni. Pun macam tak dapat disiapkan buat masa ni sebab masalah yang sama .... tak cukup benang...





Emmm.... nampaknya semua kena tunggu hubby balik la...  Abang!!! Cepatla balik!!!! Miss You Very Much!